Sebaik mengetahui diri berkemungkinan hamil melalui ujian kehamilan sendiri, anda perlu segera dapatkan pengesahan daripada doktor.
Jika memilih untuk menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan untuk bersalin kelak, anda perlu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan buku rekod kesihatan ibu hamil yang turut popular dengan nama buku pink.
Buku pink adalah kad antenatal yang diperolehi di klinik kerajaan. Dalam terma perubatan, ia dipanggil antenatal red card. Namun disebabkan warna buku ini kelihatan seperti merah jambu, ia disebut-sebut sebagai buku pink.
Untuk mendaftar diri bagi mendapatkan buku pink, waktu yang disyorkan adalah seawal lapan minggu dan tidak melebihi 12 minggu.
Jangan tunggu lama-lama untuk mendaftar ya. Jika lambat mendaftar, anda yang mungkin berisiko dalam kehamilan berdepan dengan pelbagai isu berbangkit pula.
Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Ads
Malah bagi anda yang hamil kali kedua atau seterusnya pun mungkin pernah mengalami komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin di kehamilan terdahulu.
Buku antenatal ini adalah penting kerana di dalamnya terdapat pelbagai maklumat penting seperti tarikh akhir haid, tarikh dijangka bersalin, rekod sejarah kehamilan, termasuk tarikh temu janji pemeriksaan antenatal dan sebagainya.
Semasa lawatan pertama, sejarah perubatan anda dan keluarga; pemeriksaan fizikal dan ujian darah akan dilakukan.
Ads
Anda juga diminta mengingat tarikh akhir haid. Dengan itu tarikh anda dijangka bersalin (expected date of delivery – EDD) dapat ditentukan. EDD ini akan disahkan berdasarkan ujian imbasan ultrabunyi yang dipanggil revised expected date of delivery (REDD).
Oleh itu, anda perlu membawa segala dokumen berkaitan dengan kesihatan anda apabila merancang mendaftar dan membuat pemeriksaan antenatal pertama.
Dokumen Penting Semasa Pendaftaran
Apa yang paling penting ialah kad pengenalan. Selain itu, bil utiliti seperti bil air atau elektrik juga perlu dibawa. Ada juga klinik kesihatan tertentu yang meminta sijil nikah atau kad nikah.
Ads
Bil utiliti diperlukan kerana pihak klinik mahu memastikan alamat rumah anda disebabkan pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Jika selepas mendapat pemeriksaan di klinik kesihatan dan anda berubah fikiran untuk bersalin di hospital swasta pun, buku pink ini sangat berguna.
Hal ini kerana, di dalam kad berkenaan terdapat pelbagai maklumat penting mengenai status kehamilan anda.
Kandungan buku pink sangat sistematik. Malah ia dilengkapi pelbagai maklumat berkenaan kehamilan serta amat mudah dan menyenangkan kaki tangan perubatan atau di bilik bersalin mengetahui status atau masalah yang dialami anda dengan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu inisiatif untuk pasangan yang sedang mencuba untuk hamil setelah satu tempoh perkahwinan adalah persenyawaan in vitro atau singkatannya IVF. Banyak pasangan yang mencuba kaedah ini sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Begitu juga dengan Influencer media sosial, Fila Amir yang berkongsi kisah tentang kegagalan mereka dalam kaedah IVF ini. Dia dan suami reda dengan ketentuan ini dan yakin dengan perancangan Allah SWT.
Tambahnya lagi, mereka bersyukur diberi peluang untuk melalui proses ini. Perjalanan sepanjang usaha mendapatkan zuriat ini juga membuatkan kasih sayang dan hubungan mereka lebih mendalam.
Fila dan suaminya Adama Mohamed Camara telah menjalani prosedur IVF pada 14 Oktober lalu selepas janji temu bersama pakar untuk kali pertama pada bulan Mac 2022.
Sebelum memulakan kaedah rawatan IVF, Fila terdahulu menjalani pembedahan untuk membuang tiub Fallopian (salpingectomy) pada 15 April 2022. Dia kemudiannya telah memulakan ubat-ubatan IVF pada 9 September lepas.
Tonton video ini;
@filacamaraAlhamdulillah, apa pun kami suami isteri percaya dan yakin dengan perancangan Allah ❤️ Doakan kami 💕
“Doktor saya (suami) setiap pagi akan bantu suntik (ubat) sebanyak tiga suntikan. Pandai-pandailah cari tempat yang tidak bengkak. Lepas pemindahan embrio pada 14 Oktober, masih ada suntikan lagi.
Minggu lepas pemeriksaan menunjukkan paras hormon gonadotrofin korion manusia (HCG) tinggi. Mungkin hamil. Tetapi hari ini HCG turun, jadi keputusan IVF kami tidak berjaya.
“Apa pun kami bersyukur dan reda, ALLAH sebaik-baik perancang.”
Di ruangan komen itu, ramai yang memberi kata-kata positif buat Fila dan suami serta berkongsi kisah kehamilan mereka juga;
Pasangan ini pernah tular di media sosial sekitar tahun 2019 berikutan penyatuan dua jiwa yang berlainan adat dan budaya kerana Fila berkahwin dengan jejaka dari benua Afrika.
Memasuki usia kandungan 40 minggu dan dijangka bersalin bila-bila masa sahaja, pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksinya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi entri di akaun instagramnya dengan menunjukkan dia memegang sebiji durian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Dynas aktif buat senaman
Bukan itu sahaja, sepanjang kehamilan kali ini, Dynas sangat aktif walaupun sewaktu di awal kehamilan dia turt mengalami alahan teruk seperti tak boleh bangun dan makan.
Namun selepas trimester kedua semuanya dah kembali ok dan Dynas rajin melakukan senaman khusus untuk ibu hamil.
Senaman ini bukan sahaja untuk mempermudahkan urusan bersalinnya tetapi bagi mengekalkan staminanya sepanjang mengandung.
Dia juga selalu berkongsi video cara senaman yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Aktres cantik Diana Amir kini sedang hamil 7 bulan dan bakal menyambut kelahiran anak ketiga. Walau pun sedang hamil, dia masih menyusukan anak kedua sama seperti dia menyusukan anak pertamanya sehingga dua tahun.
Hebatlah Diana! Perkara tersebut diberitahu apabila ada peminat yang bertanya kepada Diana tentang perkara itu di ruangan komen Instagram beliau.
Diana yang berkahwin dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Khaulah Al Azwar, 3 tahun dan Khadija Azzehra, 1 tahun 8 bulan.
WALAU PUN BABY BUMP TAK NAMPAK SAKIT PINGGANG TETAP SAMA
Mungkin kerana sosok badan yang tinggi lampai, bertubuh langsing serta sentiasa berpakaian longgar, baby bump Diana kurang kelihatan walau pun sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.
Ada juga follower yang bertanya tentang baby bump Diana, aktres ini menjawab walau pun kecil sakit pinggang yang dialaminya tetap sama seperti wanita hamil yang lain.
Ruangan komen pada entri yang memaparkan Diana, suami dan anak-anak sedang bergambar semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha itu dipenuhi dengan perkongsian dan kata-kata semangat yang positif daripada peminat.