Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Pa&Ma dan Keluarga, pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma dan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.
Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pemenang Himpunan Cita-Cita bergambar bersama Editor Keluarga, Puan Marliana
Buat pengetahuan semua, pertandingan Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu manakala untuk Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga pula bermula 1 hingga 27 November.
Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.
Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.
Ads
Pemenang Bakat Cilik Tik Tok bergambar bersama Editor Pa&Ma, Puan Emy Haznida
Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.
Bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.
Juara Bakat Cilik Tik Tok, Lee Xue YingWakil Naib Juara Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, Muhammad DanishPemenang tempat ketiga Bakat Cilik Tik Tok, Farish Nurhan
Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.
Ads
Peserta Favourite Bakat Cilik Tik Tok & Pemenang Saguhati Pertama, Lyn Qaisara
Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.
Sementara itu, untuk Himpunan Cita-Cita pula, hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.
Ads
Juara Himpunan Cita-Cita dan Like Teringgi, Nurlisha Humaira Bt ShahromNaib Juara Himpunan Cita-Cita, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful AnuarPemenang tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar
Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.
Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.
Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, ia adalah waktu yang mengujakan untuk ibu ayah membeli-belah barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Sudah pasti, senarai semak beli-belah disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang yang ketinggalan.
Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, ibu bapa sering buntu sewaktu mahu membeli stroller. Maklum sahajalah, harganya bukan setakat seringgit dua. Ada yang memakan harga hingga ribuan ringgit. Oleh sebab itulah sebelum membeli stroller, ibu bapa perlu teliti semua aspek dengan sebaik-baiknya.
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda berdua membeli stroller. Diharap dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu kalian membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan si manja.
1. Bajet
Aspek ni sangat penting. Oleh kerana stroller di pasaran, mahal harganya maka anda perlu tetapkan bajet. Kemudian cari yang bersesuaian dengan bajet itu. Bagi yang ade bajet RM 500 ke bawah mungkin boleh dapatkan jenama seperti Sweet Cherry atau My Dear. Jika dalam lingkungan Rm 500 hingga RM1000 pula, boleh jenguk jenama Combi, Halford atau MacLaren.
Kepada yang ada bajet RM 1000 ke atas, antara jenama yang boleh diberi pertimbangan ialah Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco, Britax dan banyak lagi. Kalau mahu yang lebih mahal dengan bajet RM 5000 ke atas pula, lihatlah jenama Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan sebagainya.
Anda perlu ingat bahawa yang mahal tidak semestinya berkualiti. Apa-apa pun, ia bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Keselamatan
Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.
3. Fungsi sistem recline
Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.
Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.
4. Mudah dilipat
Apabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.
5. Saiz dan berat
Saiz sangat penting. Pastikan ia berpadanan dengan saiz kereta anda. Bimbang ia tidak muat untuk diletakkan di boot kereta. Selain itu, pilih jenis yang ringan. Jenama yang paling banyak menjual stroller ringan ialah Combi. Ada yang seringan 3 kg.
6. Pemegang boleh laras
Tinggi pemegang stroller harus berada selari dengan pinggang atau sedikit ke bawah. Jika tidak, anda mungkin perlu membeli stroller dengan pemegang boleh laras.
Faktor pemegang boleh laras ini terbahagi kepada dua. Satu, ia boleh dilaras daripada segi kepanjangan. Ini perlu jika ada pasangan yang salah seorang rendah dan seorang lagi tinggi. Satu lagi sebab ialah kebolehan pemegang boleh laras digerakkan ke hadapan dan belakang.
Bayi bawah enam bulan lebih sesuai menggunakan forward facing stroller kerana dia akan rasa lebih selamat bila nampak anda. Manakala enam bulan ke atas pula sesuai gunakan rear facing supaya pemandangannya tidak dihalang oleh badan anda.
7. Material
Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.
8. Tali pinggang
Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.
9. Brek
Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu
10. Pengendalian
Anda sepatutnya boleh menolak stroller dan memusingkannya semula dengan satu tangan. Roda hadapan dan belakang yang boleh berpusing memudahkan lagi pengendalian.
11. Tempat/bakul simpanan
Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rajin steril botol susu jamin kesihatan anak adalah salah satu usaha yang ibu bapa patut lakukan untuk memastikan anak terhindar daripada jangkitan kuman.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita risau memikirkan daya ketahanan badan si kecil. Kini semakin banyak kuman baharu dan berbahaya di persekitaran kita.
Semua barangan kegunaan anak termasuk peralatan penyusuannya harus disteril untuk mematikan kuman dan bakteria punca jangkitan penyakit dapat dihapuskan.
Di samping memilih peralatan yang terbaik untuk kegunaan anak, jangan abaikan kepentingan memastikan peralatan tersebut termasuk botol susu dan puting, disanitasi dan steril demi melindungi bayi daripada jangkitan terutama cirit-birit dan muntah.
Pendedahan kepada kuman dan bakteria yang berlebihan, terutama dari air paip atau susu boleh menyebabkan bayi mudah jatuh sakit.
Sekiranya kita tidak betul-betul steril segala peralatan penyusuan anak, ia akan mendedahkan bayi pada risiko bahaya kuman dan bakteria.
Jenama global dalam teknologi kesihatan, Philips Avent kini menawarkan produk steriliser botol yang dinaik taraf dan diperbaharui.
Berikut antara kelebihan yang ada pada steriliser jenama terunggul ini:
1. Mengutamakan Keselamatan
Philips Avent Bottle Sterilizer with Dryer menggunakan kaedah stim atau wap untuk mensteril semua botol susu konvensional bayi seperti yang disarankan Centres for Disease Control and Prevention, Amerika Syarikat.
Memanfaatkan kaedah pensterilan berwap, ia mampu membunuh sehingga 99.99% kuman. Philips Avent Bottle Sterilizer with Dryer menyediakan pensterilan cepat, selamat, bebas bahan kimia sehingga 24 jam dengan penutup untuk melindungi bayi daripada kuman berbahaya.
2. Di naik taraf dengan Fungsi Pengering
Memahami kesibukan ibu bapa, Philips Avent Bottle Sterilizer with Dryer dicipta untuk menjimatkan masa.
Peranti ini mensteril dan mengering dalam masa 40 minit, sudah tentu ia satu tempoh masa yang sempurna untuk ibu yang sibuk menguruskan kerjaya dan rumah tangga.
Ia juga mudah dicuci dan dipasang semula supaya ibu bapa boleh meluangkan lebih masa dengan si kecil. Lebih praktikal kerana anda boleh menetapkan peranti tertutup secara automatik pada setiap kitaran untuk mengelakkan daripada masalah terlupa menutup secara manual.
3. Direka dengan teliti
Peranti ini direka dalam bentuk yang ringkas, menjimatkan ruang yang sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang terhad, fleksibel dan mudah disesuaikan.
Ia juga menyediakan integrated drip tray yang melindungi plat pemanasan dari titisan susu, mencegah bau terbakar dan bau yang kurang menyenangkan.
Ini adalah peranti yang mesti dimiliki oleh ibu bapa baharu kerana ia adalah penyelesaian serbaguna untuk mensteril, mengering dan menyimpan sehingga enam botol bayi Philips Avent dengan semua peralatan termasuk puting dan peralatan pam payudara.
Philips Avents Bottle Sterilizer with Dryer kini boleh dibeli dengan harga RM460 di Philips Official Shopee Store dan semua peruncit sah Philips. Untuk maklumat lanjut layari ke www.philips.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alangkah seronoknya bila kita dapat buat kejutan untuk insan tersayang. Melihat wajah kegembiraan mereka sudah cukup untuk buat kita turut merasa bahagia. Banyak servis suprise planner yang ditawarkan tetapi perlulah bijak membuat pilihan, barulah puas hati kan? Salah satu suprise planner yang turutmenyediakan pelbagai servis menarik adalah Fara Fleur. Seronok tengok Instagram mereka, macam-macam jenis jambangan bunga atau buah-buahan serta hamper yang boleh dijadikan pilihan.
Ketika ditanyakan kepada pemilik perniagaan Fara Fleur, menurutnya perniagaan ini bermula dengan bisnes bunga pada tahun 2009 ketika dia belajar di Stockholm, Sweeden. Dengan kelebihan menggubah yang dia ada, Fara mula membuat servis jambangan bunga tetapi secara asas sahaja. Apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2010, Fara mula berjinak-jinak dalam perniagaan gubahan bunga yang dibuat di rumah tetapi secara kecil-kecilan.
Kekal Relevan, Tampilkan Gubahan Unik
Bukan mudah untuk kekal relevan dalam perniagaan ini kerana banyak saingan. Tidak menafikan kenyataan ini, Fara memberitahu yang dia seorang yang kreatif dan tekun untuk mencuba pelbagai jenis gubahan supaya tampak unik dan berbeza dengan orang lain. Fara turut melahirkan rasa syukur kerana melalui contoh yang dilihat dari katalog atau gambar sahaja pun, dia sudah dapat membuat gubahan yang sama.
“Kalau dahulu Fara perlukan satu jam untuk membuat gubahan. Berkat berlatih dan banyak membuat research, dengan kepakaran yang ada Farah hanya perlukan lebih kurang 2-3 minit untuk membuat satu gubahan bunga,” cerita Fara. Lebih sukakan gubahan bunga-bungaan segar, Fara turut menyediakan perkhidmatan gubahan bunga secara premium. Menurutnya lagi, gubahan bunga segar dapat mengasah lebih banyak skil yang sedia ada.
Sentiasa Dapat Pujian & Gubahan Dihargai
Bercerita tentang memori indah sepanjang mengusahakan perniagaannya, Fara menceritakan tentang servis dekorasi penuh untuk pasangan. Apabila setiap pasangan tersebut berpuas hati dan meuji hasil kerja seni yang dibuatnya, itu sudah cukup memberi kepuasan buat Fara dan pasukannya. “Pernah satu ketika, Fara Fleur mendapat peluang untuk buat dekorasi di atas cruise peribadi yang memakan belanja RM30,000!
“Waktu tu kami hanya bekerja selama empat jam sahaja tetapi klien sangat berpuas hati dan memuji hasil kerja Fara Fleur. Itulah salah satu momen yang terindah buat kami sepanjang mengusahakan perniagaan ini,” tambah Fara lagi. Servis Fara Fleur juga turut menjadi pilihan kebanyakan selebriti dan golongan influencer. Selain itu, perkhidmatan mereka turut mendapat sokongan kebanyakan pengasas produk di Malaysia.
Servis Pantas & Ikut Bajet Klien
Bercerita tentang kelebihan Fara Fleur berbanding servis suprise planner yang lain, mereka sangat komited dengan setiap tempahan yang dibuat. Bahkan mereka boleh menyiapkan tempahan dari klien dalam tempoh secepat satu jam selepas pembayaran dibuat. Memang hebat! Bagi memudahkan klien yang membuat tempahan, Fara Fleur sangat kompromi dengan setiap permintaan mengikut bajet mereka.
Untuk klien yang mungkin tiada idea, Fara Fleur akan membantu sedaya-upaya supaya setiap klien berpuas hati. Menurut Fara, bukan klien sahaja yang perlu digembirakan, tetapi juga pihak yang mendapat kejutan. Sebab itulah Fara Fleur akan membuat gubahan atau dekorasi mengikut kehendak pelanggan dan diberikan lagi dengan sentuhan kreatif dari team mereka.
“Sebagai contoh, sekarang ni sesetengah orang tiada masa untuk membuat sambutan hari istimewa. Sudah menjadi tanggungjawab Fara Fleur untuk membantu merancang kejutan buat insan kesayangan klien kami,” tambah Fara lagi.
Rancangan Masa Depan Fara Fleur
Misi Fara Fleur adalah untuk membantu seramai 3000 usahawan wanita yang mahu meningkatkan pendapatan dengan produk kami. Menurut Fara, mereka sedang membuat perancangan untuk memasarkan perniagaan ini sehingga mampu menempah billboard suatu hari nanti.
Selain itu, Fara Fleur turut mensasarkan untuk membuka cawangan di setiap negeri dalam Malaysia dan mencapai jualan tertinggi dalam servis suprise planner. Perancangan yang besar, tapi tidak mustahil. Selamat maju jaya, Fara Fleur!
Untuk anda yang mahu melihat hasil kerja Fara Fleur, bolehlah klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.