Berkat sabar dan menanti selama 7 tahun, akhirnya kehadiran Danny Junior memberi kegembiraan buat Danny X-Factor dan isterinya. Semalam (28 Februari) Danny berkongsi perasaan terujanya buat pertama kali bergelar bapa.
Menerusi Instagram Danny, dia menzahirkan rasa syukur di atas kelahiran bayi lelaki yang diberikan Allah. Dalam masa yang sama rasa gembira bertukar status sebagai seorang ayah.
Apa yang membuatkan ramai peminatnya terharu, Danny cukup berterima kasih pada isterinya yang sanggup berkorban dan bersuasah payah selama 38 minggu 2 hari untuk memberikan hadiah paling bernilai buatnya.
Ads
Baru faham pengorbanan besar isteri untuk memberikan zuriat pada suami. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan bayi serta ibunya pun sihat.
Selama tujuh tahun menanti, Danny tidak mengambil masa lama untuk berkongsi kegembiraan dengan semua yang mendoakan kebahagiaan dan keselamatan bayi dalam kandungan isterinya sebelum ini.
Ads
Sejurus lahir, Danny dah memuat naik beberapa keping foto anaknya buat tatapan orang ramai.
Diharapkan selepas ini kehidupan Danny dan isteri bertambah bahagia dengan kehadiran bayi lelaki comel dalam keluarga mereka.
Sumber: ig Danny X-Factor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri. Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Sekiranya tabiat penjagaan gigi yang baik tidak dipupuk sejak anak kecil iaitu ketika hanya memiliki beberapa gigi susu, ia akan memberi impak besar terhadap pembentukan gigi kekal yang sihat dan bebas sebarang masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Iqbal Rosali, dalam memastikan perkara itu dapat dipraktikkan, ibu bapa individu paling rapat yang perlu mendidik gaya hidup sihat untuk anak mereka.
STIGMA GIGI SUSU YANG PERLU DIBETULKAN
❎ Gigi susu tak penting
Gigi susu penting sama seperti gigi kekal. Paling penting adalah untuk anak mengunyah makanan dan bercakap dan menyebut dengan betul.
❎ Biar gigi susu rosak sebab ada ganti
Gigi susu memang akan diganti dengan gigi kekal. Tetapi janganlah dibiarkan rosak kerana bila gigi rosak boleh berlaku jangkitan kuman dan menyebabkan gusi atau muka bengkak. Anak-anak juga mengadu sakit, demam dan susah mahu makan.
❎ Gigi susu jarang, gigi kekal akan jarang juga
Penyataan yang tidak tepat. Gigi susu jarang kerana saiz gigi yang kecil dan rahang anak-anak kita pula sedang membesar. Tulang rahang mulut yang membesar menyediakan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
❎ Gigi susu cantik gigi kekal susah tumbuh
Tidak ada kena-mengena. Gigi susu yang sihat dan cantik adalah sangat dipuji. Gigi kekal tumbuh mengikut jadual dan akan menghakis akar susu menyebabkannya longgar.
❎ Gigi susu rosak tidak apa
Janganlah begitu. Gigi susu yang rosak boleh memudaratkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak.
❎ Gigi susu rosak, lebih baik cabut
Kalaulah semudah yang disebut. Budak-budak kecil tidak patut ditakutkan dengan doktor gigi dengan menunjukkan gigi rosak dan dicabut. Gigi susu yang rosak masih lagi boleh ditampal kalau lubang tidak terlalu besar atau dalam. Gigi susu juga menjadi panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Kalau gigi susu dicabut awal, itu antara punca susunan gigi kekal menjadi tidak elok.
❎ Gigi susu susah nak dibersihkan
Susah dibersihkan kerana anak-anak kita tidak mahu gosok gigi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bantu gosokkan gigi mereka sekurang-kurangnya sehingga mereka berumur 6 tahun. Aktiviti gosok gigi perlu dibiasakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapalah seharusnya menjadi contoh.
❎ Gigi susu sahaja, tak perlu diperiksa di klinik gigi
Inilah kesilapan dan stigma negatif paling besar sekali. Ramai ibu bapa tidak membawa anak-anak ke klinik gigi seawal yang mungkin. Hanya apabila sakit baru bawa. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan dengan persekitaran klinik gigi supaya mereka tidak takut bila besar kelak. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi walaupun tidak sakit seawal gigi pertama tumbuh.
Tip jaga luka lepas bersalin normal supaya cepat sembuh, cepat kering dan tak bengkak. Melahirkan anak secara normal adalah satu pengalaman yang penuh bermakna, namun ia juga melibatkan cabaran tersendiri, terutama dalam proses pemulihan selepas bersalin.
Salah satu perkara yang memerlukan perhatian serius ialah penjagaan luka jahitan bersalin. Dengan penjagaan yang betul, luka ini boleh sembuh dengan cepat tanpa sebarang komplikasi.
Kebanyakan ibu yang bersalin secara normal akan menjalani prosedur episiotomi, iaitu guntingan kecil yang dibuat pada bahagian perineum (kawasan antara faraj dan dubur). Tujuannya adalah untuk mempermudah proses kelahiran, mengelakkan koyakan tidak terkawal, dan mengurangkan risiko komplikasi seperti bayi lemas.
Walaupun luka jahitan ini mungkin menyebabkan ketidakselesaan, ia biasanya boleh sembuh dalam masa dua hingga empat minggu dengan penjagaan yang rapi.
Sebelum memahami tip penjagaan, penting untuk mengetahui jenis-jenis luka bersalin berdasarkan tahap koyakan yang berlaku:
Koyakan Tahap 1 (1st Degree Tear)
Luka ringan yang melibatkan kesan melecet di kawasan fouchette, bahagian kulit luar perineum, atau mukosa faraj.
Koyakan Tahap 2 (2nd Degree Tear)
Luka melibatkan fouchette, kulit perineum, mukosa faraj, otot perineum, dan fascia tetapi tidak sampai ke kawasan sfinkter dubur.
Koyakan Tahap 3 (3rd Degree Tear)
Koyakan yang lebih dalam sehingga melibatkan fouchette, kulit perineum, mukosa faraj, serta sfinkter dubur.
Koyakan Tahap 4 (4th Degree Tear)
Luka paling dalam, melibatkan fouchette, kulit perineum, mukosa faraj, sfinkter dubur, dan mukosa dubur.
Episiotomi: Keadaan luka yang serupa dengan koyakan tahap 2, tetapi ia disebabkan oleh guntingan, bukan koyakan semula jadi.
1.Pastikan kebersihan kawasan luka
2.Sentiasa pastikan bahagian sekitar faraj dalam keadaan bersih dan kering.
3.Cuci dengan air suam
4.Gunakan air biasa atau air suam untuk mencuci bahagian luka. Elakkan penggunaan bahan kimia.
5.Keringkan secara semula jadi.
6.Jangan lap atau gosok bahagian luka dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.
7.Elakkan sabun, minyak, atau krim.
8.Jangan gunakan sebarang sabun mandian, minyak, atau krim di kawasan luka jahitan kerana ia boleh menyebabkan iritasi.
9.Tukar tuala wanita dengan kerap.
10.Tukar tuala wanita secara berkala bagi memastikan kebersihan.
11.Pengudaraan waktu malam.
12.Jika pendarahan sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam untuk memberikan pengudaraan kepada kawasan luka.
Lazimnya, luka jahitan bersalin sembuh dalam tempoh kurang dari dua minggu tanpa sebarang komplikasi. Risiko jahitan terbuka semula akibat aktiviti fizikal seperti senaman atau hubungan intim adalah sangat rendah jika penjagaan dilakukan dengan betul.
Penjagaan yang konsisten dan teliti bukan sahaja mempercepatkan proses penyembuhan tetapi juga memberikan keselesaan kepada ibu. Dengan memahami jenis luka bersalin dan mengamalkan tips penjagaan yang tepat, ibu dapat melalui fasa pemulihan dengan lebih baik.
Dengan mengamalkan tip penjagaan yang tepat dan mendapatkan rehat yang mencukupi, ibu-ibu yang bersalin normal boleh menjalani fasa pemulihan dengan lancar. Luka jahitan bersalin bukanlah penghalang untuk menikmati detik indah bersama bayi yang baru dilahirkan.
Penyusuan malam, jangan diabaikan. Biasanya bayi yang menyusu dari susu ibu akan menyusu 2-3 jam sekali termasuklah pada waktu malam. Ini kerana komposisi susu ibu sangat mudah dihadam oleh bayi.
Ransangan (hisapan) yang kerap pada payudara dapat mengurangkan penghasilan FIL atau Feedback Inhibitor of Lactation. FIL adalah sejenis protein di dalam susu badan,ransangan yang kerap dari bayi dapat mengurangkan penghasilan FIL.
Lebih lama payudara ibu tidak diransang,penghasilan FIL akan semakin banyak didalam susu ibu.FIL akan hantar signal pada otak bahawa penghasilan susu perlu dikurangkan pada sesi seterusnya.Maka,jika semalaman bayi tidak bangun menyusu dan ibu pula tidak mengepam,penghasilan susu akan makin berkurang.
FIL juga boleh buat susu kering seandainya Ransangan kurang atau tiada..jangan salahkan FIL,itu cuma tugasnya..
Tugas anda? pastikan bayi menyusu dengan kerap..
Apabila bayi tidak menyusu secara terus atau berjauhan dari bayi,gantikan ransangan dengan pam.
Selain itu,penghasilan susu pada waktu malam tinggi dengan kandungan lemak,ia membantu menambah berat bayi.
Ha,nak bayi tambah berat dengan jayanya?kerapkan penyusuan waktu malam ya.
Kandungan susu pada waktu malam juga tinggi kandungan hormon prolaktin,Ia adalah hormon kasih sayang antara ibu dan bayi.
Agak rasa penghasilan susu kurang ke,kerap-kerapkan menyusu malam ya.Ia akan menambah penghasilan prolaktin dan seterusnya menambah penghasilan susu.
25% dari penyusuan susu seharian adalah dari penyusuan waktu malam.
Tragedi peti sejuk kanak-kanak di Colombia meragut dua nyawa ketika bermain sorok-sorok. Kisah ini jadi peringatan penting buat ibu bapa tentang bahaya dalam rumah.