Isteri, suri penyeri di rumah kita. Dia lah penceria dan rasa bahagia kalau di rumah. Jadi biarkanlah suri hati kita belajar menceriakan dirinya ketika penat melampau menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Malah menurut perkongsian Dr Taufiq Razif, para isteri harus belajar untuk mencari kegembiraan dengan melakukan hobi sendiri.
Semua ini menjadikan tangki emosi isteri kita lebih bahagia dan ceria. Jadi biarkan sekali sekali isteri dengan hobinya.
“Tak rasa loser ke jaga anak supaya bini boleh tunaikan hobi?”
“Saya sebenarnya perhati je kebanyakan mak mak ni bila dia buat kerja yang sama je setiap hari dia mai datang rasa tepu.
Ads
Sebenarnya rasa tepu tu permulaan burnout lah tu cuma tak ramai mak mak ni dia sedar benda ni.
“Tiap hari lipat kain, siapkan sarapan, cuci pinggan, tidurkan anak, mop lantai, jaga anak, jaga suami dan benda yang sama je berulang ulang daripada awal kahwin sampai lah ke penghujung usia. Tak kata salah pun.
Ads
Cuma bila tak ada unsur ‘playful’ dalam hidup dia akhirnya dia akan terbentuk satu beban dalam diri dia. Mula mula kecil, makin hari makin besar. Makin hari makin berat.
Sebab tu saya selalu cakap pada mak mak ni “find your own hobby, find your own passion”
It’s okay to be a mother. Tapi awak kena tahu awak dulunya adalah kanak kanak riang yang penuh kebahagiaan. Melompat ke sana ke sini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di mana ‘si anak’ tu sekarang? Di mana?
Ads
Sekali lagi saya ulang “it’s okay to be a mother. Tapi jangan sampai awak hilang diri awak sendiri. Deal? “
Bila suami melangkah keluar rumah setiap pagi, bukan sekadar langkah mencari rezeki. Itu langkah seorang pejuang hati, nak pastikan dapur berasap, anak-anak tak putus susu, dan isteri… tetap senyum bahagia.
Tapi di sebalik lelaki hebat yang keluar berpeluh tu, ada satu rahsia besar yang kadang orang tak nampak — doa dari seorang isteri yang setia.
Waktu tuhan hadiahkan pagi yang damai, isteri dah ambil wuduk dengan hati yang penuh harapan. Solat dhuha jadi jambatan cinta, antara isteri dan Tuhan, antara isteri dan rezeki suami.
Bukan sebab nak suami kaya raya semata, tapi nak suami cukup kuat, cukup tenang, cukup diberkati dalam setiap sen yang dibawa balik. Doa dalam solat dhuha tu macam peluk dari jauh. Tak nampak, tapi cukup rasa.
Kadang rezeki tak bertambah dari segi gaji, tapi cukup aneh bila rasa cukup je semua benda. Tayar kereta tak bocor, anak sihat, hati pun rasa lapang. Tu semua mungkin sebab bisikan kecil isteri waktu sujud—minta Allah jaga lelaki yang dia cinta.
Ada harinya suami balik dengan rezeki yang tak disangka. Dapat job freelance, ada orang belanja makan tengah hari, atau mood bos tiba-tiba baik. Itu semua Allah yang atur, hadiah kecil atas doa yang tak pernah henti.
Dalam satu hadis, Nabi Muhammad SAW bagitahu setiap pagi tubuh kita perlukan sedekah. Dan semua tu boleh ‘dibayar’ dengan dua rakaat solat dhuha. Mudah kan? Tapi impaknya luar biasa. Isteri bukan hanya peneman tidur dan makan, dia juga penyokong spiritual yang paling hebat.
Solat dhuha tu bukan ritual kosong. Ia satu bentuk cinta. Cinta yang diam tapi kuat. Cinta yang bisu tapi sampai terus ke langit.
Kalau hari ni tak sempat nak solat dhuha, takpe sayang. Esok boleh cuba. Slow-slow pun tak mengapa. Yang penting, kita mula. Anggap je ini cara paling halus untuk bantu suami jadi lebih tenang, lebih kuat, dan lebih rezekinya.
Tak perlu tunggu suami mintak, tak perlu post status panjang-panjang. Cukup Allah tahu. Cukup malaikat catat.
Dan bila satu hari nanti suami bisik, “Entah kenapa abang rasa semua urusan hari ni Allah permudahkan…”
Tersenyumlah isteri dalam hati, “Allah, terima kasih kerana dengar rintihan aku tadi…”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang sudah kita ketahui, hati seorang wanita ni lembut. Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya. Apa lagi jika yang berkata-kata tu adalah orang yang mereka sayangi. Suami misalnya, jagalah tutur kata anda di depan isteri. Janganlah disebut perkara yang bukan-bukan sehingga mengguris perasaan mereka.
Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis, biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si isteri. Dalam perkahwinan, ada beberapa perkara yang tidak boleh suami sebutkan pada isteri. Memang pantang!
Sesetengahnya kedengaran remeh, tetapi jika dikatakan pada isteri akan sangat mengguris perasaannya. Kadang-kadang mungkin suami terleka, tidak menyangka hal itu boleh membuatkan isteri berjauh hati. Dipetik dari laman Facebook Feminine Firmatika HQ, mereka berkongsi 9 ayat yang JANGAN LAGI DISEBUT depan isteri.
Suami, JANGAN LAGI Sebut 9 Ayat Ini Pada Isteri Anda, Atau Habislah…
1. “Cuba bawa bertenang. Rilek!” Ini ayat pertama yang para suami suka sangat sebut bila isteri mula membebel atau tak boleh bawa bertenang. Dan ini adalah ayat yang paling salah!
Apabila isteri marah tentang sesuatu, ayat suruh mereka bertenang tak akan membantu. Ia buat mereka rasa lebih tertekan dan anda tak nak mendengar apa kata-kata mereka.
Apa patut anda sebut: Sebaiknya anda tanya dia apa yang merungsingkan itu dan selesaikan masalah bersama-sama.
2. “Period ke? Patutlah!” Helo, isteri bukan asyik nak marah atau membebel ketika datang bulan saja tau! Ha ini yang buat isteri mula mengamuk bila suami sebut ayat ini.
Ada banyak sebab mengapa isteri marah – mungkin anda menyakitkan hati mereka, anda annoying atau sebagainya, dan period bukan sebab utama isteri marah.
Jadi, berhenti sebut ayat ini dan berhenti ingat anda tak melakukan sebarang kesalahan yang boleh buat isteri mengamuk.
3. “Apa masalah awak ini?” Ayat yang cukup tajam untuk si isteri. Tunggulah bebelan sepanjang siri Harry Potter pula akan keluar pula, ya!
Menyoal apa masalah isteri akan menyebabkan mereka anggap mereka “satu masalah” yang tak boleh dikawal.
Ayat ini tak cukup empati dan rasa belas kasihan pada isteri.
Apa patut anda sebut: Cuba soal dengan lembut dan tertib tentang isu yang dihadapi mereka. Tanya bagaimana anda boleh membantu menyelesaikan masalah itu.
4. ” Dulu ex abang pandai masak ini.” Ex dan kisah dulu-dulu jangan pernah diungkit semula kalau tak mahu pinggan terbang, ya!
Apa patut anda sebut: Pujilah masakan isteri itu, dia sudah berusaha tau!
5. “Rimaslah! Awak asyik membebel saja!” Lagi anda kata anda rimas, lagi isteri akan membebel. Kan saya sudah cakap, ada sebab kenapa isteri membebel.
Ia mungkin ada permintaannya tak ditunaikan, atau anda tak meringankan beban dia langsung!
Cuba ambil alternatif bijak dengan mencari punca kenapa isteri membebel dan selesaikannya.
6. “Tengok perempuan itu, lawa!” Isteri mana yang tak cemburu kalau suami puji wanita lain. Suami pun janganlah gatal nak puji wanita lain depan isteri kalau tak mahu isteri tarik muka dan merajuk pula.
Tapi, biasalah lelaki kan… mata kena cuci juga. Cuba kurangkan kalau tak mahu bergaduh!
Tip: Kalau kantoi isteri anda nampak anda tengok perempuan lain, cakap “Abang bersyukur isteri abang tak macam dia itu. Seksi sangat!”
Ehem, rahsia kita okay?
Apa yang penting, sama-samalah kita suami isteri menjaga tutur kata masing-masing.
Ia demi perkahwinan bahagia hingga ke anak cucu kita juga. Bukan untuk orang lain.
Bolehlah jadi rujukan para suami. Mungkin ada ayat lain yang akan buat si isteri terasa hati, tetapi ini adalah yang paling asas. Apa-apa pun, dalam hidup berumah tangga haruslah saling menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain.
Dalam kehidupan berumah tangga kena saling menerima pasangan seadanya. Baik atau buruk, itulah orangnya yang akan melengkapkan kehidupan kita. Setiap hari akan ada perkara baharu yang akan kita belajar tentang pasangan, biarpun dah bertahun-tahun kahwin!
Perubahan Isteri Bukan Kerana Tak Sayangkan Suami
Semua itu pasti akan berubah sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa, terutama jika kita sudah tidak berdua lagi. Masa yang dahulunya diberi sepenuhuhnya buat suami atau isteri kini sudah harus dibahagikan dengan anak-anak pula.
Isteri sentiasa diminta untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan menyediakan segala kelengkapan suaminya, namun apa sebenarnya apa tugas suami selain menyediakan kemudahan buat si isteri? Isteri tak nak banyak, cukuplah suami sudi jadi pendengar kalau dia nak luahkan perasaan.
Bila datang rezeki isteri hamil dan melahirkan anak mungkin kurang sedikit perhatian yang diberikan kepada suami. Kalau dahulu mungkin boleh ada tiga atau empat lauk, sekarang isteri hanya mampu masak dua jenis sahaja. Itu pun yang paling mudah. Pun begitu, suami jangan salah faham. Isteri sebenarnya tak cukup masa bukan sebab meminggirkan anda.
Ketika ini sudah mula berlaku, janganlah disalahkan isteri. Suamilah yang perlu berbuat sesuatu. Dah tiba masanya pinjamkan telinga dan bahu anda. Tanpa sedar, sebenarnya isteri ni letih sangat. Cuma tak sempat nak diluahkan.
Suami yang peka dengan keadaan isteri dah tentu akan perasan isterinya berubah. Waktu ini, kalau anda ‘cuit’ sikit emosinya, menangis. Anda cubalah tanyakan padanya jika ada apa-apa yang boleh anda bantu. Atau anda pula take over, urutkan badannya. Sebenarnya waktu itu, anda akan mendengar setiap luahan perasaanya.
Jangan marah, sebaliknya pinjam bahu anda untuk isteri bersandar dan merasakan sedikit perhatian dari anda. Percayalah, esok dia pasti akan senyum sampai ke telinga. Kalau anda dah buat begitu, dan esoknya dia masak special sikit, maksudnya ada berjaya menjadi suami yang prihatin dengan keadaan isteri.
Ucapan Terima Kasih Pun Dah Cukup
Isteri tak perlukan wang ringgit yang banyak (kalau ada, bonus!) atau dibelikan hadiah-hadiah mewah, cukuplah sekadar anda tanyakan keadaannnya atau bantu dia sedikit sebanyak dalam melakukan kerja rumah.
Isteri inginkan suami yang ‘celik’, ‘tidak pekak’ dan mampu menjadi orang yang menghapuskan air matanya. Sebenarnya, ucapan terima kasih sudah cukup untuk buat isteri merasa bahagia. Ambillah hati isteri dengan kata-kata manis yang membahagiakannya.