Ketika anak lelaki kecil, ibu bapa menganggap mereka sama saja dengan anak perempuan. Cuma apabila mereka semakin membesar, secara semulajadinya mungkin anak perempuan nampak lebih manja dan suka dipeluk. Tapi sebenarnya, tidak kiralah anak itu perempuan atau lelaki, mereka tetap memerlukan perhatian dan pelukan daripada ibu bapa.
Bukan itu saja, terdapat beberapa pendapat dan kajian yang mendapati bahawa ada sebab mengapa anak lelaki perlu kerap dipeluk, sekalipun ada antara mereka dah mula ada perasaan malu apabila ibu bapa berbuat demikian.
Ketika anak lelaki masih bayi, kita selalu memeluk mereka.
Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita.
Ads
Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak-kanak, kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing-masing rindu lama tidak berjumpa. Kita peluk mereka apabila melayan kecomelan mereka. Kita peluk mereka apabila kita bergembira dan bermain bersama mereka. Kita peluk mereka jika menangis. Kita peluk mereka sebelum tidur kerana sayu hendak berpisah buat sementara.
Ads
Ayah dan ibu, teruskanlah memeluk anak lelaki apabila mereka meningkat remaja kerana kajian* mendapati anak lelaki perlu dipeluk dua hingga tiga kali lebih kerap berbanding anak perempuan untuk menghasilkan paras hormon oxytoxin yang sama. Hormon inilah yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara ibubapa dan anak.
Jika mereka merasa segan untuk dipeluk di khalayak ramai, peluklah mereka sebelum meninggalkan rumah. Tetapi jika mereka biasa dengan pelukan yang tidak putus dari kecil, mereka tidak akan terkesan dengan senyuman sinis rakan.
Ads
“Boys need two things that we tend to forget about when we focus only on their physical abilities and their higher activity levels: They need more touch and more conversation.”
Ibu ayah selalu bising dan marah kalau anak tak tahu duduk diam. Tahukah anda, fitrah kanak-kanak memang suka bergerak, berlari, melompat, sentuh barang, buat bising, seronok tengok benda berwarna dan macam-macam lagi aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan.
Janganlah kita halang mereka daripada aktif bergerak kerana itu sebenarnya adalah salah satu cara mereka belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.
Perasaan ingin tahu yang sangat tinggi membuatkan mereka teruja melompat sana sini dan kelihatan sentiasa sibuk sehingga kadang-kala orang dewasa rasa ‘annoying’.
Ramai juga yang mengaitkan anak-anak yang tak tahu duduk diam ini sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Sebenarnya ciri-ciri tersebut juga ada pada semua kanak-kanak normal yang tipikal, demikian menurut Puan Mahfuzah Zainol, Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sensory experiences!
Kanak-kanak yang Hiperaktif mempunyai sensory seeking behaviour.
Maksudnya, mereka sentiasa mencari sensation. Any kind of sensation.
Sensation yang terdiri daripada :
Movement atau pergerakan.
Mereka suka sangat bergerak, berjalan, berlari dan memanjat.
Taktil atau sentuhan
Suka benar nak menyentuh barang atau objek walaupun dilarang.
Suka main air, main sabun, main gam. Err, contoh anak sayalah tu.
Visual atau penglihatan
Excited sangat dengan lampu-lampu terang dan berwarna-warni atau berkelip-kelip.
Auditory atau pendengaran
Suka kuatkan volume radio atau TV. Suka tempat-tempat bising seperti konsert dan clubbing.
Fasa Meneroka
Kesemua ciri-ciri ini ada pada seorang kanak-kanak tipikal juga kerana pada peringkat ini, mereka sedang dalam fasa menerokai kepelbagaian sensori atau sensory exploration.
Sebab itu, amat digalakkan untuk melayani fitrah kanak-kanak untuk berlari, bergerak aktif, sukakan lampu terang berwarna-warni dan sebagainya.
Apabila fasa sensory exploration ini didedahkan dengan baik oleh ibu bapa, ia boleh menggalakkan perkembangan tubuh badan dan otak yang sihat.
Yeah, dalam kempen luangkan 30 minit sehari bersama anak anda boleh masukkan aktiviti berkonsepkan sensory.
Apa aktiviti yang telah anda luangkan bersama anak anda di rumah atau anak murid di sekolah.
Saya nak tahu juga sebab nak buat dengan anak-anak saya juga. Sebab saya juga belajar daripada orang lain.
Anak suka ‘main ugut-ugut’ ibu ayah nak pujuk atau biar saja. Dilema seperti ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil.
Sebagai contoh “Kalau mama tak sayang saya, kalau mama tak beli mainan, saya lari keluar biar kereta tu langgar saya.” Ini antara situasi yang biasa dan pernah berlaku pada anak seawal usia 5 tahun.
Sama ada nak dibiarkan atau nak pujuk? Di sinilah peranan setiap ibu bapa untuk membentuk kelakuan anak supaya tidak menjadi tabiat sehingga terbawa-bawa apabila dah besar.
Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose berkata, ibu bapa harus sedar kita adalah pemimpin untuk anak. Peranan ibu bapa sangat penting untuk menerangkan perbuatan itu salah. Kalau dah rasa anak lebih had kena jelaskan betul-betul pada anak.
Bagaimanapun, pada masa yang sama cuba selidik dulu diri sendiri. Adakah kita pun terbiasa mengugut anak. Jika Ya mungkin anak belajar dari perbuatan kita sebelum ni tapi tak perasan.
Contohnya, “kalau malas belajar, mama pukul kamu!”
SEKIRANYA KITA TAK PERNAH AMALKAN KONSEP MENGUGUT INI, BOLEH JADI ANAK BELAJAR DARI ORANG LAIN DAN SEBAGAI IBU AYAH KENA CEPAT BERTINDAK DENGAN MENERANGKAN KEPADA ANAK BAHAWA PERBUATAN ITU SALAH DAN TAK PATUT ULANG LAGI SELEPAS INI. DALAM HAL INI KENA BERTEGAS.
Persoalannya apa yang patut ibu ayah buat untuk pastikan anak tidak menjadikan ugutan senjata untuknya mendapatkan sesuatu yang dia mahu.
EMPAT PERKARA INI SANGAT PENTING:
*Janji pada diri sendiri untuk menghentikan tabiat mengugut anak.
*Janji dengan anak untuk sama-sama tak mengulanginya lagi.
*Jangan biarkan dipengaruhi orang yang amalkan ugut.
*Tegas secara loving menjelaskan itu bukan cara yang elok untuk dapat apa yang dimahukan.
Di sini pentingnya komunikasi berkesan dengan anak dan anda layak untuk menjadi ibu bapa sempurna mendidik amanah yang sangat besar dalam hidup anda.
Bila anak-anak mula melangkah ke alam persekolahan, salah satu perkara penting yang sering menjadi perhatian ibu ayah ialah soal pemakanan mereka di sekolah. Namun, isu yang semakin meresahkan kini ialah kualiti makanan kantin yang tidak setimpal dengan harga yang dikenakan. Ada ibu bapa yang meluahkan rasa kecewa apabila anak hanya mendapat seketul nugget dan segelas air sirap dengan harga yang tidak masuk akal.
Apa yang lebih membimbangkan, aspek khasiat dan kebersihan juga sering diabaikan. Maka, wajarlah kita bincangkan perkara ini secara lebih mendalam.
Makanan yang diambil oleh anak-anak semasa waktu rehat sangat mempengaruhi tenaga, fokus dan kesihatan mereka sepanjang hari. Pemakanan yang tidak seimbang atau tercemar boleh menyebabkan anak cepat letih, tidak dapat fokus dalam kelas, malah boleh mengundang masalah kesihatan jangka panjang.
Tahukah Anda? Otak kanak-kanak menggunakan hampir 50% daripada tenaga harian mereka untuk belajar dan fokus – maka makanan berkhasiat sangat penting!
Antara sebab utama:
Kos keuntungan lebih utama: Sesetengah pengusaha kantin lebih mementingkan margin keuntungan berbanding kualiti bahan mentah.
Tiada pemantauan berkala: Kekurangan pengawasan dari pihak sekolah dan kesihatan membolehkan kantin beroperasi tanpa garis panduan yang ketat.
Pemilihan makanan ultra-proses: Contohnya nugget, mi segera, keropok goreng, dan air manis tinggi pewarna — murah, cepat, tapi membahayakan jika diambil kerap.
Kurang pendidikan pemakanan: Ramai pengusaha tidak sedar impaknya terhadap kesihatan jangka panjang murid.
Kajian Kementerian Kesihatan pada 2022 mendapati 60% makanan kantin tidak mematuhi garis panduan Pemakanan Sihat Sekolah yang ditetapkan.
Makanan sihat bukan sekadar kenyang. Ia menyumbang kepada:
Tumpuan dan prestasi akademik.
Pertumbuhan tulang, otak dan otot.
Kekebalan tubuh daripada jangkitan.
Emosi lebih stabil dan ceria.
Fakta Menarik : Kajian oleh Institut Kesihatan Umum menunjukkan bahawa hampir 30% murid sekolah rendah di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, manakala 1 daripada 5 mengalami anemia kerana kekurangan zat besi.
Kelalaian dalam aspek kebersihan penyediaan makanan, penyimpanan bahan mentah, dan penyediaan menu yang tidak seimbang boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang memberi kesan kepada kesihatan anak secara serius.
Keracunan makanan (food poisoning): Berlaku apabila makanan disediakan dalam keadaan tidak bersih atau bahan mentah tercemar.
Cirit-birit dan muntah: Selalunya berpunca daripada makanan basi atau yang tidak disimpan pada suhu sesuai.
Jangkitan usus (salmonella, E. coli): Boleh berlaku jika ayam atau daging tidak dimasak sempurna.
Hepatitis A: Jangkitan virus akibat makanan atau air tercemar, terutama jika tangan tidak dibasuh sebelum menyediakan makanan.
Obesiti: Akibat pengambilan makanan tinggi kalori, bergoreng, manis dan masin setiap hari.
Diabetes Jenis 2 (kanak-kanak): Meningkat dalam kalangan kanak-kanak akibat pengambilan gula berlebihan dari air manis dan snek.
Anemia (kurang zat besi): Akibat kurang makan sayur, daging atau sumber zat penting untuk pembentukan darah.
Contoh kes sebenar: Pada tahun 2023, terdapat kes di beberapa sekolah rendah di Selangor dan Johor di mana murid mengalami keracunan makanan selepas membeli makanan dari kantin – siasatan mendapati ada makanan disimpan lebih dari 4 jam tanpa pemanas dan tidak ditutup.
Jangan Pandang Remeh, Ini Soal Generasi
Kalau hari ini anak-anak kita terbiasa makan sosej murah, air berwarna dan mi segera lima hari seminggu — bayangkan bagaimana kesihatan mereka 10 tahun akan datang?
Ingat Apa yang anak makan hari ini membentuk siapa mereka esok.
Sebagai ibu bapa, kita tak boleh harap pihak luar untuk jaga semuanya. Suara kita penting. Keprihatinan kita boleh bawa perubahan. Masa depan mereka, bermula dengan apa yang mereka makan hari ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.