Biarkan je anak menangis. Tapi masalahnya ramai ibu bapa yang risau dan tak boleh dengar anak menangis. Bila keadaan ini berlaku macam mana nak hadapinya.
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah beliau berpendapat biarkan je anak tu nangis selagi tak membahayakan dirinya.
Pening juga saya bila sebahagian ibubapa bertanya, ” Puan, untuk baby yang lebih besar, ada teknik apa pula nak diamkan mereka menangis? ”
IKLAN
Untuk 3-4 bulan pertama, ya, benar ada teknik ‘magik’ untuk diamkan mereka. Kenapa? Kerana menangis masih dalam bentuk reflek semasa usia ini. Ia seperti suis tutup dan buka.
Selepas itu, maaf. Anak mula secara aktif berevolusi dan belajar menjadi manusia yang ‘fit’ untuk dunia baru ini. Maka respon ibubapa menjadi rujukan terpenting mereka. Jika anak 10 bulan anda marah kerana tak dapat buainya lagi, BIARLAH. Jika anak 1 tahun anda marah kerana anda ambil ‘remote control tv’ yang di ketuk-ketuknya, BIARLAH. Jika anak 2 tahun anda marah tak dapat mainan yang dia mahu, BIARLAH.
IKLAN
Tak perlu susah hati nak diamkan. Tiada penyelesaian magik nak tenangkan mereka. Cakap yang benar, kenapa dan mengapa ‘tak boleh’. Beritahu bahawa anda faham perasaannya, kemarahan dan kekecewaannya.
IKLAN
Tawarkan alternatif: Tiada buai, tapi mama akan berbaring bersamamu. Tak boleh ketuk ‘remote’ namun kamu boleh ketuk mainan blok ini. Mama akan datang ke sini beli mainan ini, jika kamu tunjuk pada mama, kamu boleh bermain mainan sedia ada di rumah dengan lebih elok.
Katakan semua ini dengan ringkas, mudah, tegas dan sayang. Jika anak masih menangis, BIARLAH walau berapa lama pun. Otaknya tak akan ‘rosak’ hanya kerana menangis seperti yang di takuti sebahagian ibubapa. Ia tersangat mengarut. Bagaimana boleh rosak jika dia mempunyai ibu bapa penyayang yang hanya cuba menunjukkan cara untuk menjalani hidup lebih baik?
Anak kepada pelakon dan pengacara cantik manis, Amyra Rosli, Aqeef Anaqi mencuri perhatian warga maya apabila cuba berhubung dengan ibunya melalui aplikasi Whatsapp.
Amyra memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Anaqi yang kini sudah berusia lima tahun dan berkongsi dengan pengikutnya di akaun Instagram.
Menggunakan pelbagai abjad kerana menurut Amyra anaknya itu belum mahir menulis, sebagai ibu dia berasa cukup terharu atas usaha anak sulungnya itu untuk menghubungi dirinya ketika dia sedang bekerja.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting.. love u son,” kongsi Amyra di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang memuji perkembangan Anaqi selain ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama dengan anak masing-masing.
“Wow bahasa dia.. Mak-mak je paham,” komen Nad Zainal
“Comel typing Anaqi and mommy,” komen seorang lagi peminat
“Ajarkan guna voice…anak saya 6 tahun berhubung dengan saya bila saya tak ada di rumah…guna voice,” kongsi wargamaya lagi.
Untuk rekod, Amyra dan suami yang juga pelakon, Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Anaqi dan juga Ayra Aryssa yang kini berusia setahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia anak 0 hingga 3 tahun antara usia yang paling mencabar untuk kita ibu bapa mengharunginya. Kadang-kadang tak terkawal emosi apabila berhadapan dengan si kecil yang selalu menangis dan tantrum. Bagaimana untuk kita kekal tenang ketika anak sedang mengamuk? Ikuti perkongsian ini.
Saya masih ingat lagi saat anak-anak umur 0-3 tahun, saat itulah saya paling banyak menangis. Menangis sebab rasa clueless. Rasa helpless. Dan rasa tak cukup baik sebab tak mampu nak tenangkan anak yang menangis.
Drama anak dan mak berpelukan sambil menangis macam adegan Hindustan tu dah biasa. Kadang bila drama muncul waktu petang, suami yang pulang dari pejabatlah jadi hero untuk tenangkan kami.
Waktu tu, kesilapan yang banyak kali saya ulang adalah, jadi merepek waktu anak berperangai merepek. Contohnya, anak tengah ribut emosi. Saya pun ikut meribut, lepas tu paksa anak hentikan ribut.
Anak tengah marak menyala. Kita pun dok ikut menyala. Lepas tu paksa anak padamkan api emosi dia. Sedangkan api emosi kita pun, kita gagal padamkan.
Itulah bermulanya musim saya borong segala jenis buku berkaitan dengan emosi anak.
Yang pada akhir jawapannya, Sebelum kita nak kawal emosi anak, rupanya kita dulu kena kawal emosi sendiri.
Gile. Memang susah kot!
Tapi itulah perjuangan kita bila jadi mak dan ayah. Satu perkara yang kita kena ingatkan diri sendiri.
Kalau hari ni kita hambur api waktu anak tengah berapi, 10 tahun akan datang rumah kita akan kekal panas dengan perang emosi kita dan anak-anak.
Cuba.
Tarik nafas.
Bertaawuz.
Kira satu sampai 10.
Peluk dan gosok bahu sendiri.
Ambil wuduk.
Make a joke out of it.
Keep telling ourself “My kid needs me.”
Buatlah apa saja.
Sebelum kita mampu datang pada anak dengan rasa cinta. Then, simply wrap your arms around them. Validate their feelings.
And transfer your calmness into them. Mendepani anak yang rebut emosi adalah sebuah perjalanan. Di penghujungnya, bukan anak je yang belajar kawal emosi. Tapi kita pun belajar membina kekuatan emosi sendiri.
Rupanya, TAK BOLEH Nasihat Anak Yang Tengah Mengamuk!
Sebab, bila kita nasihatkan anak yang tengah dikuasai emosi (marah/ sedih/ kecewa), kita sebenarnya buat kerja sia-sia. Bagilah motivasi bagus macam mana pun. Bawaklah pakar motivator paling berpengaruh pun depan hidung anak.
Cakaplah elok macam mana sekalipun. Nasihat tu akan jadi sia-sia. Sebab apa?
Sebab OTAK RASIONAL anak SHUT DOWN masa mereka tengah mengamuk. Anak tengah dikawal oleh emosi. Tengah tak sedar diri. Yang bekerja waktu tu hanya OTAK EMOSI. Walaupun benda yang diamukkan tu, sekecil-kecil hal. Hanya sebab lego dia buat tadi tercabut satu. Atau kartun yang dia tengah tengok tiba-tiba habis.
It’s normal parents! So jangan rasa down. Lebih-lebih lagi untuk anak 1.5-3 tahun. Fasa ni, otak emosi mereka lagilah berkembang pesat. Dalam masa yang sama, otak rasional belum terbentuk lagi.
Nak belajar pujuk anak, kena kenali 3 fungsi bahagian otak manusia.
1) Otak primitif : bahagian yang kawal refleks 2) Otak emosi : bahagian bekerja kuat waktu anak tengah emo 3) Otak rasional : bahagian untuk berfikir secara logik dan mampu terima nasihat.
Jadi, apa yang kita boleh buat adalah, bantu anak ON otak rasional dia. (Kalau dalam gambar, yang warna hijau tu)
Bagaimana nak bantu anak connectkan otak rasional waktu otak emosi sedang bekerja kuat?
JANGAN:
1) Perkecilkan perasaan anak.
“Benda kecik macam ni pun mak mengamuk!” Small things for us. But, big issues to them. Ia melukakan anak, malah tak buat dia berhenti nangis pun.
2) Sogok anak gajet.
Anak yang disogok gajet untuk elak mengamuk menghadapi risiko perkemvangan emosi yang tidak matang. Takut-takut, sepatutnya umur 5 tahun anak dah boleh kawal emosi. Tapi bila biasa disogok gajet, 5 tahun masih mengamuk macam budak 2 tahun.
3) Jangan marah atau pukul anak yang tengah emosi ni.
Ia akan memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari. Kenapa?
Bila kita lagi marahkan anak yang tengah emosi, atau pukul mereka, OTAK PRIMITIF (Biru) tu yang akan take over.
Otak tu akan bertindak memberi respon Fight-Flight-Freeze. Fight : melawan / membesar jadi baran Flight : Melarikan diri / membesar jadi suka menipu Freeze : Kaku / membesar jadi pendiam
Malah, bila kita marah anak tu, akan kita ibarat suruh ketam berjalan lurus. Suruh anak kawal emosi, kita sendiri yang gagal kawal emosi sendiri. Apelah… 😅
Pastikan emosi kita pun tenang bila nak tenangkan anak. Kalau tak tenang, isolate dulu diri. Tanyakan diri, ‘Aku nak anak aku belajar kawal emosi, atau jadi dewasa pemarah jugak?’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fasa anak berumur 0 hingga 6 tahun adalah fasa emas di mana mereka sedang belajar bagaimana menjadi seseorang dengan meniru dan menyerap semua keadaan sekelilingnya. Sangat penting untuk orang dewasa menunjukkan ataupun mengamalkan perkara yang baik-baik supaya dapat dicontohi oleh si kecil.
Fasa 0-6 tahun juga merupakan fasa di mana anak-anak akan mula berhubung dengan orang dewasa atau dipanggil ‘connection’ dari segi fizikal dan mental.
‘Connection’ fizikal dan emosi yang kukuh dengan anak dari usia awal bukan sahaja membantu proses keibubapaan malah juga membantu perkembangan sihat anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!