Betty buat kekeke challenge. Comel sangat, tapi para peminat bimbangkan kandungannya.
Betty baru mengumumkan kehamilannya kepada umum minggu yang lalu. Ia cukup istimewa dan Betty telah merakamkan reaksi suaminya, Ardy Damis tentang kehamilan pertama mereka itu dengan mendedahkan penguji kehamilan yang menjukkan keputusan positif.
Ramai juga artis membuat kekeke challenge dan Betty Rahmat pun tidak ketinggalan. Sedang hamil tiga bulan, Betty melakukan tarian itu di sebuah lapangan terbang. Nampak comel sangat aksi Betty, tetap lincah walau pun sedang berbadan dua.
Bekas pengasuh anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah berkongsi satu video yang begitu menyentuh hati mengenai kehamilannya kepada suami.
Dalam sedutan video itu, reaksi suami Dayah gembira bercampur sebak apabila mendapat tahu kehamilan Dayah. Seandainya Aafiyah tahu hal ni, semestinya dia antara yang paling teruja.
Sebelum ini Dayah Zubit sentiasa menjadi perhatian peminat Datuk Siti kerana dia adalah orang kepercayaan untuk mengasuh anak sulung Tok Ti dan suaminya, Datuk Khalid seawal kelahiran Aafiyah.
Malah sikapnya yang lemah lembut, mudah tersenyum serta pandai ambil hati kanak-kanak membuatkan Dayah begitu disayangi oleh Aafiyah.
Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga, Dayah tidak lagi menjadi pengasuh Aafiyah kerana tinggal bersama dengan suaminya, Mohammad Ridzuan Razali di Terengganu yang merupakan pemain sayap pasukan bola sepak Terengganu FC II.
Dalam perkongsian terbaru Dayah di instagramnya, sedutan video saat tahu dirinya hamil sehinggalah berjaya membuat kejutan ketika hari lahir suaminya benar-benar terkesan.
Posting itu telah mendapat perhatian ramai kerana ramai yang menantikan khabar gembira ini selepas Dayah mendirikan rumah tangga pada 31 Mei lalu. Permulaan video dengan kata-kata “Hi Daddy, See You Next Year..” itu mengambarkan rasa syukur Dayah atas kurniaan Allah ini.
Tabarakallah..MashaAllah.. Lama tau simpan video ni hehehe
Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada dalam rahimku, sihatkanlah dia. Lindungilah dia & jauhkanlah dia daripda sebarang perkara yg tidak diingini. Sesungguhnya engkaulah yg maha menyembuhkan. Tiada penyembuhan selain penawarMu.
Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini anak yg soleh solehah, sihat sempurna akal fikiran, cerdik, beriman, berakal & beramal soleh. Fasihkan lidahnya untuk membaca AlQuran & hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW & segala puji bagiMu Ya Allah….
Perkongsian Dayah itu telah mendapat ucapan tahniah dari rakan-rakan dan tak ketinggalan Tok Ti juga telah meninggalkan komen ‘Alhamdulillah’ dan tumpang gembira setelah dapat tahu perkhabaran ini.
Tahniah sekali lagi buat Dayah dan suami. Moga kehamilan berjalan lancar dan proses melahirkan bayi nanti semuanya selamat. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebaik mengetahui diri berkemungkinan hamil melalui ujian kehamilan sendiri, anda perlu segera dapatkan pengesahan daripada doktor.
Jika memilih untuk menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan untuk bersalin kelak, anda perlu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu hamil yang turut popular dengan nama buku pink.
Buku pink adalah kad antenatal yang diperolehi di klinik kerajaan. Dalam terma perubatan, ia dipanggil antenatal red card. Namun disebabkan warna buku ini kelihatan seperti merah jambu, ia disebut-sebut sebagai buku pink.
Untuk mendaftar diri bagi mendapatkan buku pink, waktu yang disyorkan adalah seawal lapan minggu dan tidak melebihi 12 minggu.
Jangan tunggu lama-lama untuk mendaftar ya. Jika lambat mendaftar, anda yang mungkin berisiko dalam kehamilan berdepan dengan pelbagai isu berbangkit pula.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Malah bagi anda yang hamil kali kedua atau seterusnya pun mungkin pernah mengalami komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin di kehamilan terdahulu.
Buku antenatal ini adalah penting kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat penting seperti tarikh akhir haid, tarikh dijangka bersalin, rekod sejarah kehamilan, termasuk tarikh temu janji pemeriksaan antenatal dan sebagainya.
Semasa lawatan pertama, sejarah perubatan anda dan keluarga; pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan.
Anda juga diminta mengingat tarikh akhir haid. Dengan itu tarikh anda dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD) dapat ditentukan. EDD ini akan disahkan berdasarkan ujian imbasan ultrabunyi yang dipanggil revised expected date of delivery (REDD).
Oleh itu, anda perlu membawa segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila merancang mendaftar dan membuat pemeriksaan antenatal pertama.
Dokumen Penting Semasa Pendaftaran
Apa yang paling penting ialah kad pengenalan. Selain itu, bil utiliti seperti bil air atau elektrik juga perlu dibawa. Ada juga klinik kesihatan tertentu yang meminta sijil nikah atau kad nikah.
Bil utiliti diperlukan kerana pihak klinik mahu memastikan alamat rumah anda disebabkan pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Jika selepas mendapat pemeriksaan di klinik kesihatan dan anda berubah fikiran untuk bersalin di hospital swasta pun, buku pink ini sangat berguna.
Hal ini kerana, di dalam kad berkenaan terdapat pelbagai maklumat penting mengenai status kehamilan anda.
Kandungan buku pink sangat sistematik. Malah ia dilengkapi pelbagai maklumat berkenaan kehamilan serta amat mudah dan menyenangkan kaki tangan perubatan atau di bilik bersalin mengetahui status atau masalah yang dialami anda dengan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
1 Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3 Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid. Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6 Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!