“Emm…penatnya ada anak ni. Dahla anak-anak ramai. Rasa nak nangis pun ada.” Sedihnya bila terhilang sabar. Bukan sengaja nak sakitkan anak, tapi…rasa tak mampu nak tahan sabar tu.”
Ungkapan ini kadang terkeluar secara tak sengaja dari mulut ibu bapa. Ingat sebelum kita menyambut kedatangan anak kecil ke dalam hidup kita, ketahuilah dia adalah bingkasan kasih-sayang dari Penciptanya.
Ads
Kita perlu melihat dia SENTIASA dari mata penuh kasih sayang. Kerana akan tiba masanya kerana pertumbuhan dirinya, dia akan meragam, dia akan mencampak barang, dia akan memukul anda, dia akan merampas barang dari anak kecil yang lain, dia akan menyepahkan rumah anda, dia akan menjerit tidak keruan, dia akan tidak duduk diam, dia akan tidak mahu tidur, dia akan tidak mahu bangun tidur dan senarai ini berterusan.
Ads
Jika anda menerima (embrace) sangkaan bahawa dia didatangkan untuk menyusahkan hidup anda. Atau anda merasa benci dengan segala perangainya…tarik nafas, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan itu.
Kerana sebenarnya, dia sedang membantu membentuk hati dan jiwa anda untuk menjadi lebih sabar dan membesarkan hati dengan kasih sayang tanpa syarat.
Ads
Jika tidak percaya, lihatlah dia semasa tidur. Dan jika sebelumnya, ‘he drove you mad’, anda akan nampak betapa ‘angelic’ , indahnya dia. Dan mungkin pada masa itulah anda menyesal terlalu garang kepadanya tadi. Pernah jadi macam ni?
Baru berusia satu tahun lebih, Baby Kobe atau dikenali sebagai Chef Kobe sangat terkenal di Instagram yang dikendalikan oleh ibu bapanya, Mrs Ashley dan Mr Kyle Wian.
Populariti baby Kobe makin meningkat apabila video masakanya tular di media sosial. Gayanya yang sangat comel dan seperti chef profesional menarik minat netizen sehingga baby Kobe berjaya menggumpul 2.3 juta pengikut di Instagram.
Kalau anda mengikuti instagram Chef Kobe, pasti anda tersenyum melihat gelagat comelnya. Selain itu, disebalik video Chef Kobe yang comel dan menarik sebenarnya ada ibu yang sangat sabar melayan anak bermain dan meneroka.
Menurut ibunya, Chef Kobe sangat gemar meneroka di dapur dan peluang ini diambil oleh ibunya untuk merakam perjalanan ini. Selain itu, Kobe juga berpeluang mengetahui tentang bahan-bahan masakan baru, merasai tekstur baru, belajar dan berlatih skil seperti menuang, mengaut dan mengukur bahan. Dalam masa yang sama sebenarnya, Ashley memberikan Chef Kobe peluang untuk meneroka dan belajar.
Tambah Ashley lagi video Chef Kobe sebenarnya adalah bertujuan memberikan inspirasi kepada semua Chef tak mengira umur untuk memasak dan meneroka. Asley juga mengambil masa 30 minit atau lebih untuk membersihkan dapur selepas Chef Kobe selesai memasak. Namun semuanya terbalas apabila Chef Kobe dapat meneroka dan belajar sesuatu yang baru.
Anak-anak mama kat rumah ada ke yang berbakat di dapur macam Umar & Auni ni? Kalau ada mama boleh kongsikan video mereka memasak di FB Pa&Ma atau email ke chefcilikpama@gmail.com
3 video terbaik akan dihubungi oleh pihak Pa&Ma dan berpeluang muncul di digital platform Pa&Ma setiap bulan…jangan lepaskan peluang!
“Selalunya saya paksa diri. Tidak semestinya sakit, kita jadi lemah. Jadi saya tetap bangun. Saya akan berlatih berjalan, tetapi bukan di hadapan anak-anak,”.
Begitu luahan hati seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan lima orang anak kecil.
Nor Karmira Benny, seorang ejen perniagaan, terlantar di rumahnya di Jalan Green, Kuching sejak Ogos tahun lalu kerana menghadapi masalah tulang belakang atau lebih dikenali sebagai slip disc.
Meskipun begitu, tidak pernah sekali Nor Karmira menjadikan ia sebagai alasan serta mengabaikan keperluan anak-anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke 10 tahun itu.
Katanya, paling penting makan minum serta pendidikan anak-anaknya terjaga.
“Saya tidak berputus asa, saya sekarang menjadi ejen perniagaan seperti menjual baju, alat solek dan makanan.
“Contohnya, kalau harga satu barang adalah RM20, saya akan mendapat upah RM2 atau RM3 seminggu. Itu cara saya mencari pendapatan,” kongsinya kepada Astro AWANI.
Ujar Nor Karmira lagi, walaupun realiti kehidupan payah untuk ditelan, namun dia harus cekal. Lebih memeritkan, katanya dia telah ditinggalkan oleh suami ketika masih mengandungkan anak kelima.
Namun, jelas ibu tunggal ini, situasi itu bukan alasan untuk dia tidak membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Dia juga bersyukur dengan sokongan moral berterusan diberikan ibunya yang menjadi penguat semangat untuk berdepan dengan liku-liku hidup.
“Memang saya yang memberi nafkah kepada anak-anak. Tetapi tulang belakang tetap ibu saya.
“Dia bantu dengan memberi sokongan serta motivasi. Mungkin bukan dari segi kewangan, kerana saya masih mempunyai dua adik yang sedang bersekolah,” luahnya.
Dengan doa insan tersayang, Nor Karmira berharap satu hari nanti dia dapat pulih sepenuhnya agar dapat menjadi ketua keluarga yang mampu menyediakan keperluan terbaik untuk mereka sekeluarga.
Melihat pada kesusahan yang dihadapi oleh enam beranak ini, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) tampil menghulurkan bantuan.
Malah kata Menteri KWKPK, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bantuan yang diberikan bukan hanya berupa bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Baitulmal Sarawak, tetapi juga penambahbaikan rumah didiami mereka.
“Kita melakukan kerja bersepadu melibatkan beberapa agensi. Bantuan berbentuk one-off dan bulanan diberikan.
“Pihak bomba sudah meninjau keadaan dan memberi jaminan atas keselamatan mereka. Jadi mereka lakukan kerja-kerja pembersihan serta menambah baik wayar elektrik,” beritahu Fatimah.
Tambah beliau, perkara ini diberi tumpuan bagi memastikan kehidupan mereka anak beranak selesa.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan program gotong-royong kebajikan kediaman Nor Karmira di Jalan Green, Kuching pada Jumaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haziq Hussni atau lebih dikenali sebagai Haziq Hotfm telah berkongsi tentang darah tali pusat atau Stem Cell. Menerusi gambar yang dimuatnaik di instagramnya, beliau menjelaskan bahawa tujuan utama menyimpan darah tali pusat hanyalah untuk tujuan perubatan.
Masa #PincessChayra lahir haritu Haziq ada post pasal stemcell kan? Ada yg DM tny halal ke. Tak haram ke buat gitu. Simpanan darah talipusat baby ni dibenarkan ke tak dari segi agama?
Okay. Sebenarnya ramai taktau lg simpanan darah talipusat ni dibenarkan dan harus untuk tujuan rawatan. Bukan utk benda lain tau. Bagi Haziq n Putri ni kira mcm insurans kesihatan jugak la utk Chayra kalau2 ada terjadi sesuatu yg tak diingini in future kan.
Sbb darah talipusat baby ada sel stem yg amat berharga dan tinggi manfaat perubatan dia dan boleh digunakan utk merawat lebih 80 jenis penyakit. So why not kan?
Ada yang turut berkongsi pengalaman menyimpan darah tali pusat. Namun ada netizen yang mempersoalkan bukan kah tidak boleh menyimpan tali pusat. Sebenarnya darah yang diambil dari tali pusat akan disimpan di tempat penyimpanan stem cell dan penjaga tidak akan menyimpan sendiri kerana stem cell harus disimpan dengan baik ditempat khas.
Biasanya ada ejen untuk handle benda ni
Ustaz kata tali pusat tu perlu ditanam bukan disimpan
Kita tak simpan pun tali pusat, dia cuma ambil cell dalam tali pusat je
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.