Bila sesekali suami turun padang masakkan untuk keluarga, isteri bukan main rasa gembira. Bukan soal sedap tau tidak tetapi air tangan suami buat isteri jatuh cinta.
Apa kata hujung minggu ini, kita cuba pula resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah, air tangan suami, Shah Shatry. Sedap!
Memenuhi permintaan isteri yang teringin sangat nak makan Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sebagai suami, kita turutkan aja.
Dia kata, last dah nak merap laki pun. Bila dah start keja balik ni, payah dah la nak merap. Keluar keja pagi, maghrib baru sampai rumah. Masa mana nak boleh merap. Nak boleh makan masakan suami ni pulak, kena tunggu cuti sekolah ni la. Lambet lagi. Isteri la kata, bukan saya kata ye.
Ala sebagai suami, sedih pulak bila dengar rentetan isteri kata macam tu. Ok, kita on kan aja. Tung…tang… Tung…tang… Siap!
Ads
RESEPI BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH
Bahan-bahannya :
2 cawan tepung beras
7 sudu besar tepung jagung
7 cawan santan
¾ cawan gula putih ( tak suka manis, kurangkan lagi)
1 cawan gula merah timbang
Garam ( agak² ja utk naikkan lemak kuih)
Loyang di sapu minyak kemudian panaskan sekejap di dalam oven. Panaskan oven terlebih dahulu 5-10 minit camtu suhu 180°C.
Ads
Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Saya kacau pakai whisk ja.
Bila semua dah sebati & gula pun dah larut, masukkan di dalam kuali @ periuk, masak di atas api sehingga kental. Guna api sederhana ja.
Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam @ lebih ikut oven masing² pada suhu 180°C api atas bawah ( 5 minit terakhir, saya tukar api atas untuk mendapatkan efek hangit² tu)
Ads
Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali hujung minggu, menu sambal bilis dan nasi lemak selalu jadi pilihan kita untuk sarapan di pagi hari. Semuanya untuk hidangan anak-anak dan suami.
Macam mana nak buat sambal ikan bilis yang sedap dan power? Memasak sambal perlukan langkah yang tepat dan paling penting perlu naik minyaknya. Namun tip dan langkah yang dikongsikan oleh Yayar B Awang Noh ini kena ikuti.
Wajib ada.
Jom lah kita masak sambal nasi lemak untuk mertua.
Resipi sambal nasi lemak(tak pedas)
Bahan-bahan
Ikan bilis kopek setengah kg
Cili kering kisar 1 mangkuk
Bawang putih 10 ulas dan bawang besar 4 labu (dikisar)
Seketul belacan dan segengam ikan bilis (dikisar)
Daun pandan
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Gula melaka -4 keping
2 asam keping
3 labu bawang dipotong bulat
Panaskan minyak. Lebihkan sedikit agar sambal kita tahan lebih lama. Masukkan daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Tumis sampai wangi.
Masukkan belacan dan ikan bilis yang dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan, masukkan asam keping.
Lepas tu masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tomato.
Masukkan terus nise/gula melaka biar mencair dalam sambal.
Perasakan dengan ajinomoto. Masukkan ikan bilis dan bawang yang dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api.
Tip: Baru masukkan garam. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manis. Siap!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Cekodok pisang atau cucur pisang merupakan campuran antara pisang dan tepung gandum serta beberapa bahan penambah rasa yang lain. Bukan senang nak dapatkan hasil cekodok pisang yang rangup di luar, lembut di dalam dan tak serap minyak.
Kalau nak anda nak cuba resipi cekodok pisang rangup di luar dan lembut di dalam, anda boleh cuba resipi di bawah. Memang anda kena cuba sendiri.
Bahan-bahannya:
5 biji pisang
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan gula pasir
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum, lenyek sebati
2. Bila dah sebati, masukkan tepun gandum dan adun sebati
3. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.
4. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
5. Siap dihidangkan. dihidangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Waktu berpantang sebenarnya dapat bantu ibu turunkan berat badan. Dengan pemakanan seimbang dan dimasak secara sihat, sedikit sebanyak membantu proses pembakaran lemak. Bayi yang disusukan juga akan mendapat khasiat yang cukup tanpa perlu ibu berdiet.
Tak perlu kawal makan pun, dengan cara masakan seperti direbus atau dipanggang, ibu dapat makan sedap tetapi lebih sihat. Susu yang dihasilkan juga lebih banyak dan berkualiti.
Aliyaa Malek telah berkongsi resipi kudapan yang boleh dinikmati bersama nasi putih mahupun bubur ketika ibu dalam pantang. Menambah rasa dan sedap dimakan begitu saja!
Ada yang tengah berpantang tak? Saya nak share resepi paling senang! Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan 😅
Sumber foto: Facebook Aliyaa Malek
LAUK PANTANG
Bahan-bahan digoreng:
1) Bawang kecil hiris nipis
2) Bawang putih hiris nipis
3) Ikan bilis
4) Halia hiris nipis (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa 😂)
Sumber foto: Facebook Aliyaa Malek
Bahan perasa:
1) Lada hitam disangai & ditumbuk halus (secukup rasa)
2) Garam halus (secukup rasa)
Cara buat:
1. Gorengkan bahan digoreng. Apabila sudah sejuk, bolehlah gaulkan semuanya. Siap!
Sumber foto: Facebook Aliyaa Malek
*Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Mmg membuka selera 🤗
Selamat mencuba!
Mudah sangat nak dibuat dan sesuai dimakan oleh ibu berpantng yang kurag selera makan. Rasa masin ikan bilis dan manis bawang akan menjadi bahan perasa semulajadi yang membangkitkan rasa mahu makan. Yang penting, simpakan dalam balang kedap udara supaya tidak ‘masuk angin’.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.