Bukan senang suami nak kena alahan kalau isteri mengandung. Tapi jika suami yang rasa, ada yang lagi teruk dari isteri.
Bagi Hairul Azreen dia mengakui terkena tempias alahan isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil empat bulan.
Katanya, dia kerap rasa letih selain suka menonton rancangan memasak.
“Masa mula-mula Hanis hamil, lebih kurang dalam tempoh sebulan dua begitu saya juga terkena tempiasnya.
“Saya kerap rasa penat dan loya. Selain itu saya jadi suka menonton rancangan memasak dan paling kelakar bila saya sendiri beritahu Hanis saya mahu buat kek.
Ads
“Reaksi Hanis memang ‘priceless’ sehinggakan dia sendiri pelik dengan perubahan saya.
“Mungkin sebab dia hamil jadi kita pun terkena sekali. Sekarang ini alahan saya dah hilang dan kembali seperti biasa,” ujarnya pada Gempak.
Mengulas mengenai kandungan isterinya, Hairul memberitahu bayi berada dalam keadaan sihat.
Ads
“Buat masa ini jantina masih belum tahu lagi.
Ads
“Alhamdulillah, ‘baby’ sihat cuma Hanis sajalah yang mengalami alahan teruk.
“Setakat ini Hanis tidak mengidam apa-apa yang pelik tapi selalunya benda yang dia mahukan itu senang nak dapat. Kalau susah, saya pun ‘nervous’ juga,” katanya.
Kredit: Gempak / Ig @hairulazreen
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu hamil perlu tahu apa yang perlu dimakan untuk memastikan kesihatan dan kandungan sentiasa baik. Pengambilan makanan yang sihat dalam diet harian amat penting agar dapat menjamin kesihatan diri anda sendiri dan perkembangan positif kandungan.
Empat superfood ini mampu tingkatkan kesihatan ibu hamil dan kandungan.
Ikan
Pengambilan ikan ketika hamil selalu menjadi pertikaian kerana ada yang bimbang tentang kandungan merkuri yang tinggi. Biasanya ikan yang hidup di dalam lautan dalam mempunyai risiko sebegini.
Walaupun begitu, anda perlu maklum bahawa ikan sangat kaya dengan sumber protein. Ia juga memiliki kandungan Omega-3 yang tinggi. Oleh yang demikian, ikan sangat diperlukan untuk membolehkan anak dalam kandungan mempunyai sumber yang baik untuk mengembangkan keampunan otaknya.
Ramai yang sedia maklum bahawa sayur-sayuran adalah sangat penting untuk menjamin tahap kesihatan berterusan. Oleh sebab itulah, adalah penting untuk anda mengambil jumlah hidangan sayur-sayuran yang mencukupi dalam menu harian.
Anda digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran berdaun hijau. Sayur bayam adalah sayur yang paling disyorkan kerana ia tinggi dengan kandungan asid folik.
Asid folik adalah sumber yang bagus untuk perkembangan saraf tunjang anak di dalam kandungan.
Brokoli
Selain dari sayur-sayuran berdaun hijau, anda juga perlu memberi perhatian kepada satu lagi sayur yang mempunyai warna hijau iaitu brokoli.
Memasukkan brokoli sebagai salah satu makanan bagi memenuhi keperluan pengambilan sayur harian memastikan anda memperoleh beberapa nutrien makanan penting. Anda secara tak langsung mengambil potassium. Potassium dapat membantu proses pertumbuhan tulang bayi di dalam kandungan.
Produk Tenusu
Mengambil kandungan kalsium yang cukup ketika hamil adalah sangat penting. Selain menguatkan tulang dan gigi anda, kalsium juga membantu menguatkan tulang dan pertumbuhan tubuh anak dalam kandungan.
Pastikan anda minum satu hingga dua gelas susu, anda boleh gantikannya dengan melebihkan pengambilan produk tenusu yang lain juga. Contohnya keju dan yogurt.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Diam-diam rupanya berisi. Che Puan Juliana Evans kini rupanya sedang hamil dan bakal bergelar ibu dalam masa 3 bulan lagi!
Aktres dan pengacara ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah bin Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada 30 April 2017. Kejutan penuh kegembiraan ini diumumkannya beliau di Instagram dengan memuatnaik kapsyen berikut;
Saya gembira mengumumkan dalam masa 3 bulan lagi saya akan bergelar ibu.
Saya dan suami sangat teruja untuk menjadi ibu bapa dan tidak sabar untuk berkongsi berita ini kepada anda semua. Terima kasih atas ucapan-ucapan anda semua. Alhamdulillah.
Para peminat teruja dengan berita gembira yang dikongsikan Juliana. Masing-masing mengucapkan tahniah atas kehamilan anak sulung pasangan ini dan berharap kehamilan & kelahiran berjalan lancar.
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut yang makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.
Selain itu, ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan beberapa masalah yang ada di antaranya serius. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.
1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkung. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.
Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan bayi dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.
2. Pedih Pada Badan
Keadaan pedih pada badan itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.
3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi badan ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.
Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.
Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.
4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.
5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.
Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Berdiri terlalu lama memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut bertumit rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral
6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke bayi, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.
Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.
Mengapa Selalu Panas? Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.
Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alami untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.
Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.
Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.
Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!