Betullah orang kata susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak. Malah khasiatnya tak boleh ditandingi lagi. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, mereka akan nampak kebaikan ini dan pastinya akan sangat menghargai setiap titisan susu yang keluar itu.
Sebab itu, ada ibu-ibu yang sanggup berkorban siang dan malam untuk menyusukan anak, pam mengikut waktunya bagi memastikan pengeluaran susu lancar serta boleh menangis jika stok susu yang di simpan rosak atau tertumpah.
Ketika lahir seberat 2.6 kilogram
Hanya minum susu ibu
Seperti perkongsian ibu ini, Najwa Izni, kelahiran anak sulung, Siti Aishah Nafisah, 8 bulan banyak mengajar dirinya menghargai kehebatan susu ibu. Siapa sangka, bayi yang dilahirkan seberat 2.6 kilogram kini menjadi perhatian ramai kerana badannya yang bersemangat dan pipinya yang tembam.
Selepas 2 minggu lahir
Menurut Najwa, kelahiran Siti Aishah sangat dinanti-nantikan olehnya dan suami. Memandangkan 5 tahun menunggu akhirnya bila dapat tahu mengandung, memang sangat teruja.
Bermula dari itu, saya mula belajar ilmu keibubapaan dan bertekad akan menyusukan bayi bagi memberi yang terbaik untuk anak yang akan dilahirkan nanti. Tak sangka ketika dari hari pertama bayi lahir, susu terus keluar dan alhamdulillah rezeki anak tak putus sehingga ke hari ini.
Walaupun orang tengok mamanya kurus je, tapi rezeki susu sangat meriah. Memang 100 peratus Siti Aishah menyusu badan. Tak pernah sekalipun diberikan susu formula walaupun masa dia mengalami jaundis selama 2 minggu ada yang mengesyorkan supaya bagi susu formula, tapi saya tak ikut nasihat itu.
Ads
Usia 2 bulan
Apa yang saya buat hanya bagi susu ibu sekerap mungkin dan sampai sekarang pun selepas 1 jam atau dua jam menyusu, Siti Aishah akan merengek nak menyusu.
Tak pernah demam atau sakit sejak lahir
Kongsi Najwa lagi, sejak lahir sehingga sekarang, syukur alhamdulillah Siti Aishah tak pernah lagi demam atau sakit walaupun selepas mendapat suntikan. Mungkin juga sebab susu ibu yang menguatkan antibodinya.
Usia 3 bulan
Bila orang tanya saya apa rahsia susu ibu meriah sangat, tiada apa-apa rahsia pun. Cuma yang saya amalkan adalah makan sup lobak putih dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat seperti banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ads
Lagi satu yang saya perasan, susu sentiasa banyak sebab saya jaga jadual menyusu. Memandangkan saya berniaga secara online di rumah jadi banyak masa dengan anak. Memang tak ada stok susu pun yang disimpan kerana akan bagi terus setiap kali anak nak menyusu.
Suka brokoli dan ubi kentang cheese
Walaupun Siti Aishah dah makan, waktu menyusunya sama juga. Tapi saya tetap akan pastikan dia makan makanan yang lengkap dengan nutrisi bagi tumbesarannya sihat. Sekarang dia dah dibiasakan makan bubur ayam, bubur ikan, puri buah-buahan dan sayur. Paling menjadi kegemarannya adalah brokoli dan lobak merah.
Ads
Usia 5 bulan
Bagi snack time pula, saya akan berikan ubi kentang yang dikukus kemudian dilenyek sebelum diletakkan sedikit cheese. Ini antara menu kegemaran Siti Aishah sekarang dan seminggu dalam 3 atau 4 kali dia makan.
Bagi yang tertanya-tanya berapa berat Siti Aishah, sewaktu timbang 7 bulan beratnya 8 kilogram. Yang terkini masih belum tahu lagi. Bagaimanapun, doktor dan jururawat jelaskan perkembangan Siti Aishah ok dan setakat ini BMI normal dengan ketinggiannya.
Cuma di bahagian pipi, lengan, paha sentiasa buatkan semua orang geram dengannya. Kadang saya sebagai mamanya pun tiap kali tengok dia tidur mengiring, tak nampak mulut dan hidung kerana terlindung dengan pipi yang tembam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengagah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja. paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
ANAK HANYA ADA MINDA BAWAH SEDAR
Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak TIADA MINDA SEDAR. Yang wujud HANYA MINDA BAWAH SEDAR. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
ANAK SERAP SEMUANYA, TIADA FILTER!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya?..Ya! dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak, maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Emmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
BAGI INPUT POSITIF, ELAKKAN GAJET
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya.
Bersembang? Ya bersembanglah dengannya. Kata nak anak cepat bercakap.
Tanggal 29 Januari depan genap setahun usia anak Neelofa, Muhammad Bilal. Setiap kali perkembangan Bilal dikongsikan oleh Neelofa, pasti akan menjadi perhatian ramai.
Dalam satu video terkini yang dikongsikan di instagram, gelagat comel Bilal yang dah laju berjalan bermain di playground buat ramai geram.
Bukan main laju dia berjalan, mulut pun riuh bercakap. Bukan saja gelagatnya berjalan dan bercakap je orang nak tengok tetapi pehanya tu pun jadi tumpuan.
Bilal rupanya dah pandai berjalan dan boleh stabilkan dirinya. Walaupun terkedek-kedek berjalan dengan badannya yang bersemangat itu, dia tetap gigih juga untuk memanjat.
Bukan main aktif lagi Bilal, ke sana ke sini. Nampak seronok betul Bilal apabila diberi peluang bebas bergerak. Kaki ligat berja;an,. mulut pun sama naik ye Bilal, riuh suaranya.
Perkongsian Neelofa itu telah mendapat hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen yang diberikan rata-rata memuji Bilal yang cepat dapat kaki dan mulut pun ringan.
Sementara itu, dalam satu video lain yang dikongsikan oleh Neelofa, jelas nampak Bilal begitu teruja dengan permainan. Dalam video itu, Neelofa mengajar Bilal melakukan aktiviti sambil bermain.
Apa yang boleh dipuji, walaupun kesibukan menguruskan bisnes, bab anak Neelofa sangat mengambil berat. Sejak dalam pantang lagi, Neelofa rajin belajar ilmu keibubapaan seperti mengikuti kelas penyusuan, cara tidur dan tangisan bayi serta penyediaan makanan bayi.
Bukan itu saja, dia juga turut memberi pendedahan awal pada Bilal untuk melakukan pelbagai aktiviti sensori untuk memastikan perkembangan Bilal berada pada tahap terbaik.
Baby Aqasha Alhaq, 4 bulan, yang tercampak keluar akibat kemalangan di Lebuhraya Plus arah Sungkai pada 11 Julai lalu kini semakin sembuh.
(Follower Pa&Ma dapatkan British Polo Yuna Handbag Set dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Menurut ibunya, Natasya Nadia, baby Aqasha semakin aktif dan suka bermain-main. Namun masih lagi ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan selepas ini.
“Sekarang dah larat nak angkat tangan hisap jari & garu-garu kepala. Alhamdulillah”
“Kaki kiri under traction, kaki kanan semakin sembuh. Selepas kedua-dua kaki dah sembuh akan proceed untuk plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar. Syukur kepala takde retakan.”
“Cuma pendarahan dalaman dan sedang diberi ubatan.”
Natasya turut sempat berterima kasih atas doa dan bantuan orang ramai yang tak putus-putus sejak kejadian ngeri itu berlaku.
“Adek aktif macam dulu kuat sembang. Main toys lasak kemain.”
“Cuma merengek nak direct breastfeeding bila mama dia yang jaga. Yang lain Alhamdullilah anak kuat mama ni.”
“Tq semua. Tq doc, nurse yang bantu mama setiap kali nak tukar pampers”
Aqasha Alhaq kini masih dirawat dan dipantau di HRPB Ipoh.
Sebelum ini, kisah baby Aqasha tular selepas kenderaan yang dinaiki mereka sekeluarga dikatakan dilanggar lari sehingga menyebabkan mereka sekeluarga tercampak keluar di lebuh raya.
Kredit: Natasya Nadia
Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.