
Minggu ini menyaksikan beberapa pengumuman penting terkini kerajaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penerima bantuan, pelajar, penjawat awam dan pemilik kenderaan. Jika anda belum sempat mengikuti perkembangan semasa, ini antara perkara utama yang wajar diberi perhatian.
Daripada bantuan kewangan baharu sehinggalah kepada perubahan dalam sektor pendidikan dan perkhidmatan awam, berikut ialah ringkasan tujuh bantuan serta pengumuman penting yang menjadi tumpuan minggu ini.
Melalui inisiatif Cermat MADAN, pemilik kenderaan berpeluang menikmati potongan premium insurans sehingga 10% sebagai penghargaan kepada mereka yang sentiasa mengamalkan pemanduan selamat dan bertanggungjawab.
Untuk fasa pertama, semua pengguna yang memperbaharui insurans menerusi aplikasi MyJPJ akan menerima rebat secara automatik tanpa sebarang syarat sehingga 9 September 2026.
Bermula 10 September 2026 bagi fasa kedua, pemberian rebat akan ditentukan berdasarkan profil risiko serta rekod pemanduan setiap individu. Antara aspek yang dinilai termasuk rekod saman yang masih aktif, status senarai hitam, sejarah pematuhan terhadap undang-undang jalan raya serta tahap risiko pemandu berdasarkan data daripada JPJ dan PDRM.
Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenalkan bantuan Baucar Kita Selangor bernilai RM100 sebulan kepada 50,000 penerima yang layak bermula 30 Jun 2026.
Bantuan ini akan disalurkan selama enam bulan sehingga Disember 2026. Antara golongan yang disasarkan ialah isi rumah miskin yang berdaftar dalam e-Kasih, pekerja yang kehilangan pekerjaan, ibu tunggal serta kumpulan rentan yang berdaftar dengan JKM.
Penerima yang layak akan menerima SMS secara berperingkat mulai 23 Jun 2026. Mereka perlu membuat pengesahan maklumat, mengemukakan permohonan melalui Portal Baucar Kita Selangor dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Orang ramai dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Negeri pada 22 Jun 2026 sebelum mengambil sebarang tindakan atau membuat permohonan berkaitan program ini.
Sembilan Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini secara rasmi dikenali sebagai ebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).
Penjenamaan semula ini dijangka memberi penekanan lebih besar kepada bidang STEM dan teknologi bagi melahirkan tenaga mahir yang mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan.
Calon boleh membuat semakan keputusan mulai 18 Jun 2026 sama ada secara dalam talian melalui portal enerusi portal Majlis Peperiksaan Malaysia atau menggunakan perkhidmatan SMS yang disediakan.
Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Bagi yang kurang berpuas hati dengan keputusan diterima, jangan jadikan ia noktah perjuangan kerana masih banyak lagi peluang dan ruang untuk melakar kejayaan pada masa hadapan.
Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) & Rumah Tamu (RT) kini dibuka untuk penjawat awam, pesara kerajaan dan kakitangan badan berkanun yang layak bagi penginapan Julai hingga September 2026.
Tempahan mula dibuka pada 18 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari melalui portal rasmi:
https://promis.bph.gov.my/login
Untuk maklumat lanjut dan semakan info berkaitan RPP:
https://www.bph.gov.my/portal/rpp-laman-utama/
Sesiapa yang layak digalakkan buat tempahan awal kerana tempat adalah terhad dan biasanya cepat penuh.
Satu lagi perkembangan yang menarik perhatian ramai ialah pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun.
Inisiatif ini dijangka dapat membantu rakyat mengurangkan kos serta kekerapan urusan pembaharuan pasport pada masa hadapan.
Walaupun pelaksanaannya pada asalnya dijadualkan bermula pada Jun tahun ini, ia ditangguhkan bagi memastikan segala urusan operasi dapat berjalan dengan lebih lancar.
Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) akan membuka permohonan bagi sesi pengambilan 2027 untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula 14 Julai hingga 21 Ogos 2026.
Perubahan ini dianggap penting kerana sebelum ini kemasukan hanya ditawarkan untuk pelajar Tingkatan 4 sahaja, sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada pelajar Tingkatan 1 untuk menyertai institusi berprestij ini.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal PKSK KPM:
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Ibu bapa dan pelajar disarankan bersiap lebih awal untuk permohonan kerana persaingan biasanya tinggi bagi kemasukan ke MTD.
Sumber: Portal e-Central & malaysiamendidik