Apabila anak tidak menunjukkan perkembangan seperti rakan seusia, ramai ibu bapa mula risau dan tertanya-tanya, “Adakah anak saya lambat berkembang, atau adakah sesuatu yang lebih serius berlaku?” Salah satu kemungkinan yang sering diabaikan ialah penyakit neurologi kanak-kanak, iaitu gangguan yang melibatkan sistem saraf otak dan tulang belakang, yang boleh memberi kesan besar terhadap perkembangan anak.
Apa Itu Penyakit Neurologi Kanak-Kanak?
Penyakit neurologi kanak-kanak ialah keadaan yang menjejaskan fungsi sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) atau sistem saraf periferi (saraf di seluruh badan). Bagi kanak-kanak, gangguan ini boleh menjejaskan cara mereka berfikir, bercakap, bergerak, dan berinteraksi dengan dunia sekeliling.
Sistem saraf ialah “pusat kawalan” badan. Jadi, apabila berlaku masalah di bahagian ini, ia boleh mempengaruhi hampir semua aspek perkembangan anak daripada keupayaan berjalan hingga memahami bahasa.
Tanda-tanda Awal Penyakit Neurologi yang Perlu Ibu Bapa Perhatikan
Setiap anak berkembang pada kadar berbeza, tetapi ada beberapa tanda amaran yang tidak wajar diabaikan:
Kelewatan perkembangan motor: Anak belum boleh meniarap, duduk, berjalan, atau menggunakan tangan dengan baik mengikut umur.
Masalah pertuturan: Tiada babbling atau tidak cuba bercakap selepas umur setahun.
Kurang tumpuan dan interaksi: Tidak memberi respons apabila dipanggil, tidak mengekori pergerakan, atau kurang hubungan mata.
Pergerakan luar biasa: Sawan, kekejangan otot, atau gerakan tangan dan kaki yang tidak terkawal.
Masalah tingkah laku: Sering marah, hiperaktif, atau kelihatan ‘dalam dunia sendiri’.
Sekiranya tanda-tanda ini berterusan, sangat penting untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar neurologi kanak-kanak bagi pemeriksaan lanjut.
Jenis-Jenis Penyakit Neurologi Kanak-Kanak yang Kerap Dikesan
1. Autisme (Autism Spectrum Disorder – ASD)
Autisme ialah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan komunikasi, interaksi sosial, dan tingkah laku. Kanak-kanak autistik mungkin sukar memahami emosi orang lain, sensitif terhadap bunyi atau sentuhan, dan lebih suka rutin yang sama.
2. Cerebral Palsy (CP)
Berlaku apabila terdapat kerosakan pada otak semasa atau selepas kelahiran, yang menjejaskan kawalan otot dan koordinasi badan. Anak mungkin sukar berjalan, bercakap, atau melakukan aktiviti harian.
Ads
3. Epilepsi (Sawan)
Gangguan pada aktiviti elektrik otak yang menyebabkan serangan sawan berulang. Ada anak yang mengalami sawan ringan tanpa disedari, seperti merenung kosong selama beberapa saat.
Kanak-kanak dengan ADHD sukar menumpukan perhatian, cenderung gelisah, dan bertindak tanpa berfikir. Ini bukan masalah disiplin semata-mata, tetapi gangguan neurologi yang memerlukan rawatan dan sokongan khusus.
Termasuk disleksia (sukar membaca), disgrafia (sukar menulis), dan diskalkulia (sukar mengira). Otak anak berfungsi berbeza, jadi mereka memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai.
Punca dan Faktor Risiko Penyakit Neurologi Kanak-Kanak
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gangguan neurologi pada kanak-kanak, antaranya:
Kecederaan otak semasa atau selepas kelahiran.
Jangkitan semasa kehamilan seperti rubella atau toksoplasmosis.
Kekurangan oksigen semasa proses bersalin.
Faktor genetik atau keturunan.
Pendedahan kepada bahan toksik (seperti logam berat) semasa kehamilan.
Dalam banyak kes, punca sebenar sukar dikenal pasti. Namun, pengesanan awal boleh membantu mengurangkan kesan terhadap perkembangan anak.
Ads
Kesan Penyakit Neurologi Terhadap Perkembangan Anak
Gangguan neurologi boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anak — fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Tanpa rawatan awal, anak mungkin ketinggalan dalam pelajaran, kurang keyakinan diri, dan menghadapi kesukaran berinteraksi dengan rakan sebaya.
Namun, dengan intervensi awal dan rawatan berterusan seperti terapi pertuturan, fisioterapi, terapi pekerjaan, serta sokongan keluarga, anak masih berpotensi untuk berkembang dan mencapai tahap terbaik mereka.
Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan Jika Anak Mengalami Penyakit Neurologi
Jangan tunggu dan lihat: Jika rasa ada kelainan pada perkembangan anak, teruskan berjumpa pakar pediatrik atau pakar neurologi.
Catat perubahan: Simpan nota tentang bila gejala muncul, seberapa kerap berlaku, dan dalam keadaan bagaimana.
Libatkan diri dalam terapi: Terapi bukan hanya untuk anak, tetapi juga ruang untuk ibu bapa belajar cara membantu di rumah.
Cari komuniti sokongan: Ramai ibu bapa lain melalui perjalanan yang sama. Sokongan emosi dan maklumat amat membantu.
Berikan kasih sayang tanpa syarat: Setiap anak, walau dengan cabaran tersendiri, tetap berhak menerima cinta dan perhatian penuh.
Kesimpulan: Penyakit Neurologi Kanak-Kanak Boleh Dirawat Dengan Sokongan Tepat
Penyakit neurologi kanak-kanak bukanlah pengakhiran bagi masa depan anak, tetapi satu permulaan untuk memahami dunia mereka dengan lebih mendalam. Dengan diagnosis awal, intervensi yang betul, dan sokongan berterusan daripada keluarga, ramai kanak-kanak dengan gangguan neurologi mampu membesar dengan bahagia dan berdikari.
Ingatlah, setiap anak berkembang dengan cara mereka sendiri dan tugas ibu bapa ialah menjadi pemandu, bukan pengadil, dalam perjalanan itu.
Ads
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Biasanya bila di rumah ajar anak membaca, menulis mak ayah rasa sedikit tercabar. Ramai yang selalu suarakan ‘Saya tak boleh nak ajar anak, rasa nak marah je, lagi-lagi sekejap fokus, sekejap nak main”’. Kenapa kita rasa macam ni?
Sebab utama kita tak faham gaya belajar anak lagi-lagi dia usia 3 hingga 6 tahun ini. Kita hanya nak anak fokus dan dengar apa yang kita nak ajar sedangkan tak faham apa ciri yang ada pada mereka.
Perkongsian dari Puan Aminah Hussain nyata sangat membantu ibu bapa untuk mengetahui ciri yang ada pada anak masing-masing.
Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose ada cara paling mudah untuk kita mengenal gaya belajar anak. Melalui pergerakan mata dia. Biasanya gaya belajar ini kita akan dapat nampak semenjak anak umur 3 tahun ke atas.
Anak visual biasa matanya ke atas. Sebab dia nak tengok gambar atau membayangkan gambar. Anak ini senang belajar menggunakan gambar, televisyen, filem dan buku.
Anak audio matanya biasa ke tengah, tapi muka anak biasanya akan ke tepi sebab anak nak tadahkan telinga untuk mendengar apa yang kita perkatakan. Kena banyak lagu atau cara belajar yang berirama .
Anak kinestetik anak matanya akan pandang ke bawah. Kinestetik dia gabungan rasa/ emosi dan pergerakan. Anak ini kena banyak bermain sambil belajar.
Kenapa nak kena tahu gaya anak kita jenis mana? Sebab paling utama ialah tidak mahu kita naik marah ketika mengajar anak.
Biasa sangat kita baca kisah seorang mak yang tertekan sebab ajar anak, anak tidak dengar atau tidak masuk. Lepas tu kita boleh cakap
“ini yang aku malas nak ajar anak aku ni, ajar bukan nak faham. takpalah nanti suruh cikgu je ajar di sekolah”
Jangan kawan- kawan. Kita perlu sedaya upaya ajar anak sendiri dirumah. Di sekolah hanya sokongan sahaja. Pendidikan bermula dirumah, kita adalah guru pertama anak- anak kita.
Sedih mendengar kesan daripada perbuatan buli hingga ada yang menyebabkan kematian. Tahukah anda sebenarnya boleh diserap daripada cara asuhan ibu ayah di rumah.
Saban hari mendengar kisah anak-anak membuli sama ada di peringkat sekolah menengah dan rendah. Jika tidak dibendung awal boleh membawa kesan ke peringkat yang lebih tinggi seperti di instutusi pengajian tinggi dan tempat kerja.
Perkongsian daripada Ibu Rose ini boleh dijadikan panduan. Ingat mama papa, elakkan melakukan 7 kesilapan mendidik ini!
7 PUNCA HATI ANAK KECIL PENUH BENCI DAN CEMBURU!
“Kakak, minta maaf balik kat adik. Kalau tak nak, mama tak nak kawan kakak.”
“Kakak ni, cubalah tengok Amirah tu. Dia lagi rajin dari kakak. Mama nampak dia selalu tolong mak dia buat keje kat rumah tu.”
“Cepat siap. Kalau lambat, mama tinggal.”
Opss….inilah skrip-skrip yang boleh meruntuhkan keyakinan dan kebahagiaan anak-anak. Tanpa kita sedari, kita sedang merosakkan ‘diri’ anak sendiri. Nauzubillah.
Mari Ibu, kongsikan satu kisah berkenaan topik hari ni.
Satu ketika Ibu mendapat berita dari anak Ibu bahawa cucu Ibu Miea ketika itu 5 tahun dibuli oleh salah seorang kawannya. Kanak-kanak itu bukan sahaja membuli fizikal, malah mental juga.
Dia mengatakan, emak Miea miskin, itu sebab tidak pakai make-up. Dan sebab miskin sangat, maka emak Miea sampai tidak boleh membeli pampers dan baju. Jadi adik Miea tidak berbaju…banyak lagi cercaannya.
Bayangkan, budak sekecil 5 tahun sudah pandai berkelakuan begini! Bila Ibu mendengar akan keadaan ini, maka hati Ibu tertanya apakah yang telah dan sedang dilalui oleh anak ini sehingga dia melakukan kutukan begitu kepada kawan-kawannya?
Kita mesti ingat anak itu baru 5 tahun dan hatinya sudah ‘tercedera’ seperti ini. Tentu yang paling terasa di hati Ibu, emak dan emak saudara Miea ialah kasihan anak kecil ini. Hati anak-anak kecil selalunya kudus dan bersih. Hati anak kecil ini penuh cemburu dan benci, mengapa?
Tahukah anda apa sebab-sebab anak-anak kecil boleh menjadi seperti ini?
1-Ditengking
Terlalu kerap ditengking dan dimarah yang melebihi sehingga menjadikan hormat dan harga diri anak itu terancam.
2- Dibanding
Terlalu kerap dibanding dengan orang lain dan dia senantiasa merupakan yang tidak baik dan kalah.
3- Manjakan berlebihan
Terlalu dimanjakan sehingga dia tidak tahu menghargai hati orang lain. Kerana kehendak dia sahaja yang diikuti.
4-Dibuli
Terlalu kerap dibuli oleh orang lain. Dikutuk dan dihina.
5-Pergaduhan
Keluarga yang sering bertekak, bergaduh da diantara satu sama lain.
6-Tidak rasa disayangi
Tekanan emosi kerana dia tidak merasa disayangi.
7-Sayang bersyarat
Dia dikasihi dengan bersyarat. “Kalau kamu tak buat, mak tak sayang”. Terlampau kerap diugut.
Nak marah anak-anak boleh. Namun, jangan sampai hitamkan hatinya. Inilah jadinya bila hati anak sudah cedera. Past forward 30 tahun lagi dan semasa itu anda sudah tua dan hati anak itu masih cedera dan bertambah hitam. Agak-agaknya bagaimana kelakuannya kepada anda dan orang lain?
Kita akan dibalas setiap apa yang kita buat termasuklah kepada anak-anak kita. Jika sering sangat mengugut, memarahi dan menghukum berlebihan maka natijahnya adalah sesuatu yang kita akan sedih dan kesali.
Jadilah Ibu bapa yang bijak dan mengambil langkah mengelakkan 7 perkara di atas.
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.