Pelakon Faye Kusairi yang dah selamat melahirkan bayi lelaki pada 9 April lalu bersamaan dengan tarikh ulang tahun perkahwinannya teruja melalui tempoh berpantang buat kali pertama.
Menerusi entri instagram, Faye memaklumkan bayi lelakinya berkongsi tarikh sambutan ulangtahun perkahwinannya dengan pengarah Azmi Hatta.
“Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.
“Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami, tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?
“Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby,” tulis Faye.
Ads
Dalam post lain di instagram Faye, dia juga ada berkongsikan pengalaman berpantang dengan menggunakan khidmat Allura bermula dengan urutan, bertungku, mandian sauna, bertangas, mandian herba, sapuan pilis dan memakai bengkung.
Anak tantrum buat perangai itu memang asam garam untuk membesar. Namun ada caranya untuk mereka sentiasa punya mood yang baik iaitu daripada ibu dan ayah sendiri.
Percaya atau tidak hormon ibu menyusu juga boleh memberik kesan pada emosi anak. Jika ibu yang menyusu emosi atau mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti stress dan sebagainya, keadaan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada tantrum anak-anak.
Hal ini dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi melalui pengalamannya sendiri ketika anaknya mula tantrum dan buat perangai tatkala dia sibuk dan tertekan dengan urusan kerja.
Malah menurutnya, hormon ibu yang mempengaruhi emosi anak juga boleh memberi kesan pada tingkahlaku sosial si kecil pada masa akan datang walaupun sudah bercerai susu.
Justeru itu, dia menyarankan jika ini yang berlaku kepada ibu-ibu menyusu, ambil masa untuk buat perkara yang menenangkan sebelum menyusukan anak atau mengepam susu untuk bekalan si kecil.
Ikuti perkongsiannya:
HORMON IBU MENYUSU MEMBERI KESAN PADA EMOSI ANAK
Hari ini saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan “laku”. Punca dia menangis memang “kelakar” dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun dah “membuang”
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stress, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stress dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh “pass” hormon tak baik saya setiap kali saya stress dan penat iaitu hormon cortisol.
Hormon Ibu boleh beri kesan pada anak walaupun selepas bercerai susu
SUSU IBU + HORMON
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Ini yang ibu menyusu perlu lakukan:
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stress sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stress.
Terima kasih, semoga bermanfaat.
*Dialu-alukan untuk SHARE atau tag suami/isteri supaya sama-sama faham kesan emosi ibu menyusu kepada anak.
Maryam Jamadi
Ibu sama seperti anda
Pediatric Occupational Therapist
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benar, proses mendapatkan kembali berat asal, sama seperti ketika sebelum mengandung memang tidak mudah bagi seorang wanita bergelar ibu. Lebih-lebih lagi yang sudah berusia. Proses menurunkan berat badan umpama perjuangan maha hebat.
Penyanyi Ernie Zakri tidak terkecuali berdepan hal sama bila mana usahanya untuk menurunkan berat badan menemui jalan buntu selepas melahirkan anaknya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia 10 bulan.
Ernie yang kini sedang bercuti bersama suaminya mengakui pernah menangis di hadapan suaminya disebabkan gagal mencapai berat badan yang diinginkan.
Malah akui Ernie lagi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan selepas bergelar seorang ibu.
“Saya pernah mengadu pada Syamel sehingga menitiskan air mata kerana kesukaran untuk mendapatkan berat badan ideal selepas melahirkan.
“Jadi saya faham perasaan berhadapan ‘body shaming’ yang dilemparkan oleh segelintir pihak. Proses setiap individu tidak sama,” kata Ernie berkongsi.
Menginjak usia 30-an kini, ujar Ernie dia kini menerima perubahan diri dan lebih mementingkan kesihatan dalaman tubuhnya.
Malah kata Ernie lagi, fokus dan visi utamanya ketika ini adalah kesihatan dalaman berbanding bentuk tubuh idea semata-mata.
“Saya lebih mengutamakan kesihatan dalaman yang perlu pulih sepenuhnya selepas melahirkan. Itu yang menjadi fokus utama berbanding bentuk tubuh.
“Biarlah proses itu ambil sedikit masa asalkan dalaman sihat.
“Memang tidak dinafikan penampilan penting bagi selebriti, tetapi tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.
Terdahulu, Ernie mendirikan rumah tangga bersama Syamel pada 22 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia sepuluh bulan.
Selepas diberikan vaksin, sejumlah kecil kanak-kanak mengalami beberapa perubahan, yang dikenali sebagai kesan sampingan.
Jangan risau kerana kesan sampingan ini biasanya ringan dan sudah dijangka. Kesan vaksin ini bermakna badan sedang membina imunitinya dengan bertindak balas terhadap vaksin.
Di sini terdapat beberapa tip mengenai perkara yang dijangka berlaku dan apa yang harus dilakukan.
Kemerah-merahan, bengkak atau lembut pada bahagian suntikan
Selepas beberapa hari, ia akan hilang dengan sendiri. Bagaimanapun, jika diperlukan, anda boleh menggunakan tuala sejuk dan basah untuk mengurangkan kemerahan dan bengkak.
Demam
Jika bayi anda demam, anda boleh mengurangkan suhu badannya dengan lap menggunakan air suam. Pastikan bayi anda diberi banyak cecair untuk diminum.
Jika bayi anda mula mengalami demam atau mudah marah, anda boleh merawat mereka dengan ubat yang boleh menghilangkan kesakitan seperti paracetamol. Bagaimanapun, ini tidak seharusnya diberikan sebelum imunisasi atau jika anak anda tidak mengalami demam.
Ini merupakan reaksi terhadap vaksin yang biasa. Bagaimanapun sesetengah tindak balas vaksin biasa tidak dapat dikesan sehinggalah vaksin tersebut digunakan oleh berjuta-juta orang daripada pelbagai latar belakang. Untuk memahami tindak balas buruk ini, kerajaan telah mewujudkan sistem laporan Kesan Buruk Selepas Imunisasi (AEFI) untuk merekod atau mengkaji tindak balas tersebut.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.