Penat lelah isteri bukan untuk dipuji tapi cukup manis kalau dihargai suami. Suami yang macho pula suami yang rajin membantu, tidak membiarkan isteri kepenatan seorang diri.

Bermula dari pagi hingga ke tengah malam, tiada  hentinya kerja seorang ibu menguruskan anak, rumah tangga dan keluarga. Perkongsian daripada wanita ini boleh memberikan semangat buat isteri yang keletihan. Peranan suami sangat mustahak tidak sekadar membantu tetapi memberikan semangat dan kekuatan kepada isteri menempuhi hari-hari yang mencabar.

(Tips Sayangi Diri Tanpa Gunakan Wang)

Kesian pula bila baca facebook isteri yang mengadu penat. Jadi saya merayu kepada para suami, berilah sedikit penghargaan kepada isteri masing di rumah.

Penatnya Urus Rumahtangga Hilang Kalau Suami Faham Pengorbanan Isteri

BANYAK BERKORBAN HINGGA DIRI SENDIRI TERABAI

Kadang kadang orang perempuan ni bila dah banyak sangat berkorban untuk orang, dia jadi lupa yang dia sendiri pun banyak terabai, baik fizikal mahupun kasih sayang.

Suami yang macho, dia usaha cari kaedah untuk isteri hadirkan rasa sayang pada diri sendiri.

Jadi apa kata selepas siap kerja rumah, bawa dia ke satu tempat yang tenang. Dan ajarkan beberapa teknik ni.

#1: Minta isteri tarik nafas 10 saat sedalam dalamnya. Biarkan udara memenuhi paru paru.

IKLAN

Kira setiap saat nafas ditarik, rasakan nikmatnya bernafas dengan perlahan dan seronoknya dapat duduk dengan tenang.

Penatnya Urus Rumahtangga Hilang Kalau Suami Faham Pengorbanan Isteri

#2: Bayangkan kita sedang berada di depan cermin dan memandang ke dalam anak mata sendiri.

#3: Lihat sedalam dalamnya anak mata sehingga nampak….. diri kita sendiri.

#4: Perhatikan betapa cantik dan baiknya kita. Perhatikan apa yang indah indah dalam perihal hidup.

Penatnya Urus Rumahtangga Hilang Kalau Suami Faham Pengorbanan Isteri

IKLAN

#5: Bayangkan jika kita adalah kawan baik kepada diri sendiri.

Apa agaknya perkataan yang akan dikatakan jika sahabat yang paling baik dan paling sayang adalah diri sendiri?

#6: Dengar betul betul ucapan yang ikhlas daripada hati itu.

#7: Akhiri perbualan dengan berkata, “Wahai diriku, saya sayang awak, awak berhak dicintai.”

Menarik kan? Aktiviti ini antara calming effect yang boleh meningkatkan self esteem wanita yang kadang tu terlupa nak hargai diri sendiri walaupun sering berkhidmat kepada orang lain.


IKLAN

BUAT CHECKLIST KEPADA ISTERI

Jadi, apa kata para suami sediakan checklist ini kepada isteri masing masing.

Tak rugi pesan kepada isteri untuk sayangkan diri mereka. Bukankah rumahtangga yang bahagia bermula daripada wanita-wanita yang gembira?

Bantu saya sebarkan tips ni ya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

#DrSaiMunger

Sumber: Saidatul Husna

Artikel berkaitan: [Suami Kenangkanlah Pengorbanan Separuh Nyawa Isteri Lahirkan Zuriat, Jangan Sakitkan Hatinya & Kedekut]


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI