Pemakanan Ibu Ketika Hamil Ada Kesan Pada Perkembangan Bayi, Ini Yang Perlu Diberi Perhatian

Share

Sepanjang tempoh kehamilan, pemakanan ibu memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan ibu serta tumbesaran bayi dalam kandungan. Ketika inilah ibu perlu lebih memberi perhatian terhadap pilihan makanan dengan memastikan pengambilan yang seimbang, sihat dan kaya dengan nutrien.

Keperluan beberapa nutrien penting seperti protein, kalsium, zat besi dan folat juga akan meningkat berbanding sebelum hamil. Nutrien-nutrien ini diperlukan bagi membantu perkembangan bayi, selain memastikan tubuh ibu mendapat bekalan zat yang mencukupi sepanjang kehamilan.

Dalam masa yang sama, pertambahan berat badan ketika hamil juga perlu berlaku secara beransur-ansur dan konsisten. Secara umum, jumlah kenaikan berat badan yang disarankan sepanjang kehamilan adalah sekitar 5 hingga 18 kilogram, bergantung kepada berat badan atau indeks jisim badan (BMI) ibu sebelum hamil.

Oleh itu,  untuk pastikan pemakanan seharian adalah cukup dan sihat, walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.

Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.

Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah insya-Allah, dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).

Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:

Vitamin C

Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.

Contoh makanan sumber vitamin C

baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato

Protein

Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.

Contoh makanan sumber protein

ikan, seafood, ayam, daging, kambing, telur, kekacang, tofu

Kalsium

Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.

Contoh makanan sumber kalsium

moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy

Zat besi (iron)

Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.

Contoh makanan sumber zat besi

bayam, lettuce, kubis, daging, makanan laut, ayam, telur, pumpkin seeds, hummus, delima

Folate / folic acid

Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate / supplement folic acid walaupun sebelum hamil.

Contoh makanan sumber folate

bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis

Lemak / Essential Fatty Acids

Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.

Cadangan makanan

chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil

Probiotic / prebiotic

Makanan untuk kesihatan usus ni sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Saya tak pernah lupa untuk ingatkan pesakit saya untuk ambil yang ini.

Sumber: Dr. Aimi Jaafar

Published by
Nor Yusoff