Tumpah darah selepas bersalin juga dikenali sebagai post partum haemorrhage (PPH). Ianya dibahagi kepada primary PPH sekiranya pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH pula pendarahan yang berlaku selepas 24 jam sehingga 6 minggu.

Penat Bersalin Belum Hilang, Tumpah Darah Pula! Yang Alami Ibarat Bertarung Maut

Menurut penjelasan daripada Dr Mohd Haizal Mohd Nor, Konsultan Obstetrik & Ginekologi dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) antara faktor penyebab kepada PPH ini adalah:

  1. Genital tract trauma semasa kelahiran
  2. Kandungan kembar atau kelahiran anak yang besar (macrosomic baby)
  3. Cebisan uri yang tertinggal di dalam Rahim
  4. Rahim yang tidak mengecut selepas kelahiran (uterine atony)
  5. Golongan manakah yang berisiko tumpah darah selepas bersalin?

Beberapa golongan yang berisko untuk mengalami tumpah dara selepas bersalin, antaranya: –

  1. Mereka yang mengandung di dalam keadaan rahim yang besar seperti kandungan kembar atau air ketuban yang berlebihan (polyhydromnious)
  2. Ibu ibu yang melahirkan di dalam keadaan yang lama (prolonged labour)
  3. Ibu ibu melahirkan lebih dari enam kali
  4. Keadaan uri yang di bawah (placenta previa)
  5. Ibu ibu yang mempunyai masalah kesihatan semasa mengandung seperti darah tinggi (PIH)
  6. Jangkitan kuman di dalam rahim

Dalam tempoh berapa lama boleh berlaku tumpah darah?  Sejurus selepas
bersalin atau semasa berpantang?

Seperti mana yang dikatakan tadi, tumpah darah ini dibahagi kepada Primamry PPH yang berlaku di dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH berlaku 24 jam selepas bersalin sehingga habis masa tempoh pantang

IKLAN

Apakah simptom-simptom tumpah darah selepas bersalin?

Simptom utama tumpah darah selepas bersalin bagi Primary PPH ialah ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan (melebihi 500 ml pendarahan sekiranya beranak secara normal atau pendarahan melebihi 1000 ml sekiranya beranak secara pembedahan atau caesarean). Manakala bagi pendarahan Secondary PPH pula, ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan dari kadar yang biasa semasa pantang dan selalunya akan mengeluarkan bersama ketulan darah.

Adakah tumpah darah boleh menyebabkan kematian kepada si ibu?

Pendarahan yang berlebihan dan sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, kematian kepada ibu yang mengalami tumpah darah boleh terjadi.

IKLAN

Apakah yang perlu dilakukan si ibu jika berlaku tumpah darah ketika
berpantang di rumah?

Langkah yang sepatut diambil oleh ibu ibu dan juga para suami ialah mebawa pesakit tersebut ke hospital dengan kadar segera bagi merawat keadaan pesakit tersebut

Apakah rawatan yang diberikan di hospital?

Rawatan utama yang akan diberikan kepada ibu ibu yang mengalami tumpah darah adalah:

IKLAN
  1. Memastikan ibu ibu stabil, sekiranya perlu blood transfusion diperlukan
  2. Mengenalpasti punca punca tumpah darah dan merawat punca tersebut
  3. Pembedahan (hysterectomy) adalah jalan terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu

Apakah yang perlu dilakukan jika setelah rawatan diberikan, si ibu
masih mengalami tumpah darah?

Ibu ibu yang pernah mengalami sejarah tumpah darah harus:

  1. Memaklumkan kepada petugas atau pusat kesihatan berdekatan agar lawatan susulan dapat dilakukan dan memberi perhatian kepada ibu bersalin tersebut
  2. Pastikan ibu ibu yang mengalami tumpah darah boleh menyusu badan kerana pendarahan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan susu badan terbantut. Sekiranya ini terjadi, ibu ibu dinasihatkan berjumpa doctor bagi membuat rawatan lanjut.
  3. Sekiranya ibu ibu mengandung lagi, maklumkan kepada petugas atau doctor terlibat bahawa ibu ibu pernah mengalami sejarah tumpah darah di dalam kandungan sebelum ini dan ini penting bagi doktor doktor yang akan merawat ibu bersedia menghadapi kemungkinan yang sama

Dinasihatkan agar ibu ibu mengawal beberapa risiko seperti mengelakkan kelahiran bayi yang besar dengan menjaga pemakanan.

___________________________________________________________________

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI