Susah hati dibuatnya bila anak mengadu sembelit setiap hari. Puas minta anak minum air pada kuantiti yang banyak dan buah-buahan yang tinggi serat tapi anak masih tak boleh ‘membuang’ dengan baik. Apa nak buat?
Bagi memastikan ibu bapa faham dan menangani masalah anak sembelit, Dr Mazliana Mazlan senaraikan beberapa jenis makanan yang mempunyai kelebihannya untuk cegah sembelit daripada terus berulang.
Kerap sangat anak-anak sembelit, kalau tak cukup ambil makanan tinggi serat. 9 jenis makanan dalam gambar, wajib ada kat rumah korang kalau anak asyik sembelit tau.
Banyakkan bagi anak makanan macam ni, sebab kandungan yang ada dalam setiap jenis makanan ni, mampu bantu kurangkan sembelit anak. InsyaAllah.
1. Epal
– Pectin dalam epal bantu perbaiki keseimbangan bakteria di usus, seterusnya akan mudahkan pergerakan najis di usus.
2. Pear
– Kandungan fruktosa dan sorbitol semulajadi dalam buah pear, menjadi pelawas untuk mudahkan pembuangan anak
3. Kiwi
– Kiwi ada enzim actinidin main peranan dalam pergerakan usus supaya najis anak lawas dengan baik.
4. Buah tin
– Ada kandungan enzim ficin, yang beri kesan baik pada usus untuk lancarkan pembuangan.
5. Buahan citrus
– Serat pektin dan antioksida naringerin dalam buahan citrus, bantu untuk pejalanan usus yang baik dan elakkan sembelit berpanjangan pada anak.
6. Bayam dan sayuran hijau
– Sayur macam ni tinggi dengan serat mudah larut yang penting untuk najis yang lembut.
7. Brokoli
– Pertambahan berat pada najis bila anak makan brokoli, akan mudah dan lancarkan pembuangan anak.
8. Kacang peas
– Jenis kekacang macam ni, tinggi dengan serat mudah larut. Mampu elakkan anak sembelit jika diambil dengan lebih kerap.
9. Ubi keledek
– Keledek ada serat cellulose, lignin dan pectin, untuk bantu pergerakan keluar najis di usus dengan lebih baik.
10. Flaxseed
– Flaxseed serap air seakan span di usus, yang mana akan bantu untuk lembutkan najis. Cuba masukkan dalam makanan anak, makan dengan yogurt pun sedap.
Korang boleh cuba ya. Kita ikhtiar, taknak anak berpanjangan sangat sembelit. Masalah ramai ibu ayah yang saya selalu jumpa di klinik.
Bila sembelit, najis tak keluar, badan tinggi dengan toksin. Anak akan mudah jatuh sakit.
Paling kurang, pastikan sekali sehari anak membuang. Banyakkan 10 jenis makanan ni di rumah.
Tinggalkan makanan proses ya. Kita cuba sama-sama ok.
Mengenangkan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu, sesiapa pun pasti akan merasa sedih. Bayangkan anak kita dalam situasi itu pun, mesti rasa tak sanggup kan? Tapi andainya itu janji Allah, siapa kita untuk menolak takdir itu.
Sama juga dalam situasi tiga anak kecil ini berusia 5 tahun, 3 tahun dan 2 bulan kehilangan ibu dan masing-masing belum mengerti sepenuhnya ibu dah pergi menghadap ilahi.
Melalui perkongsian video di akaun Tik Tok fieza2401, dia berkongsikan kesedihan dialami oleh anak rakan baiknya selepas kehilangan ibu tercinta yang bertarung nyawa selama 10 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Setelah 10 hari di hospital
Berdasarkan video tersebut, wanita ini memaklumkan bahawa kawan baiknya telah menghembuskan nafas terakhir setelah 10 hari dirawat di hospital akibat masalah hati rosak.
Difahamkan juga, arwah dikatakan baru sahaja melahirkan anak bongsunya yang kini berusia dua bulan lebih. Siapa sangka, baru sahaja habis berpantang, arwah telah dijemput pergi buat selama-lamanya.
“Kenapa ibu tidur dalam tanah”
Apa yang membuatkan hati ini sebak, anak arwah bertanya kenapa ibu tidur di dalam tanah. Memang tak dapat digambarkan perasaan anak kecil itu apabila terpaksa menanggung rindu terhadap ibu tersayang.
Doakan anak arwah kuat walaupun tanpa kasih ibu
Dalam kesempatan itu juga, Fieza meminta orang ramai mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman selain berharap agar tiga anak kecil ini tabah menerima dugaan ini.
Moga nasib anak yatim ini yang kehilangan ibu terus mendapat kasih sayang dari ayahnya dan saudara mara terdekat. Mungkin bagi anak kecil seusia anak arwah, perasaan rindu dan mencari-cari ibu akan dirasai bila waktu nak tidur. Harap semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda anak tidak cukup tidur, ibu bapa mesti kena ambil tahu, penting untuk jaga kesihatan. Tidur merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia, terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
Tidur yang cukup adalah kunci utama kepada perkembangan fizikal, mental, dan emosi mereka. Namun, dalam era moden ini, semakin ramai kanak-kanak yang tidak mendapatkan tidur yang mencukupi.
Kurang tidur boleh menjejaskan perkembangan anak. Malah kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami masalah kurang fokus dan keletihan sepanjang hari.
Ikuti perkongsian oleh Dr Taufik Razif mengenai tanda-tanda anak tidak cukup tidur.
1. Keletihan letih sepanjang hari
Tak cukup tidur ni bukan je boleh sebabkan ‘Physical Fatigue’ tapi boleh juga sampai menyebabkan ‘Mental Fatigue’.
Kalau anak anak selalu mengadu ‘penat la Mama’ atau susah nak fokus buat sesuatu kerja, cuba periksa anak kita tu cukup tak jam tidurnya.
2. Sangat susah bangun pagi
Yang ni paling menyebabkan drama pagi antara mak ayah dan anak. Mak ayah nak kejar punch card tapi mata anak pulak macam kena gam. Kadangkala tu tengah mandi pun dia boleh tidur kan?
Kalau jam tidurnya cukup, percayalah cakap saya anak kita akan bangun sendiri dengan penuh senyuman! Cuba periksa apa anak kita buat sebelum tidur. Entah entah dia termenung tak boleh tidur sebab ‘blue-light effect’ daripada TV dan gajet kot!
3. Selalu menguap di siang hari
Tu maknanya samada anak kita keletihan ataupun anak kita punya tidur malam tu tak berkualiti (poor quality sleep).
Tapi kalau melebih lebih sangat menguapnya boleh je pergi periksa ke doktor. Ada banyak je penyakit ( medical conditions ) yang menyebabkan anak kita menguap melampau ni.
4. Selalu meragam tanpa sebab
Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, tidur ni adalah keperluan fisiologi paling asas dan terpenting bagi anak. Setara dengan keperluan makan dan minum!
Jadi, gunalah teknik penenang apa pun, kalau anak tak cukup tidur ni memang akan meragam. Badan dah mintak rehat, tak boleh buat apa dah.
5. Anak selalu jatuh sakit
Tidur yang tak berkualiti dan juga kurangnya tidur pada anak boleh membuatkan fungsi sistem imun anak kita tak bekerja dengan baik.
Jadi, kalau ada anak yang selalu jatuh sakit cuba tengok tengok juga kualiti tidur anak kita. Jangan jangan anak kita duk berjaga sepanjang malam masa kita tengah lena tidur atau waktu tidur anak tu tak tetap sampai jam biologi anak kita jadi pening dan terganggu!
Bagaimana untuk Memastikan Anak Mendapatkan Tidur yang Cukup?
Tetapkan rutin tidur yang konsisten
Wujudkan rutin tidur yang konsisten setiap malam. Ini boleh termasuk aktiviti seperti membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebelum tidur. Pastikan anak tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.
Cipta persekitaran tidur yang selesa
Pastikan bilik tidur anak adalah tempat yang tenang dan gelap. Suhu bilik yang sesuai dan katil yang selesa juga penting untuk membantu anak tidur dengan nyenyak.
Hadkan penggunaan peranti elektronik
Elakkan anak menggunakan peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet, atau televisyen sekurang-kurangnya satu jam sebelum tidur. Cahaya biru dari skrin boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin yang penting untuk tidur.
Perhatikan pemakanan dan aktiviti fizikal:
Pastikan anak mendapatkan diet yang seimbang dan melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi pada siang hari. Namun, elakkan makan makanan berat atau minum minuman berkafein dekat dengan waktu tidur.
Tidur yang cukup adalah asas kepada kesejahteraan kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan anak-anak mereka mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Dengan memberi perhatian kepada tabiat tidur yang baik, kita boleh membantu anak-anak berkembang dengan sihat, cerdas, dan seimbang dari segi emosi.