Siapa menyangka rupanya anak kecil berwajah Inggeris dengan bola mata kelabu kebiruaan ini rupanya anak kandung kepada pasangan suami isteri berketurunan Melayu. Malah wajah ibu dan ayahnya yang begitu kemelayuan menimbulkan persoalan ramai.
Beberapa perkongsian yang dimuat di Tik Tok ibu ini, Fatin Atirah @fatinnatirahh jelas menampakkan keistimewaan dan mata mempersona anak kecilnya itu yang ternampak sekilas seperti anak Mat Salleh.
Perkongsian ibu berkenaan menjelaskan status anak kecilnya sambil menepis tanggapan orang ramai.
“Penat-penat saya melahirkan dia, macam mana boleh jadi anak angkat,” tulisnya di kapsyen.
Malah kongsinya lagi menerusi video kenangan, ibu ini turut berkongsi momen ketika mengandung serta detik melahirkan bayinya. Memang comel.
Ads
Dedah datuk berketurunan British
Menepis kata-kata orang ramai, rupanya ibu ini mempunyai keturunan British dan sudah semestinya genetik tersebut menurun kepada cahaya mata tersayang.
Tidak hanya berketurunan British bahkan ibu ini turut sama membuat pemeriksaan doktor berkenaan mata anaknya yang kebiruan.
Ads
Namun hasil pemeriksaan dengan doktor ternyata mata anak kesayangan itu berada dalam keadaan baik dan normal.
“My baby tak lama lagi masuk 8 bulan. Saya dah research and jumpa doktor dah mata baby tak ada istilah dapat tukar-tukar sebab ini semua ciptaan dari Allah.
“Kita siapa nak menafikan betul tak? Plus saya memang ada keturunan British. Datuk saya orang sana. And ni darah daging saya ya.
“Takdanya saya dengan suami ambil anak angkat. Nak tengok birth certificate dia boleh kalau korang nak. So terjawab tak persoalan korang?,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, wajah comel anak kecil itu turut menerima pujian ramai. Malah ramai yang memuji kecomelan anak kecil itu dengan mata kelabu kebiruannya.
Malah tak berbau. Tanpa kita jangka anak jatuh sakit secara bertubi-tubi. Semuanya tanpa kita jangkakan. Itulah yang berlaku kepada pelakon, Fizo Omar yang turut berdepan hal sama bila mana kedua-dua anak dan isteri turut dimasukkan ke hospital bulan lalu.
Tidak hanya anak-anak yang demam dan dijangkiti influenza bahkan isterinya yang kini sedang hamil lima bulan pula mengalami sedikit kecederaan ketika berada di rumah.
Menerusi Instagram, Fizo berkongsi kisah dua anaknya, Wan Maryam dan Khaleeda yang bergilir-gilir masuk hospital. Begitu juga dengan isterinya yang turut sama mengalami kecederaan.
“Dah macam sewa hospital dah. Bulan lepas punya citer, lebih RM 30 000 untuk bill hospital sahaja.
“Mula dengan Maryam demam jangkitan kuman dan warded for few days, lepas tu Khaleeda pulak demam terkena jangkitan kuman di kotak suara dia dan kena warded jugak beberapa hari,” kongsi Fizo bercerita.
Bukan itu sahaja, bahkan kisah ‘sewa’ hospital Fizo berlarutan pula bila isterinya, Fazeera pula dimasukkan ke hospital pada hari yang sama.
“Hari yang sama Khaleeda discharge, wife Abe Joe pulak accidently tersepit tangan kat pintu rumah, berlari pulak ke hospital emergency malam tu, so tangan dia kena banyak jahitan jugak dan kena warded jugak untuk 3 hari.
“Dah settle Faz keluar hospital, Maryam pulak demam dan pergi cek dia kena influenza pulak, demam dan muntah muntah, so we decide untuk dia masuk ward untuk doktor monitor dia dalam wad. Kena tahan pulak untuk 3 hari lagi,” kongsi Fizo lagi.
Nasihat ambil insurans sebagai persediaan
Berkongsi kisah itu kata Fizo, baginya apa jua keadaan dia sebolehnya mahukan anak-anak dan isteri menerima rawatan sebaiknya walaupun terpaksa berhabis puluhan ribu ringgit.
Malah Fizo juga turut berpesan dan berkongsi nasihat untuk sentiasa menyiapkan diri dan anak-anak dengan insurans bagi mengelakkan hal tak dijangka seperti ini.
“Hebat dugaan kita orang 1 keluarga bulan lepas, so total bill untuk hospital bulan lepas je lebih RM 30 000.
“Nasib baik la Abe joe amik insurance untuk semua family members dan alhamdulillah fully covered by insurance.
“What if kalau tak de insurance, mau lepas tu abe joe sendiri masuk hospital naik darah terkejut tengok bill hospital kan.
“Suka atau pun tidak tetap kene bayar jugak la kan yang penting anak bini kita sihat. Kita tak boleh nak expect apa yang nak jadi, tapi sakit tu pasti la kan.
“Tapi kalau tak ada insurance and kena bayar sendiri bila kena serentak macam ni, macam mana ek?,” kongsinya lagi.
Tidak mempromosikan mana-mana syarikat insuran, kongsi Fizo dia hanya mahu ibu dan bapa berjaga-jaga dan mempersiapkan diri jika berlaku sebarang kecemasan dan hal yang tidak diduga semacam ini.
“Abe joe ni bukan nak promote mana-mana company insurance, tapi apa Abe joe boleh cakap, memang penting insurance ni. Lagi-lagi la zaman sekarang ni, kos perubatan sangat tinggi. Elok dah sihat keluar dari hospital, dapat bill terus sakit balik kan.
“Tak kisah lah ape jenis insurance, janji ada insurance untuk diri sendiri dan family semua. Kalau apa-apa jadi tak ada la nak pening kepala nak fikir kan,” kongsinya lagi.
Tiada apa yang lebih perit bagi hati seorang ibu dan ayah, selain menerima hakikat kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata. Itulah yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kemalangan tragik yang melibatkan pelajar UPSI baru-baru ini.
Namun, di sebalik kedukaan yang menyayat hati, hadir sumbangan yang cukup menyentuh hati datang daripada Syarikat Sinar Suci Travel & Tours yang beroperasi di Pengkalan Chepa.
Syarikat berkenaan tampil menaja pakej umrah percuma khas buat ibu bapa kepada empat orang pelajar yang terkorban dalam nahas berkenaan.
Maklumat mengenai inisiatif mulia itu dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr. Azman bin Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebook beliau.
“Setinggi penghargaan buat Sinar Suci Travel & Tours yang bermurah hati menaja pakej umrah percuma kepada ibu bapa empat anak Jabi yang telah kembali ke rahmatullah dalam tragedi di JRTB.
Untuk pengetahuan ramai, antara penerima sumbangan tersebut ialah ibu bapa kepada Allahyarhamah Nurly Shahirah, mangsa yang mendapat perhatian ramai kerana merupakan hafizah Al-Quran. Abang kepada arwah turut memuat naik perkongsian menyentuh hati mengenai kunjungan pihak syarikat ke kediaman mereka.
“Terima kasih tidak terhingga kepada Sinar Suci Travel & Tours atas tajaan umrah percuma buat umi dan abah Nurly serta ibu bapa mangsa lain… Allahuakbar… sungguh cantik aturan Ilahi. Hari ini rumah kami tidak putus-putus diziarahi. Ramai datang untuk bertemu umi dan abah,” kongsinya di Facebook.
Di Pa&Ma, kami percaya bahawa kasih ibu ayah tak pernah terputus – walau jasad anak telah tiada. Doa mereka tetap mengiringi, dari bumi hingga ke langit.
Buat ibu ayah di luar sana yang sedang diuji, percayalah – Allah tak pernah mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Terus kuat, terus melangkah. Syurga itu mahal, tapi untuk ibu ayah yang redha, insya-Allah… ia dekat.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk hari ke 20 hari ini semakin menampakkan tanda positif apabila mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara-negara dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) terbanyak di seluruh dunia.
Berdasarkan data statistik John Hopkins University, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini, setakat lewat petang semalam, Malaysia kini menghuni tangga ke-30 semalam (5 April) berbanding tangga ke-17 pada 19 Mac lalu. Ini merupakan satu perkembangan positif berkat rasa tanggungjawab dan keprihatinan kita dalam membendung wabak ini bersama-sama.
Beberapa negara lain seperti Chile, Denmark dan India sudah mula mengatasi negara Malaysia yang sehingga kini mencatatkan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 3,662 orang.
Kedudukan terkini itu sekali gus menunjukkan usaha keras Malaysia membendung pandemik Covid-19 melalui inisiatif pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula menampakkan perkembangan yang memberangsangkan.
Melalui temubual yang dilakukan Sinar Harian menerusi Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman menegaskan trend terkini statistik kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah mula menunjukkan keluk mendatar dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
Katanya trend itu juga berpotensi mengetepikan ramalan beberapa agensi dunia yang menjangkakan Malaysia bakal berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 akibat gelombang ketiga pada pertengahan bulan April.
Malah julat anggaran kes jangkitan Covid-19 yang hanya sekitar 110 hingga 235 kes dalam tempoh beberapa hari ini serta statistik terkini Kementerian Kesihatan (KKM) terus menunjukkan keputusan lebih baik.
Sesungguhnya penurunan ranking ini bakal memberikan satu semangat untuk kita terus membendung wabak ini dengan jayanya. Teruskan rasa tanggungjawab kita untuk kekal berada di rumah dan tanamkan nilai positif sepanjang mengharungi tempoh PKP ini.
Malaysia turun ranking kes Covid-19 terbanyak dunia
SHAH ALAM – Malaysia terus mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara-negara dijangkiti pandemik koronavirus (Covid-19) terbanyak di seluruh dunia apabila negara kini menghuni tangga ke-30 semalam (5 April) berbanding tangga ke-17 pada 19 Mac lalu.
Berdasarkan data statistik John Hopkins University setakat lewat petang semalam, beberapa negara lain seperti Chile, Denmark dan India sudah mula mengatasi negara Malaysia yang sehingga kini mencatatkan keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 3,662 orang.
Kedudukan terkini itu sekali gus menunjukkan usaha keras Malaysia membendung pandemik Covid-19 melalui inisiatif pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula menampakkan keberkesanan memberangsangkan.
Hakikat itu disokong Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman yang menegaskan trend terkini statistik kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah mula menunjukkan keluk mendatar dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.
Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi/Biostatistik) Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, trend itu juga berpotensi mengetepikan ramalan aktuari beberapa agensi dunia seperti JP Morgan yang terdahulu menjangkakan Malaysia berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 akibat gelombang ketiga pada pertengahan bulan April.
Bagaimanapun, Dr Malina memberi amaran lengkuk statistik jangkitan kes Covid-19 di Malaysia mampu kembali meningkat mendadak seperti Hong Kong sekiranya kerajaan tidak mengambil iktibar daripada pendekatan negara itu yang melonggarkan serta-merta pelaksanaan PKP sebaik angka jangkitan kes dicatatkan mula mendatar.
“Tindakan PKP sejak 18 Mac lalu sememangnya memberikan hasil positif apabila julat anggaran kes jangkitan Covid-19 hanya sekitar 110 hingga 235 kes dalam tempoh beberapa hari ini, sekali gus menunjukkan keluk mendatar berbanding trend jangkaan JP Morgan yang sepatutnya menunjukkan jumlah kes meningkat mencanak.
“Meskipun ada jangkaan berlaku gelombang ketiga peningkatan kes jangkitan Covid-19, kita lihat statistik terkini Kementerian Kesihatan (KKM) terus menunjukkan keputusan lebih baik.
“Kita berharap rakyat terus mencontohi disiplin rakyat negara Jepun dan Korea Selatan untuk terus mencatatkan penurunan lengkuk. Namun sekiranya kita tidak berhati-hati dan terus melonggarkan PKP sebaik sahaja kes jangkitan berkurangan, kita boleh menerima nasib seperti negara Hong Kong,” katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.
Berikutan kebimbangan itu, Dr Malina mengakui terdapat keperluan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan PKP selepas 14 April ini kerana masih terdapat lebih 2,000 pesakit yang positif Covid-19 dirawat di hospital.
Menurutnya, kesemua pesakit positif Covid-19 yang masih dirawat mahu pun yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berpotensi mewujudkan gelombang jangkitan baharu pandemik itu sekiranya kerajaan tidak berhati-hati menanganinya.
“Selain menasihati rakyat negara ini untuk terus mematuhi PKP demi memutuskan rantaian penularan Covid-19, saya juga berharap kesemua petugas barisan hadapan lebih berwaspada dan turut mengamalkan penjarakkan sosial seperti amalan pembersihan tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan mereka mudah dijangkiti.
“Bagi golongan sukarelawan yang menyalurkan bantuan kelengkapan perlindungan diri atau makanan kepada petugas barisan hadapan atau bantuan kebajikan kepada golongan memerlukan, mereka juga diingatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan menjadi punca penularan Covid-19,” katanya.
Kredit: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!