Jahitan luka bersalin terbuka? Tentu mama tidak pernah membayangkan keadaan itu terjadi. Sama ada mama bersalin secara normal mahupun caesarean, kedua-dua jenis luka bersalin ini yang perlu sentiasa dipantau.

Jahitan Luka Bersalin Terbuka

Maka sebab itulah mama mesti peka dengan setiap perubahan pada luka jahitan. Kebanyakan kes luka jahitan terbuka boleh berlaku dalam tempoh dua minggu pertama selepas bersalin tanpa penjagaan yang teliti.  Melalui pengalaman doktor sendiri, kebanyakan kes  jahitan terbuka adalah disebabkan jangkitan kuman pada luka bersalin.

Jahitan Luka Bersalin Terbuka, Ini Fakta Penting Mama Mesti Peka
Kredit foto: Freepik

Ini Fakta Penting Mama Mesti Peka

Tanda-tanda jahitan terbuka:

-Rasa sakit yang amat atau melebihi dua hingga tiga hari. (Biasa rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan kuman.

-Bengkak, merah, bernanah atau keluar apa-apa cecair yang berbau atau jahitan  nampak terbuka.

Komplikasi yang berlaku di kawasan jahitan yang terbuka

-Kesan fizikal, psikologi dan sosial jika tidak dirawat.

-Boleh menjadi punca tempat jangkitan merebak ke dalam badan

-Boleh menyebabkan sakit berterusan, sukar untuk membuang air, sakit apabila melakukan hubungan kelamin,

-Hubungan dengan bayi terganggu, sukar untuk menyusu badan kerana sakit pada luka tersebut

Jahitan Luka Bersalin Terbuka, Ini Fakta Penting Mama Mesti Peka
Kredit foto: Pexels

Risiko

IKLAN

Risiko tinggi untuk jahitan terbuka atau lambat sembuh boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor ibu itu sendiri yang mengalami masalah diabetes, obes, merokok, tidak cukup zat (malnourished) dan urang daya tahan penyakit.

Manakala faktor luaran lain ialah jenis atau tahap luka.  (Luka bersalin umumnya ada empat tahap). Luka tahap tiga dan empat lebih kerap jahitan terbuka. Dalam hal ini, penggunaan antibiotik diperlukan. Kebanyakan doktor akan prescribe antibiotic kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka. Dalam pada itu, faktor umur dan bilangan kehamilan , tidak meningkatkan risiko jahitan terbuka.

Jahitan lambat sembuh

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah penggunaan benang untuk menjahit luka bersalin. Ini kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada sesetengah wanita mempunyai tisu terlalu nipis dan mudah terkoyak dan memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan yang terlalu ketat pada luka ibu akan cenderung jahitan terbuka.

Tindakan anda

Apabila menyedari jahitan terbuka, anda perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan memang akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

IKLAN

Jahitan terbuka semula?

Anda mungkin trauma jika mengalami situasi ini. Namun selepas dijahit risiko untuk terbuka semula adalah minimum kecuali berlaku lagi jangkitan pada luka yang baru dijahit itu. Jahitan yang terbuka mungkin akan berulang lagi jika  jangkitan pada luka itu tidak dibersihkan sepenuhnya atau masih ada jangkitan.  Oleh kerana itu, ada sesetengah kes,  luka yang terbuka semula boleh terus dijahit, mesti  dibersihkan setiap hari atau  pengambilan  makan antibiotik untuk beberapa hari sehingga jangkitan tiada barulah jahitan dilakukan semula.

Tempoh sembuh

Masa yang diambil untuk menjahit semula luka bergantung kepada keadaan dan saiz luka tersebut. Jahitan biasanya menggunakan benang yang lebih kuat. Selepas diperiksa, kawasan luka akan dibius, luka yang terbuka akan dibersihkan, kemudian baru dijahit semula. Biasanya luka bagi episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Manakala bagi luka pembedahan, tempoh tersebut cukup untuk kulit bercantum kembali. Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan ini boleh diguna pakai selagi tidak ada sebarang jangkitan kuman pada bahagian pembedahan. Umumnya, semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu enam  minggu.

Jahitan Luka Bersalin Terbuka, Ini Fakta Penting Mama Mesti Peka
Kredit foto: Freepik

Luka cepat sembuh

Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, amat penting anda lakukan pengambilan makanan seimbang.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana risiko jangkitan. Seharusnya semasa anda hamil, anda perlu mengambil makanan yang berzat dan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak

IKLAN

Penjagaan luka jahitan 

Amat penting anda memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, luka tersebut dilapkan sehingga kering. Kalau ingin gunakan barut, letakkan lapisan kain kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

Bahaya jahitan terbuka

Jahitan terbuka tidak membahayakan nyawa kecuali kalau ada jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan dan lambat mendapat rawatan. Selain itu, jika tidak dijahit, dan  dibiarkan, luka jahitan terbuka bersalin memang akan sembuh tetapi sembuh dalam keadaan parut yang tidak cantik, otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat.

Rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan. Segera berjumpa doktor untuk pastikan jahitan tidak terbuka.

Kredit foto (top image): Freepik

Artikel berkaitan: Baik-Baik Jaga Luka Lepas Bersalin, Luar Nampak Ok, Tak Sedar Kena Jangkitan!

Lepas Bersalin, Kalau Jadi Macam Ni Kena Terus Jumpa Doktor. Jangan Tangguh!

Jahitan Lepas Bersalin Terbuka Semula? Ketahui Risiko & Cara Penjagaan Luka Bersalin

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI