Pantau pergerakan bayi penting mengelakkan bayi meninggal masa lahir (still birth). Siapa ibu yang berisiko?

Menurut  Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.

Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.

Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).

MSB melibatkan bayi yang meninggal lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.

Pentingnya carta pergerakan bayi

Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.

Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.

Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

PUNCA DARIPADA IBU

1.Umur

Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).

2.Menghidap penyakit tertentu

IKLAN

Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.

3.Sindrom anti phospolipid (APS)

Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.

4.Trauma

Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.

5.Tekanan

Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.

6.Sosial ekonomi

IKLAN

Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.

Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

PUNCA DARIPADA BAYI

1.PembesaranTerbantut (IUGR)

Risiko still birth boleh  berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.

2.Pembentukan kongenital

IKLAN

Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.

3.Air ketuban

Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.

4.Plasenta

Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.

Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

Nasihat doktor

Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan daripada doktor. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala. Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.

Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa.

Elakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran serta hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

TIP DOKTOR: Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Penting Pantau Pergerakan, Elak Bayi Mati Dalam Kandungan & Masa Lahir. 6 Kategori Ibu Ini Berisiko!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI