Bila ibu ayah rajin buat aktiviti bersama anak, selain bagus untuk “bonding” ia juga boleh merangsang otak anak lebih bijak. Ia membantu proses pertumbuhan anak terutama pada tahap usia 2 hingga 6 tahun yang sedang memasuki fasa perkembangan otak yang optimum.

Tahukah anda aktiviti yang dilakukan bersama ibu ayah lebih membantu proses pembelajaran si anak. Ini kerana orang dewasa mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh dikongsi dan diterangkan pada anak. Sekiranya anak ditemani oleh ibu ayah maka akan berlaku proses memahami dan proses sokongan mengenai apa aktiviti yang mereka lakukan.

Banyak aktiviti menyeronokkan di rumah atau di luar rumah yang boleh ibu ayah buat bersama anak-anak. Selain mendidik mereka jadi rajin dan teruja, aktiviti tersebut juga meningkatkan kemahiran berdikari, sifat bertanggungjawab anak dan paling penting mengukuhkan hubungan erat ibu ayah bersama anak.

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

  1. Mencuci kereta bersama

Ini antara aktiviti yang akan digemari oleh anak. Maklumlah mereka boleh main air sambil ‘tiru’ ayah mencuci kereta apatah lagi kalau selama ini si kecil dilarang melakukan tugas ini kerana faktor usia masih kecil. Jadi bila dapat peluang mencuci kereta bersama ayah, mereka rasa seronok dan dalam masa yang sama dapat belajar banyak perkara seperti pentingnya menjaga keselamatan, kebersihan dan berjimat cermat menggunakan air dan banyak lagi. Bukankah ia satu bentuk pelajaran yang bagus untuk si kecil.

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

  1. Memasak bersama

Tak kisahlah sama ada anak anda lelaki atau perempuan, ajak mereka sama-sama membantu tugas memasak untuk keluarga. Aktiviti memasak membantu si kecil meningkatkan koordinasi tangannya melalui tugas mencuci sayur-sayuran, menyusun peralatan dapur, mencuci pinggan kotor.

Membantu ibu memasak juga memberi peluang kepada anak untuk belajar mengenal pelbagai jenis sayur-sayuran, ikan dan bermacam rempah ratus di dapur. Bahkan ia juga cara terbaik untuk mereka mengenal warna dan pelbagai rasa makanan selain mengeratkan hubungan sekeluarga.

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

  1. Membuat seni dan kraf

Luangkan masa bersama si kecil untuk membuat aktiviti seni dan kraf. Ia bagus untuk menajamkan kreativiti dan daya imaginasi anak. Anda boleh merangsang otak anak untuk mencipta dan bebas berkarya. AKtiviti ini memberi kebebasan kepada anak untuk mencipta apa sahaja hasil seni mengikut imaginasinya. Selain menjadi kreatif anak juga semakin mahir mengoptimumkan koordinasi tangan dan matanya untuk jadi lebih fokus.

IKLAN

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

  1. Bercucuk tanam bersama

Bagi yang mempunyai tanah di luar rumah apa kata anda cuba bercucuk tanam. Tentu si kecil seronok didedahkan dengan aktiviti menanam pokok di luar rumah. Walaupun ia akan membuatkan si kecil kotor kerana terdedah pada tanah tetapi aktiviti ini dapat menanamkan minat berbudi pada tanah dalam diri anak anda. Selain itu mereka juga berpeluang mengenali kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan dan paling penting aktiviti ‘hands-on’ sesama bercucuk tanam itu memberi mereka pengalaman paling berharga.

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

  1. Menonton wayang bersama

Ini cara paling mudah dan ramai yang mempraktikkannya sebagai salah satu cara terbaik bonding bersama keluarga. Paling penting sekali ibu dan ayah mestilah memilih tajuk filem yang sesuai ditonton oleh sekeluarga contohnya filem Ferdinand yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember depan.

Filem animasi komedi yang diterbitkan oleh Blue Sky Studios dan 20th Century Fox Animation ini dihasilkan berdasarkan buku kanak-kanak bertajuk The Story of Ferdinand.

Filem ini mengisahkan Ferdinand seekor lembu jantan atau Spanish Fighting Bull yang lebih gemar menghidu bau bunga dan berlatih sesuatu yang tidak berbahaya berbanding mengejar kain merah yang dipegang oleh matadors dalam gelanggang. Tetapi bila bencana datang kepadanya, dia dipaksa untuk bertarung di dalam stadium, dan Ferdinand perlu memilih sama ada dia adalah  lembu jantan yang bertarung atau lembu jantan pemurah yang hanya mencium bunga untuk mendapatkan kebebasannya.

IKLAN

Melalui filem ini, anda boleh terangkan kepada anak tentang watak utama filem tersebut iaitu seekor lembu jantan bernama Ferdinand. Walaupun fizikalnya nampak ganas dan besar tetapi sebenarnya ia seekor haiwan yang baik hati dan pemurah.

Antara nilai-nilai murni yang boleh diambil iaitu sifat Ferdinand yang baik hati, kuat semangat, berani, penyayang dan mempunyai nilai persahabatan yang tinggi.

Semua nilai murni dan kebaikan karektor Ferdinand boleh dikaitkan dan dijadikan contoh kepada anak semasa menjalani kehidupan seharian mereka.

Semoga dengan menonton filem ini anak bukan sahaja berseronok dan berhibur tetapi juga dapat pengajaran supaya jangan cepat menilai orang berdasarkan fizikal mereka.

Filem akan ditayangkan di pawagam mulai 14 Disember.

IKLAN

Pentingnya Ibu Ayah Rajin Buat Aktiviti Bersama Anak. Selain “Bonding” Boleh Rangsang Otak Bijak

JOM SAKSIKAN TRAILER FILEM FERDINAND YANG MENGHIBURKAN TETAPI PENUH NILAI-NILAI MURNI KEPADA SI KECIL

Untuk banyak lagi info lanjut anda boleh terus tengok di laman facebook 20th Century Fox Malaysia www.facebook.com/foxmovies.my

 

 

 

 



Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI