Susahnya nak ajak anak makan nasi. Katanya tak sedap. Lebih geram lagi bila mana anak hanya makan makanan tak berkhasiat seperti aiskrim, keropok dan sebagainya dan berselang seli dengan susu sahaja. Macam-macam menu kreatif mama dah sediakan tapi anak makan acah-acah sahaja.
Idea kreatif ibu ini, Widyana Ali ini memang superb. Sorok nasi dan jadikan lebihan nasi sebagai keropok rangup buat anak. Bukan anak saja, kita yang dewasa pun layan sampai habis. Krup krap mantap. Nak cuba? Jom ikut cara yang dikongsikan olehnya.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni.
Sedap sangat dan juga berkhasiat .
Anak- anak suka makan. Jom cuba resepi saya.
Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Ads
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
1. Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
2. Blend nasi tadi hingga hancur, masukkan garam dan serbuk bawang putih.
3. Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
Ads
4. Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
5. Keluarkan, tos air hingga betul betul kering. Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
6. Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais. Boleh hiris nipis.
Musim anak demam, batuk dan selesema yang melanda anak-anak kita kini sememangnya buat kita risau. Selain pengambilan ubat dalam rutin biasa, apa kata kita tambahkan Sup Chicken Broth ini untuk tambah memulihkan anak.
Macam mana resipinya? Jom ikuti perkongsian Pn Ainini Zainal ini.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak. Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah: Madu Habbatus Sauda Minyak Zaitun Minyak kelapa Air kelapa tanpa gula Singgang Broth Soup
Broth Soup? Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2,3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu – turunkan suhu badan – melawan kuman dan bakteria dalam badan – meredakan selesema dan batuk – sumber elektrolit untuk badan – melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak. – menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis. Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
2 biji bawang besar
3 inci halia
2 inci kunyit
¼ biji labu
1 biji lobak merah
Organic Shiitake Mushroom (optional)
Apa apa sayuran hijau
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang
2 liter air
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping
1 sudu besar Garam Himalaya
Organic celery, jika ada
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.
Atau jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
Tahan di bahagian Chiller selama 4-5 hari. Tahan di freezer sehingga 3 bulan.
Buat dalam bentuk kiub, tuang dalam acuan, bekukan pun boleh. Nak masak, ambil je beberapa kiub.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memasak dan menyediakan bubur nasi anak memerlukan tempoh masa yang agak lama. Namun dengan kepelbagaian dan daya kreatif ibu hari ini, bubur nasi menjadi satu teknik yang begitu pantas di masak. Semuanya mengikut daya kreativiti masing-masing. Ada yang meletakkan dalam bekas kecil, merendamnya terlebih dahulu, membekukan dan pelbagai lagi.
Namun nak menyedapkan rasa bubur itu sendiri semuanya tergantung kepada rahsia air tangan ibu. Perkongsian resipi bubur yang satu ini juga menarik. Santan dalam bubur orang dewasa itu sudah biasa, namun bagaimana pula dimasukkan ke dalam bubur anak kecil kita? Jom cuba resipi ibu ini, Norlaila Mohd Yusoff. Sedap berlemak. Anak pun makin selera.
BUBUR NASI BERSANTAN Bubur ni Ibu dah masak lewat malam tadi. Lepas tu letak dalam bekas tertutup masuk bahagian chiller. Ni Ibu buat untuk makan 2 hari terus. Untuk hari ni dan esok. Kalau Irfan makan selera, mungkin habis semua ni sehari. Bahan-bahan seperti dalam gambar.
Lobak merah dan kentang (disagat), sayur pakchoy (dicincang), UB, bebawang.
Beras frozen, CFS, Santan frozen, ayam. Beras dan ayam 2 bekas sebab masak untuk 2 hari terus. Chicken Feet Stock dan santan tu sebab tak muat bekas kiub ais, Ibu dah buat saiz besar macam ni. So taruk 1 bekas 1 bekas je. Kalau guna kiub ais mungkin guna 2,3 kiub.
Panaskan unsalted butter (UB). Kemudian tumis bebawang. Lepas tu masukkan ayam yang dah dicincang. Agak-agak ayam dah hampir masak masukkan air, beras frozen, Chicken Feet Stock (CFS), lobak merah dan kentang. Bubur dah hampir masak baru masukkan santan dan juga sayur pakchoy.
Siap dah. Bau sedap, rasa berlemak.
Ibu simpan dalam bekas bertutup macam ni. Nanti keluarkan awal bagi dalam suhu bilik je. Irfan ok makan bubur dalam suhu bilik. Tak perlu panaskan semula. Kena try & error untuk anak masing-masing.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nur Syuhada Naquiyyah, seorang ibu tunggal, berkongsi kisah hidup bersama dua anak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas meninggalkan rumah demi mencari kehidupan lebih baik.