Berkat sabar dan menanti selama 7 tahun, akhirnya kehadiran Danny Junior memberi kegembiraan buat Danny X-Factor dan isterinya. Semalam (28 Februari) Danny berkongsi perasaan terujanya buat pertama kali bergelar bapa.
Menerusi Instagram Danny, dia menzahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi lelaki yang diberikan Allah. Dalam masa yang sama rasa gembira bertukar status sebagai seorang ayah.
Apa yang membuatkan ramai peminatnya terharu, Danny cukup berterima kasih pada isterinya yang sanggup berkorban dan bersuasah payah selama 38 minggu 2 hari untuk memberikan hadiah paling bernilai buatnya.
Ads
Baru faham pengorbanan besar isteri untuk memberikan zuriat pada suami. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan bayi serta ibunya pun sihat.
Selama tujuh tahun menanti, Danny tidak mengambil masa lama untuk berkongsi kegembiraan dengan semua yang mendoakan kebahagiaan dan keselamatan bayi dalam kandungan isterinya sebelum ini.
Ads
Sejurus lahir, Danny dah memuat naik beberapa keping foto anaknya buat tatapan orang ramai.
Kecacingan sebenarnya lebih mudah berlaku kepada anak kecil dan bayi. Jika tak dirawat segera bimbang boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus.
Kebiasaannya anak kecil yang mengalami masalah cacing ini terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan.
Manakala bayi pula cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan barang ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.
Bagi yang mengalami masalah ini, ubat cacing adalah cara yang paling mudah untuk mengatasinya. Bagaimanapun ada juga petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu.
Petua yang dikongsi oleh Wan Norma ini hanya menggunakan tiga bahan asas sahaja.
Share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak-anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping 2. Garam 3. Air
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Jika anda perhatikan si manja suka mengorek hidungnya, maka itu menunjukkan yang dia mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Ada masanya ia berlaku sekiranya kanak-kanak berasa cemas. Tiada bezanya dengan tabiat lain seperti memintal rambut, menggigit kuku atau menghisap jari, perbuatan mengorek hidung dilakukan tanpa si anak menyedarinya.
Alasan paling logik yang menyebabkan anak mengorek hidung adalah kerana mereka merasakan ada sesuatu di dalamnya. Salah satu sebab lain mengapa anak mengorek hidung adalah apabila mereka berada dalam persekitaran yang menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka.
Mengorek hidung dapat memberi kelegaan kepada anak sekaligus memberi masa kepada mereka memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Alahan akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah untuk mempunyai tabiat mengorek hidung. Ini disebabkan oleh mukus dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka.
Dalam beberapa kes yang lain, faktor persekitaran juga akan membuat kanak-kanak mempunyai tabiat ini. Sebagai contoh jika mereka kerap berada dalam ruang yang menggunakan penghawa dingin. Ia akan mengeringkan saluran nasal dan kemudian menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesa.
Kebanyakan tabiat akan kekal sehingga mereka dewasa, tetapi jangan risau. Tabiat mengorek hidung biasanya akan berhenti sendiri tanpa perlu dipaksa. Kanak-kanak akan berhenti melakukannya seiring dengan tumbesaran mereka. Ia akan berlaku secara semula jadi di atas kesedaran mereka sendiri atau dipengaruhi rakan-rakan (berada dalam persekitaran tiada orang yang mengorek hidung).
Walaupun anda tidak selesa dengan tabiat anda ini, anda tidak patut memberi sebarang komen. Memaksa mereka untuk berhenti tidak akan membantu kerana anak anda sendiri mungkin tidak sedar akan tabiatnya. Selain itu, meletakkan tekanan ke atas mereka mungkin akan mendatangkan implikasi yang lain. Anak anda akan melihat tabiat ini sebagai jenaka untuk mengusik anda. Lebih kuat anda memaksa, lebih kuat mereka mengusik hidung sendiri.
Sesetengah ibu bapa akan menggunakan beberapa teknik yang lain seperti menampal kain pembalut pada jari anak untuk membuat mereka tidak selesa melakukan tabiat ini. Namun begitu, ini lebih berbentuk seperti hukuman. Sebaiknya, ajar anak anda untuk menghembus hidung mereka daripada mengoreknya.
Jika anda seakan dapat menjangka waktu dan tempat anak anda gemar mengorek hidung, cuba alihkan perhatian mereka dengan memberikan sebarang objek untuk dipegang oleh mereka. Ajarkan juga mereka untuk menggunakan tisu untuk membersihkan hidung ketika berada di khalayak ramai.
Jika anak anda terlalu asyik mengorek hidung dan dengan tidak sengaja mencederakan diri sendiri, bawalah anak berjumpa doktor. Pastikan mengorek hidung hanyalah satu tabiat dan bukannya berkaitan dengan sebarang kondisi kesihatan mereka.
Semasa mereka membesar, anak anda mungkin akan mula mempunyai minat dan akhirnya tidak lagi mempunyai tabiat mengorek hidung. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu terlalu ‘keras’ menyuruh mereka menghentikan tabiat ini sehingga membuatkan anak stres. Ia memerlukan kesabaran, anda hanya perlu mendidik mereka untuk membersihkan hidung dengan cara yang lebih sopan.
Anak yang sihat dan aktif sebelum ini tiba-tiba hanya terlantar dan sesekali merengek cukup membuatkan sesiapa melihatnya mengair air mata.
Begitulah nasib yang menimpa Muhammad Fawwaz Adli, 6, yang kini hanya terlantar dan mampu mengelipkan mata selepas parah dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu.
Pendarahan Dalam Kepala
Selepas setengah tahun peristiwa hitam itu berlalu, kehidupan Fawwaz telah berubah 360 darjah setelah doktor mengesahkan Fawwaz mengalami masalah pendarahan di kepala dan kekejangan saraf akibat daripada peristiwa hitam itu.
Dari seorang kanak-kanak yang ceria, Fawwaz kini hanya mampu terbaring di atas katil, tiada daya untuk bangun berdiri dan tidak boleh berkata-kata melainkan sesekali mengerang kesakitan selepas beberapa kali menjalani pembedahan.
Menerusi perkongsian pengacara televisyen iaitu Fedtri Yahaya, dia telah berkongsi keadaan terkini adik Fawwaz ketika melawat kanak-kanak itu bagi mengetahui perkembangan terkininya.
Keadaan adik Fawwaz cukup membuatkan sesiapa melihatnya menitik air mata.
“Adik Fawwaz ditimpa peti ais 1.8 Meter. Sudah 4 kali jalani pembedahan sejak Julai tahun lalu. Doakan kesembuhannya. Ibu ayah tak dapat bekerja buat sementara waktu kerana fokus penjagaan anak. Mereka berniaga air balang di Nilai.
Dalam pada itu Fedtri memohon jika sesiapa yang bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan dan meringankan beban adik keluarga Fawwaz boleh berbuat demikian melalui akaun bapanya 5622-6354-7454 (Maybank-Mohd Bukhari).
Tak Boleh Bangun & Bercakap
Sementara itu, melalui perkongsian Mohd Bukhari melalui Metro, mereka sekeluarga sentiasa berikhtiar untuk melakukan pelbagai rawatan untuk lihat Fawwaz kembali tersenyum.
“Selain tidak dapat bertutur dan berjalan, kedua-dua kaki anaknya juga bengkok selepas demam sawan seminggu selepas kejadian.
Katanya, doktor menjangkakan keadaan anaknya kekal, tetapi dia masih menaruh harapan melihat Fawwaz kembali normal.
Terpaksa Berhenti Kerja
Mohd Bukhari berkata, buat masa ini, dia tidak dapat bekerja kerana perlu memberi perhatian kepada Muhammad Fawwaz di wad.
“Saya berniaga air balang di taman perumahan sekitar Nilai, Negeri Sembilan, tetapi tidak lagi bekerja sejak Julai tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, saya yang menjaga Fawwaz di wad manakala isteri, Siti Khadijah Daud menetap di rumah mentua di Taman Gedung Lalang, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan bersama dua anak,” katanya.