Mungkin tanpa sedar suami seringkali sakitkan hati isteri sama ada dengan perbuatan seperti meninggikan suara atau berkasar dan bersikap kedekut untuk memenuhi keperluan para isteri atas pelbagai alasan. Ini tanpa sedar menutup pintu rezeki sendiri menjadi sempit
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini wajar dibaca para suami agar tidak memperkecil-kecilkan wanita bergelar isteri, ibu dan ibu mertua dalam kehidupan. Pentingnya menjaga emosi, memberikan kasih sayang kepada kepada ketiga-tiga insan ini.
Ads
Ramai yang bertanya betul ke sakitkan hati isteri rezeki jadi sempit, rezeki yang ada pun hilang?
Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita. Hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.
Ads
Jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka & bersangka jahat. Bimbing & pimpinlah supaya dekat dengan Allah.
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Di saat anak yang perlukan kasih sayang, ibu telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat menatap wajah anak yang dikandung selama 9 bulan.
Begitulah hebatnya pengorbanan wanita demi untuk memberikan zuriat buat suami. Perkongsian yang cukup sedih di Facebook Adek Eyka yang berkongsi mengenai pemergian arwah kakaknya selepas melahirkan anak benar-benar mengambarkan jihad seorang wanita bergelar ibu.
Memang ajal, maut, jodoh semuanya rahsia Allah. Namun pemergian ibu ini sangat menyentuh hati ahli keluarga kerana bayi arwah seolah-olah memahami yang ibunya telah pergi buat selamanya.
Meninggal lepas lahirkan anak sulung
Dalam perkongsian Eyka, dia menceritakan semula momen di saat pemergian kakaknya, dimana bayi arwah sedikit pun tidak menangis sehingga urusan pengebumian selesai.
Kongsinya lagi, mungkin ini antara hikmah yang Tuhan sampaikan, jika kebiasaanya bayi kecil akan sering menangis namun anak arwah mudah dijaga, membuatkan segala urusan pengebumian berjalan lancar.
Kucupan terakhir anak buat ibu
Rasa sayu makin bertambah, setelah melihat foto yang dimuat naik Eyka memaparkan kucupan terakhir anak pertama arwah kepada ibu yang telah mengorbankan nyawa untuk melahirkannya.
Terbaca diari arwah
Apa yang membuatkan bertambah sedih, Eyka sempat membaca diari arwah namun isi kandungannya tidak dapat dikongsikan dan menjadi rahsia antaranya serta keluarga.
“Apa yang buat aku terasa 1001 perasaan serba salah bila terbaca buku diari arwah. Biarlah aku saja yang tahu apa yang ditulisnya..Allahu andai masih hidup masih banyak nak diperbetulkan balik menangis air mata darah sekali pun takkan tebus rasa serba salah aku…” Siti Aisyah Binti Zulkafli 17/8/2020
Tak sempat nak bermanja dengan ibu
Ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bayinya dapat membesar menjadi anak yang soleh.
Walaupun ketiadaan ibu di sisi, moga anak ini terus dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa menyayanginya dan apabila besar nanti dia akan rasa bangga mempunyai seorang ibu yang hebat.
“Moga kami terus kuat”! Itu yang ditulis oleh Mawar Karim dalam satu perkongsiannya di instagram. Bekas isteri kepada Fizo Omar itu memberi gambaran dia dan anaknya Wan Maryam, telah dijangkiti virus Covid-19.
Usahawan itu tidak menjelaskan status sebenar tetapi menerusi gambar yang dikongsikan, dia dan Maryam telah dijemput oleh pihak hospital dengan berpakaian PPE.
Menerusi kapsyen yang diletakkan, dia dan anaknya perlu kuat melawan virus ini, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya mereka kembali sembuh.
Tidak berakhir di situ, dia juga menggunakan tanda pagar Covid 19, Covid, dan Covid Fighters, sebagai semangat untuknya.
“Terima kasih doakan kami”
Dalam pada itu, Mawar juga turut memuat naik 2 Instastory dengan menulis kata-kata semangat untuk dia dan Maryam terus kuat.
Pada masa yang sama Mawar, mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang membantunya ketika itu.
Sementara itu, Fizo Omar turut menitipkan doa buat Mawar dan anak perempuan kesayangannya agar terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.
Be strong dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. GWS
Sumber: Mawar Karim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pastinya impian setiap suami isteri mahukan anak lelaki dan perempuan dalam rumah tangga. Bagaimanapun jika ditakdirkan Allah anak yang dimiliki semuanya lelaki atau perempuan, pasti ada hikmahnya.
Percaya pada ketentuan-Nya, hati kita akan sentiasa tenang dan gembira asalkan dikelilingi oleh cahaya mata yang membesar dengan sihat dan sempurna. Siapa kita untuk menolak takdir ini.
Begitu juga bagi pasangan suami isteri, Nor Shaeriani Awang Hamat dan suami, Mohamad Farishal Mohamad Rasid apabila dikurniakan 7 anak perempuan yang berusia antara 13 hingga 2 bulan.
Kisah pasangan ini menarik kerana walaupun 7 orang anak yang dilahirkan perempuan, mereka tetap bangga dapat membesarkan anak-anak secara berdisplin dan tertib.
Menurut Nor Shaeriani, dia dan suami tetap bersyukur dengan anugerah Allah ini. Soal jantina tak kisah asalkan bayi dilahirkan cukup sifat dan sihat tubuh badan.
“Masa mula dapat anak sulung perempuan, saya dan suami memang tetap menaruh harapan untuk memiliki anak lelaki. Namun bila anak kedua, ketiga pun perempuan, kami masih bersyukur tetapi dalam masa yang sama tetap pasang impian nak dapatkan cahaya mata lelaki.
“Anak keempat dan kelima pula sepasang kembar, dan dua-dua perempuan juga. Hinggalah anak keenam dan ketujuh yang baru habis pantang pun sama juga jantinanya.
“Walaupun semua anak ‘geng’ saya, saya dan suami okay je, dan berharap jika Allah nak bagi rezeki lagi sebelum usia 40 tahun alhamdulillah. Mana tahu dapat pula kembar lelaki,” kata ibu yang berusia 37 tahun ini.
Impikan 10 anak
Nor Shaeriani yang mengimpikan 10 anak dalam keluarga turut menyatakan pernah jaga pemakanannya dan suami untuk dapat anak lelaki tapi Allah dah tetapkan rezekinya untuk dapat anak perempuan juga.
“Saya sentiasa positif, lepas ni bila anak-anak dah besar, rumah kami akan meriah dengan kehadiran menantu lelaki pula,” ujarnya.
Disiplinkan anak buat kerja rumah dan aktiviti agama
Sebelum ini Nor Shaeriani pernah berkongsi caranya mendidik anak-anak perempuan dengan kerja-kerja rumah yang ringan sejak mereka kecil. Contohnya sidai, angkat dan lipat baju; cuci pinggan mangkuk dan kemas rumah. Mereka juga kena bangun awal walau tak bersekolah. Solat Subuh dan Maghrib pasti kena berjemaah.
“Saya akan suruh mereka buat ikut kemampuan dan ini juga bekalan apabila mereka dah besar. Alhamdulillah, anak-anak yang dah besar sudah boleh diharap,” katanya.
Dikelilingi tujuh anak perempuan, Nor Shaeriani yang bekerja sendiri mengakui kesemua anak-anaknya mempunyai ragam yang berbeza.
“Si kakak atau adik masing-masing perangai berbeza. Si kembar pun ada perangainya sendiri. Kalau bergaduh tu, setakat gaduh mulut sajalah. Bila tengok gelagat mereka, saya dan suami tersenyum sendiri.
Nak akrabkan hubungan mereka lagi, saya dan suami membuat keputusan untuk meletakkan mereka dalam satu bilik tidur. Jadi semua aktiviti dapat dilakukan bersama dan kami juga senang untuk memantau.
Bilik anak-anak, kami buat seperti dorm yang ada katil dua tingkat. Masing-masing mesti kemas katil sendiri dan sama-sama bersihkan bilik.
Selalu tanya bila nak ada anak lelaki?
Sementara itu, Nor Shaeriani berkata dia dan suami sering menjadi tumpuan jika keluar bawa anak bersama. Kami suka pakai sedondon. Jadi bila keluar semua mata akan memandang.
Soalan yang biasa ditanya ‘bila lagi nak ada anak lelaki?’ Kadang jenuh nak menjawab setiap soalan pertanyaan tu. Cuma yang boleh kami jawab, anak lelaki atau perempuan sama saja, yang penting cara didikan kita akan jadi bekalan untuk kita di akhirat nanti.
“Saya berpegang satu je. Andai ada rezeki saya dan suami timang anak lelaki alhamdulillah namun jika selepas ini keluar juga anak perempuan kami tetap syukur. Kita tak tahu janji Allah untuk masa akan datang,” akhirinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.