Vitamin bukan penyebab anak menjadi pintar, menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri apabila ditanya mengenai lambakan vitamin ‘kepintaran’ kanak-kanak yang banyak terdapat dipasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Prof Madya, Dr. Bustam Kamri adalah Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College of Yayasan Melaka (ICYM). Berpengalaman luas dalam pendidikan prasekolah, kedoktoran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dari University of Massachusetts.
“Pada saya jika anak itu sihat, vitamin tidak perlu untuk kanak-kanak itu. Kecuali atas faktor kesihatan anak-anak itu perlu vitamin atas nasihat doktor. Ini kerana jika terlebih ia akan memberikan kemudaratan kepada kanak-kanak itu.
“Dari sudut perkembangan kanak-kanak, saya percaya setiap anak-anak itu berbeza tahap perkembangannya. Ada kanak-kanak yang tidak mahir menendang bola, ada kanak-kanak yang boleh bermain muzik dan mahir matematik. Setiap kanak-kanak potensi dirinya berbez-beza mengikut tahap perkembangannya.
“Pil vitamin tidak menjamin anak-anak itu pintar atau cekap membaca. Ibu bapa kena faham semua anak yang dilahirkan mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Mereka tidak sama dengan kanak-kanak lain.
“Untuk mempertingkatkan potensi diri anak, ibu bapa kena didik anak-anak itu. Perkembangan anak berpandukan kepada 7 tahap kecerdasan sebagaimana yang dinyatakan mengikut Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal di Universiti Harvard.
“Nasihat saya, jangan mudah marah jika anak tidak pandai metamatik. Anak ini pastinya ada kecerdasan lain dalam dirinya,” jelas Dr Bustam.
9 TAHAP KECERDASAN
Mengikut teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Sehingga kini, beliau mengenal pasti sembilan jenis kecerdasan (Gardner dalam McKenzie, 1996). Sembilan tahap kecerdasan ialah
Kecerdasan linguistik
Kecerdasan logikal
Kecerdasan muzikal
Kecerdasan bodily kinesthetic
Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasal visual/spatial
Kecerdasan naturalist
Kecerdasan existentialist
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
1) Linguistik (word smart)
Memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan, kemampuan belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
2) Logikal (number/reasoning smart)
Pemikiran secara konsep, abstrak, gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
Ads
Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
3) Muzik (Music smart)
Minat dan sensitif terhadap irama dan bunyi. Berkeupayaan boleh belajar dengan menggunakan muzik.
Kerjaya: Komposer, Penyanyi
4) Bodily / Kinesthetic (Body smart)
Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti ‘hands-on’. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.
Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari.
5) Interpersonal (people smart)
Ads
Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
6) Intrapersonal (Self smart)
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada.
Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
7) Visual / Spatial (Picture smart)
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
Ads
Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
8) Naturalist (Nature smart)
Mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
Cuba kita berfikir sejenak, mengenai Mozart yang mempunyai bakat luar biasa dalam bidang muzik. Manakala Einstein pula bijak dari segi logik dan matematik. Adakah Mozart kurang cerdas berbanding Einstein?
Kesimpulannya, definisi kecerdasan mengikut tahap perkembangan seseorang invidu termasuk anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak kenal Lara Alana, anak pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Si comel Lara sendiri cukup popular di media sosial Instagram dan sudah mengumpul seramai 3.2 juta pengikut.
Memiliki karektor lucu dan periang seperti ibunya, Scha ternyata aksi dan gelagat Lara di Instagram dinantikan oleh pengikutnya sejak dia bayi lagi.
Terbaru telatah Lara mencuri perhatian netizen apabila daddy nya memuatnaik video Lara membaca surah Al-Fatihah dan ayat awal surah Al-Baqarah bersama Awal.
Selain terhibur mendengar suara pelat Lara menghabiskan bacaan Al-Fatihah, wajah ceria dan gelak ketawanya di hujung video menggambarkan anak kecil ini seorang yang ceria dan bahagia kerana mendapat limpahan kasih sayang yang cukup daripada mummy dan daddy nya.
Ternyata kebijakan Lara bukan sekadar pandai berbahasa Inggeris dan membuat aktiviti lain sahaja tetapi si comel ini juga sudah pandai mengaji.
Jelas sekali pengaruh didikan ibu dan ayah yang tak pernah jemu merangsang anaknya mampu menjadikan seorang anak itu bijak dan seimbang didikan duniawi dan akhirat.
Semoga perkongsian Awal dan Scha mengenai cara mereka mendidik Lara menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk turut mencontohi cara pasangan selebriti ini.
Netizen pun ramai yang puji cara Awal dan Scha mendidik Lara. Walaupun pernah dikecam kerana anaknya lambat bercakap dan tidak mengajar Lara mengaji tetapi Awal berjaya membuktikan dia tetap memberi didikan seimbang kepada anaknya.
Memang setiap anak itu berbeza tahap perkembangannya tetapi dengan limpahan kasih sayang, perhatian dan rangsangan yang cukup daripada ibu ayah, anak anda mampu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
Semoga Lara Alana membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Sudah menjadi lumrah kanak-kanak untuk bermain. Salah satu perkembangan yang baik boleh dilihat pada anak jika mereka ada membuat role-play atau pretend-play.
Ketika bermain cara ini, mereka akan berlakon memegang watak tertentu untuk mengembangkan lagi daya imaginasi mereka.
Anak-anak mungkin akan menjadi polis, doktor, jurujual, guru dan banyak lagi. Bagusnya bermain begini kerana ia dapat memantapkan pemikiran anak serta kemahiran sosial juga akan jadi lebih baik.
Seperti yang dikongsikan oleh pengasas produk kecantikan, Tya Ariffin di laman Instagram, ketika anak perempuannya, Azzahra Jiwa sedang bermain bersama dua orang sepupu.
Sumber foto: Instagram Tya AriffinMenerusi kapsyen Tya, ditulis;
“Ara ada buat part time cikgu, cikgu alpahabet, cikgu maths and mandarin👧🏻 Setakat ni dah ada 2 student, Alayna Alaia 😂..”
Dikenali kerana kepetahannya bercakap, Azzahra atau Ara juga sudah bijak mengira dan mengenal huruf pada usianya tiga tahun.
Di dalam video tersebut dilihat Ara dengan sabar mengajar sepupu-sepupunya mengenal huruf dan nombor dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Salah seorang ‘anak murid’ Ara adalah anak kepada aktres jelita, Izara Aishah iaitu Alaia.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Cerdik betullah Ara. Yang lain-lain tu pun bagus, ikut je bila Teacher Ara ajar. Semuanya petah dan bijak-bijak walaupun belajar sambil bermain.
Berlari, memanjat, melompat, menyepahkan rumah. Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa.
Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain, lipat satu, si kecil pun punggah satu. Lipat lagi satu, dia ambil kain yang berlipat tu campak jauh. Yang peliknya, kain yang tak berlipat tu takdelah dia hairankan pun.
Biasanya ibu ayah memang bagi jawapan yang sama. Memang anak akan punggah semula semua baju yang kita dah lipat.
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UIA, Dr Mastura Badzis, ibu ayah semua patut bersyukur. Sebab itu tandanya anak kita normal, anak kita sihat. Dan berhati-hatilah kalau anak kecil kita (terutamanya 3 tahun ke bawah) takde apa-apa reaksi, duduk senyap, dan tak punggah pun kain baju yang kita lipat tu.
Sebabnya itu adalah salah satu tanda-tanda atau ciri-ciri autisme.
Ceritanya sama juga bila anak baling-baling barang, tuang air atas lantai, panjat sana-sini, nak suap makan sendiri sampai berterabur nasi satu rumah.
Ni semua tanda kata anak kita memang normal. Dan semua benda yang dia buat ni adalah salah satu cara untuk dia develop perkembangan otak dan skill yang patut dia ada.
Yang tak normal bila anak terlalu pasif, terlalu duduk diam, takde respons bila dapat barang kat tangan. Ibarat macam anak kita demam. Main tak nak, makan tak nak. Melepek terbaring muram. Pasti ibu ayah tak nak tengok anak kita macam ni kan?
Anak-anak 6 tahun ke bawah belajar melalui experiment, exploration and experience. Kalau 3E ni takde dalam hidup budak-budak terutamanya yang usia 3 tahun ke bawah, makna kata perkembangan anak-anak mungkin jadi sangat lambat. Delay habis.
Salah satu sebab jadi delay adalah kerana sikap kita ibu ayah ni sendiri. Terlalu banyak berJANGAN dengan anak-anak. Ini tak boleh, itu jangan buat. Kita terlalu banyak nak marah anak bila dia tak reti duduk diam.
Hakikatnya hidup anak 6 tahun ke bawah memang TAK RETI duduk diam. Sebab dia nak kena capai 3E tadi untuk keperluan otak dan skill dia. Sama macam kita kalau lapar, mesti cari makanan.
So, otot budak kalau nak kuat, secara semulajadinya dia akan memanjat. Ini namanya natural, sesuatu yang memang Allah dah create pada anak-anak kecil.
Dengan memanjat buatkan sel-sel otak dia (neuron otak) berhubung. Dia jadi cepat berfikir, dia belajar. Kalau jatuh, dia rasa sakit. Nanti next time dia akan lebih berhati-hati lagi.
So nampak kan. Memanjat tu experiment dan exploration. Experience dia dapat bila dia berjaya panjat sampai atas (kalau panjat grill pintu rumah) atau experience dia dapat bila jatuh.
So, ibu ayah. Let them be. Itu fitrah kanak-kanak. Biarkan dia explore dunia yang sangat baru pada dia. Tugas kita cuma monitor je. Pesan suruh hati-hati kalau dia memanjat, perhati tengok anak kita instead of “fayyadhhhh, jangan panjat grill tu. Nanti jatuh!”
Dah maknya pun dok kata jatuh, doa jatuh, memang sungguh lah kejap lagi jatuh gedebuk budak tu. Trust me. Anak-anak pandai nak jaga diri dia, control diri dia. Dia tahu kalau dia jatuh tu maksudnya dia tak berhati-hati lah tu. Biarkan dia belajar. Kita urut dada je okay.
Tapiiii, of course lah. Dalam pada nak biar anak buat aktiviti yang agak lasak macam ni, nak explore sana-sini, kita kena selalu pantau diorang. Mata kena rajin perhati tengok dan setkan diri kita dalam mode berjaga-jaga.
Jangan pula kita bagi anak buat segala aktiviti yang dia suka, tapi kita sibuk pegang gadget. Layan gadget, hadap gadget sepanjang masa. Itu memang satu kesalahan yang besar sebagai ibu ayah.
Terutama bila ada kat luar rumah. Lagi-lagi kalau kat mall. Mesti monitor juga pergerakan anak. Dekat ekskalator, lif, barangan kaca, barang tajam. Kita mesti pantau.
Bila ada kat rumah orang? Pun sama juga ceritanya. Memang tak boleh bagi anak terlalu bebas. Usik barang, panjat sini-sana. Sebab kita perlu hormati tuan rumah.
Yang Zaty cerita ni bila anak-anak ada dalam rumah sendiri atau apabila beriadah kat luar bersama-sama dengan kita. Yes, biarkan dia buat modul 3E tu dengan pantauan kita. Faham ya ibu ayah?
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.