kredit: HTA

Bayi kembar Pramatang berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang dilakukan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur semalam.

Menurut laporan Berita Harian, HTA telah melakar sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan memisahkan kembar siam pramatang yang mempunyai berat 2.7kg itu.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Datuk Dr Zakaria Zahari, berkata pembedahan seumpama itu biasanya dilakukan ketika usia bayi antara tiga hingga enam bulan.

Bagaimanapun, beliau berkata, disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada usia 17 hari.

“Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr Maneet Kaur untuk rawatan lanjut di HTA.

Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi Stabil

“Selepas perbincangan antara doktor pakar HRPB dan HTA secara dalam talian pada 15 Mac lalu, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu disepakati,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook HTA, malam tadi.

Melibatkan 13 Doktor Pakar & Hampir 20 Jururawat Sepanjang Pembedahan

IKLAN

Dr Zakaria berkata, pasukannya disertai 13 doktor pakar, termasuk enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh negara, berserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak.

Katanya, pasangan kembar siam jenis Omphalophagus itu berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi utama dan didapati berkongsi bahagian hati, manakala organ lain didapati normal.

“Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudian dihantar balik ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) pada jam 2 petang.

“Dengan sokongan pasukan Neonatologi, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dr Zakaria berkata, sejak pembukaan HTA, pembedahan itu adalah yang ketiga bagi pasangan bayi kembar siam.

IKLAN

Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi Stabil

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengucapkan tahniah kepada pasukan HTA atas kejayaan pembedahan pasangan kembar siam yang paling muda itu.

“Pembedahan ini berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum di bahagian dada dan usus.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan HTA yang diketuai Datuk Dr Zakaria kerana berjaya memisahkan bayi kembar ini dan kini mereka dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya melalui Twitternya.

 

IKLAN

Sumber: Berita Harian

Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi Stabil Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi StabilHanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI