Pelakon jelita Fasha Sandha dikenali dengan bakat lakonannya yang bersahaja dan sering memberi impak kepada para penonton. Fasha juga sering menjadi inspirasi kepada para ibu kerana dia sangat komited dalam menjaga kesihatan serta kecantikan dirinya.
Sumber foto: Instagram Fasha Sandha
Bahkan kebahagiaan Fasha dan suaminya, Aidil Aziz, juga sering menjadi tumpuan kerana mereka sangat sepadan dan selalu berkongis tentang aktiviti kecergasan berdua. Bukan itu saja, hubungan kekeluargaan yang rapat antara Fasha dan adik-beradiknya juga selalu mendapat perhatian.
Terbaharu, Fasha berkongsi sebuah videonya bersama keluarga. Dapat dilihat di dalam video itu anak perempuan Elisha Sanda iaitu Bunga El-Haq sangat rapat dengan Fasha dan tidak mahu dengan orang lain.
Menurut Fasha, Bunga yang paling muda di dalam keluarga jadi dia umpama bos! Kebiasaannya Bunga susah nak rapat dengan sesiapa dan dia ambil masa untuk ‘scan’ seseorang. Namun kata Fasha, ketika hari pertemuan mereka sekeluarga Bunga sangat rapat dengannya. Tak mahu ‘lepas’ dari Mommy Sha.
Apabila diserahkan kepada orang lain, Bunga akan menangis. Melihat Ibunya mendukung orang lain, Aisha juga mahukan perhatian. Tidak mahu sesiapa ‘berkecil hati’, akhirnya Fasha memutuskan untuk dukung kedua-duanya sekali. Puas hati!
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak, ditinggalkan di gerai tidak bernombor. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.
Mayat tersebut ditemui sekitar jam 2 petang oleh orang awam yang kemudian segera memaklumkan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi berkenaan.
“Bayi lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia ketika ditemui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah beliau lagi, mayat bayi telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.
Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Penemuan tragis ini mula tersebar luas di media sosial sejak petang semalam.
Kacak Sungguh Qalif Khan, anak lelaki Linda Jasmine, ‘copy paste’ wajah ibunya. Berusia 24 tahun, wajah kacak Qalif mencuri perhatian ramai.
Qalif Khan merupakan anak hasil perkahwinan pertama, Linda Jasmine. Ternyata, darah dan rupa mat salleh yang diwarisi Qalif tak ubah seperti penyanyi antarabangsa Justin Bieber.
Linda kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar pada 14 Februari 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Bagaimanapun pasangan ini berpisah selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
STR Fasa 2 menjadi berita yang amat dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia ketika bulan Ramadan semakin menghampiri penghujungnya. Pastinya ramai ibu bapa sudah mula merancang persiapan menjelang Aidilfitri, termasuk membeli keperluan dapur, pakaian raya serta kelengkapan anak-anak. Dalam suasana ini, berita baik buat keluarga di seluruh negara apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan diawalkan dan mula dikreditkan secara berperingkat mulai esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pembayaran STR Fasa 2 ini dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia. Bantuan tunai ini secara langsung mampu meringankan beban kewangan ibu bapa dan isi rumah yang sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bulan Ramadan sering kali menjadi tempoh di mana perbelanjaan keluarga meningkat. Justeru, pengumuman mengenai bayaran STR Fasa 2 yang diawalkan memberikan sedikit kelegaan kepada penerima yang memerlukan bantuan kewangan segera.
Ia dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima di seluruh negara, sekali gus membantu keluarga membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih selesa dan bermakna.
Menurut Perdana Menteri, jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta membabitkan peruntukan RM1.3 bilion, berbanding RM1.1 bilion kepada lima juta penerima pada Fasa 1.
“Ini termasuk 200,000 penerima baharu yang diluluskan yang akan menerima bayaran mulai 30 Mac 2026.
Secara keseluruhan, bantuan STR Fasa 2 akan memanfaatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tiada pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM600 mengikut kategori kelayakan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, peluasan penerima STR Fasa 2 membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat bantuan sosial kerajaan, khususnya ketika negara menghampiri sambutan Aidilfitri.
“Melalui STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta SARA Untuk Semua, Kerajaan MADANI terus berusaha memastikan hasil negara dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh rakyat, terutama golongan yang memerlukan,” katanya.
Bantuan tunai seperti ini dilihat sebagai antara inisiatif penting kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, terutamanya dalam tempoh perayaan apabila perbelanjaan keluarga biasanya meningkat.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa bagi tahun 2026, peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM15 bilion.
Jumlah ini kekal sebagai peruntukan tertinggi dalam sejarah Kerajaan Persekutuan bagi program bantuan tunai kepada rakyat. Peruntukan besar ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Melalui pelaksanaan STR Fasa 2 serta bantuan berkaitan lain, kerajaan berharap lebih ramai golongan yang layak dapat menikmati sokongan kewangan yang sewajarnya.
Isi Rumah: Warganegara Malaysia, berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.
Warga Emas: Berumur 60 tahun ke atas, tiada pasangan, pendapatan RM5,000 ke bawah.
Bujang (OKU): Warga emas/bujang kategori OKU berumur 19 tahun ke atas.
Isi Rumah (RM2,500): RM700 – RM2,200 (bergantung bilangan anak).
Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000): RM200 – RM950.
Warga Emas/Bujang (Kategori Tertentu): Sehingga RM600
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 2, termasuk semakan kelayakan dan soalan lazim (FAQ), melalui portal rasmi kerajaan.
Maklumat tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Kementerian Kewangan turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan palsu atau cubaan penipuan yang menggunakan nama bantuan kerajaan.
Orang ramai dinasihatkan untuk hanya merujuk portal rasmi STR bagi mendapatkan maklumat terkini, membuat semakan status serta mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Dengan bayaran yang mula dikreditkan secara berperingkat, diharapkan bantuan STR Fasa 2 ini dapat membantu jutaan rakyat Malaysia membuat persiapan Aidilfitri dengan lebih tenang bersama keluarga tercinta.
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.