
Ingat lagi tak watak animasi merah jambu, Poppy dan rakannya Branch dalam filem Trolls? Kini mereka kembali lagi tau dengan jalan cerita yang lebih menarik, lucu dan paling penting buatkan anda semua tak duduk diam menari sekali dalam Trolls World Tour!
Filem arahan Walt Dohrn ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Justine Timberlake, J Balvin, Rachel Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton dan Mary J.Blige.
Bermula dari kiriman surat dari Queen Barb dari kumpulan Trolls hard-rock, Poppy dan Branch mengetahui satu rahsia yang sekian lama disembunyikan oleh ayahnya, tentang perpecahan suku trolls akibat perbezaan genre musik mereka, iaitu Funk, Country Tekno, Klasik, Pop dan Rock.
Namun, kemunculan puak Rock ini sebenarnya membawa niat jahat untuk menghancurkan segala jenis musik demi menghidupkan dunia rock.
Jadi, bermulalah pengembaraan Poppy, Branch dan rakan-akan lain untuk menyatukan semula semua suku Trolls ini. Agak-agak, berjaya ke Queen Poppy menyatukan kembali semua suku Trolls?
Kalau nak tahu, kenalah tonton di pawagam bermula 12 mac! Eh sebelum tu, buat peminat K-pop, Red Velvet turut ada dalam filem ini tau! Gerenti anda akan terpukau dengan tarian mereka!
Min dah tengok, serius best! Siap ikut menari lagi tau dalam pawagam tu! Haa tunggu apa lagi, jom ajak keluarga pergi tengok bermula 12 Mac ini!
https://www.facebook.com/majalahpama/videos/637905893639027/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelas Online Ibu Hamil & Menyusu Oleh Pa&Ma Moms To Be

Kelas online ibu hamil dan menyusu sangat sinonim dengan Pa&Ma. Membuka tirai tahun 2022, Pa&Ma Komuniti menganjurkan kelas secara online bersama doktor-doktor pakar jemputan terkenal.
Talk To Doctor Eksklusif Bersama Moms To Be berlangsung selama dua jam pada 8 Januari 2022 (Sabtu) dengan dua doktor pakar jemputan yang tidak asing bersama Pa&Ma iaitu Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Dr Hairin Anisa, Pakar Pediatrik.
Seramai 45 orang ibu hamil dan baru bersalin yang kebanyakan mereka merupakan ahli komuniti Pa&Ma Moms To Be dan Pa&Ma Support BF turut serta dalam kelas tersebut.
Kebanyakan mereka yang sedang hamil anak pertama dan baru melahirkan bayi sangat teruja menimba ilmu tanpa jemu.
Sesi pertama dimulakan dengan kupasan tajuk “Kisah Buku Pink” oleh Dr Maiza. Pelbagai kupasan ilmu kehamilan bermula dari trimester pertama hingga ketiga dirangkumkan bagi memberi kefahaman pada ibu-ibu yang pertama kali hamil.
Paling menarik apabila Dr Maiza yang bersiaran secara langsung dari kliniknya turut menunjukkan model rahim ibu hamil setiap kali memberi penjelasan mengenai tajuk yang dibincangkan.
Sepanjang sesi peserta boleh bertanya soalan yang menjadi kemusykilan sepanjang kehamilan mereka.
Peluang mendengar sendiri jawapan daripada doktor pakar memberi kelegaan kepada mereka.
Sesi kedua pula membentangkan tajuk “Cabaran Jaga Bayi Baharu Lahir” oleh Dr Hairin Anisa. Bagi ibu yang sedang hamil, penjelasan tentang tajuk ini sangat penting untuk mereka bersedia mental dan fizikal apabila bayi lahir kelak.
Sementara itu pelbagai soalan turut diajukan berkaitan pelbagai isu penjagaan bayi termasuk masalah ruam, jaundis, penyusuan susu ibu dan bermacam-macam lagi masalah biasa di kalangan bayi baharu lahir. Penjelasan Dr Hairin yang juga merupakan Pakar Laktasi bertauliah memberikan kepuasan kepada para ibu.
Di akhir kelas online, kesemua peserta berpuas hati dan memuji pembentangan tajuk oleh Dr Maiza dan Dr Hairin Anisa serta penganjuran acara oleh Pa&Ma.
Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya
Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya dianjurkan pada 9 Januari 2022 (Ahad) adalah eksklusif untuk komuniti Pa&Ma Support BF.
Dr Nurhaya Yacob merupakan Pakar Laktasi bertauliah International Board of Lactation Consultant (IBCLC) sememangnya kerap mengadakan pelbagai siri seminar/kelas secara online.
Jadi peluang menyertai Kelas Penyusuan Bersama Dr Nurhaya tidak dilepaskan oleh para ibu menyusu yang sangat gigih dan rajin menimba ilmu penyusuan.
Oleh kerana majoriti peserta Kelas Penyusuan yang bermula seawal 10 pagi Ahad di kalangan ibu bekerja, jadi Dr Nurhaya lebih memberi fokus kepada penyusuan susu ibu di kalangan mereka.
Segala tips, solusi masalah dan penjelasan segala pertanyaan yang diajukan oleh peserta sepanjang sesi kelas berlangsung selesai selama dua jam tanpa disedari.
Kebanyakan peserta berasa puas dan berterima kasih kepada Dr Nurhaya dan sudah tentu Pa&Ma Komuniti yang telah mengajurkan kelas online yang sangat bermanfaat dan dapat disertai oleh semua ibu menyusu di seluruh negara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cipta Keseronokan Bermain Dengan Set Mainan Pembinaan

Mencipta keseronokan bermain dan dalam masa yang sama merangsang otak dan kreativiti hanya boleh dilakukan apabila kanak-kanak bermain set permainan LEGO.
Set permainan yang tak lapuk dek zaman ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa juga sentiasa teruja untuk menyelesaikan pembinaan set permainan LEGO®.
Keriangan dan keterujaan untuk menyaksikan hasil binaan LEGO® mereka terhasil membuatkan sesiapa sahaja boleh fokus dan duduk diam memberi tumpuan. Jadi, para peminat set permainan LEGO® jangan lepaskan peluang untuk merebut 7 koleksi permainan yang terdapat dalam LEGO® Build The Thrills campaign.
LEGO Group melancarkan rangkaian set kenderaan baharu untuk kanak-kanak yang menggemari kereta untuk membina kereta penuh aksi, menyesuaikannya mengikut kesukaan mereka dan merasai pengalaman permainan tersebut dengan keupayaan untuk membina dan membina semula.
- Race Car
LEGO® racing action untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas mengasah bakat membina imaginasi binaan kreatif yang berinspirasi iaitu set mainan LEGO® City Race Car termasuk 2 figura mini.
Kepingan Modular LEGO® dan pre-molded Starter Brick chassis memberikan permulaan baru kepada para pembina lego.
Set permainan ini memberi peluang untuk ibu ayah mencipta masa bersama si kecil kerana boleh bersama-sama membinanya. Langkah demi langkah panduan membina secara bergambar dan digital memudahkan untuk si kecil membinanya.
The LEGO® City Race Car didatangkan dengan pemandu dan mini figura mekanik, aksesori yang melengkapkan keseronokan imaginasi permainan lumba.
- Police Car
Pengembaraan menangkap penjahat dalam dunia kreatif LEGO® City. Set mudah bina permainan kereta polis pasti mengujakan si kecil berusia 5 tahun ke atas terutama kanak-kanak lelaki.
Selain merangsang kreativiti pembinaan, set kereta polis ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar semasa bermain. Panduan secara bercetak dan digital disediakan bagi membantu pengalaman membina yang menyeronokkan selain membentuk keyakinan diri dan kemahiran kehidupan.
Set kereta polis ini juga boleh menjadi hadiah hari jadi paling ideal atau pemberian bermakna kepada peminat set binaan LEGO® City dan kereta mainan.
- Formula E® Porsche 99X Electric
Raikan salah satu daripada pasukan lumba Formula E® terkenal di dunia dengan set pembinaan Formula E® Porsche 99X Electric. Peminat Formula E® pasti tak lepaskan peluang untuk mencipta semula drama hari perlumbaan menggunakan aplikasi.
Dengan aplikasi augmented reality dan 2 pull-back motors, kanak-kanak boleh membuat keputusan taktikal seperti pelumba popular Porsche Formula E®.
Dengan 422 keping lego, kanak-kanak pasti seronok membina model replica kereta lumba autentik Formula E® Porsche.
- Tree Planting Vehicle
Set binaan brick tapak semaian pokok dan trak ini pasti disukai kanak-kanak yang gemar bermain berkebun di pokok yang sedang tumbuh dan memelihara hidupan liar.
Set mainan ini dilengkapi dengan elemen untuk mengembangkan imaginasi mempunyai 336 keping lego termasuk 2 mini-dolls, tapak semaian pokok, trak pickup, aksesori berkebun dan figura hidupan liar.
Set warna warni ini menjadi cara terbaik untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap alam sekitar dan menunjukkan kepada mereka bagaimana pokok tumbuh membesar.
Ia boleh menjadi set ideal untuk hadiah hari jadi, percutian atau pemberian untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia 6 tahun ke atas yang sayangkan alam semula jadi, haiwan comel atau kenderaan pelik.
- The LEGO® Speed Champions 1970 Ferrari 512 M
Set pembinaan LEGO® ini memberi peluang kepada kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur untuk mengumpul, membina dan meneroka kereta lumba ikonik. Ia sesuai untuk dimainkan dan dipamerkan, rekreasi LEGO® yang setia ini merakamkan intipati kereta lumba endurance lagenda 1970-an yang terkenal dengan prestasi yang menakutkan dan epik di trek.
- Lotus Evija
LEGO® Speed Champions Lotus Evija (76907) ini merakamkan kesederhanaan elegan dan reka bentuk inovatif real-life all-electric hypercar. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur, ia memberikan pengalaman pembinaan yang menarik, sesuai untuk pameran dan hebat untuk aksi perlumbaan bertenaga tinggi.
- Street Racer
Peminat kereta terpantas boleh meredah jalanan atau litar lumba denan set bangunan LEGO Creater 3in 1 Street Racer (31127) yang menakjubkan ini. Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas akan teruja untuk mempamerkan perlumbaan dengan kereta mainan yang hebat ini, yang menampilkan paip sisi yang hebat, spoiler dan bumbung boleh tanggal.
Kanak-kanak mendapat tiga pengalaman bina dan main yang berbeza denga set mainan LEGO Creator 3in 1 ini. Mereka boleh membina mainan kereta otot Street Racer, kemudian membinanya semula menjadi kereta lumba red-and-teal hot rod, atau menyalakan imaginasi mereka untuk mencipta kereta lain yang berkuasa pantas.
Pengalaman digital untuk pembina LEGO
Set mainan dilengkapi dengan arahan pembinaan digital interaktif untuk menjadikan pengalaman pembinaan lebih menyeronokkan. Ia boleh diperolehi secara percuma dalam aplikasi LEGO Building Instructions yang boleh digunakan melalui telefon pintar atau tablet, alat zoom dan putaran membantuk kanak-kanak memggambarkan model semasa mereka membinanya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Nufiya Terima Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma, Lancar Produk Baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Nufiya Empire Sdn. Bhd dan juga Pengasas, Yaya Suhaimi hari ini melancarkan produk baharu keluaran Nufiya Empire Sdn Bhd, King Kaffe yang diadakan di Port Dickson.
King Kaffe, dihasilkan dari gabungan bahan khas seperti Kopi Arabica, Ekstrak Tongkat Ali, Ekstrak Ubi Jaga, Ektsrak Butea Superba, Ekstrak Catuaba, Ekstrak Maca, dan Ekstrak Guarana khas untuk lelaki. Menurut Pengasas, Yaya Suhaimi, produk ini lulus KKM dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP.
“Antara kelebihan King Kaffe adalah untuk membantu masalah kesihatan kaum lelaki. Meskipun produk ini baharu sahaja dilancarkan, tetapi sebanyak 5000 set telah terjual, di mana mereka membuat pembelian lebih awal. Doakan agar King Kaffe terus mendapat tempat di hati pengguna,” jelas Yaya Suhaimi.
Dalam pada itu, Yaya Suhaimi turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #avengersnufiya. “Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM300 sahaja. Sistem kami memberikan kelebihan dimana setiap dropship, agen, stokis, senior stokis dan leader dapat mengumpul mata ganjaran dan tebus. Jadi semua akan dapat merasa ganjaran ataupun reward.
“Leader Nufiya setakat ini berjaya capai RM100,000 sales sebulan. Dan kita mahu membantu ramai lagi suri rumah untuk mendapatkan pendapatan seperti itu,” jelasnya.
Lebih membanggakan, di dalam majlis itu juga turut menyaksikan upacara penyampaian sijil Jenama Pilihan Pa&Ma 2020 kepada Nufiya. Editor Pa&Ma, Emy Haznida Hazairul Sham telah menyampaikan sijil tersebut sebagai tanda penghargaan kerana jenama Nufiya telah dipilih sebagai Minuman Tambahan Ibu Pilihan.
Sempena pelancaran ini, Nufiya Empire Sdn.Bhd turut mengambil kesempatan untuk menghargai team yang hadir dan akan menyerahkan penghargaan khas buat mereka seperti hadiah, trofi, dan juga sijil penghargaan.
Majlis bertemakan Glitter and Glamour ini telah dihadiri seramai 95 orang yang terdiri daripada team Nufiya HQ, stokis, dan #avangersnufiya dan turut menampilkan Najib Assaddok serta isteri sebagai tetamu khas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI