Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.

Nak Anak Pandai Bercakap, Kena Kerap Bermain Dengan Mereka. Ini 3 Jenis Permainan Yang Wajib Anda Buat

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bermain:

  • Kanak-kanak yang mengalami kecacatan mental
  • Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah persepsi
  • Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku
  • Kanak-kanak yang kurang mendapat peluang untuk bermain
  • Kanak-kanak yang mempunyai kelambatan pertuturan dan bahasa

Terdapat 3 jenis permainan:

  • Permainan berfungsi
  • Permainan membina
  • Permainan olok-olok

 

Baca:

Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler

Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan

“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa

Permainan Berfungsi

IKLAN

Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.

Permainan Membina

Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.

Permainan Olok-olok

Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.

Tips bermain bagi meransang pertuturan anak

IKLAN

Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.

Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.

  • Mainan atau barang-barang yang digunakan mestilah bersesuaian dengan umur mereka.
  • Kenal pasti minat anak anda dan gunakan minat tersebut untuk menarik perhatian mereka bermain.
  • Arahan secara lisan mestilah sesuai dengan tahap pemahaman anak anda. Gunakan bahasa yang mudah difahami.
  • Proses mengajar dimulakan dengan perkara asas dan kemahiran yang baru perlu diperkenalkan secara berperingkat.
  • Model perbuatan yang hendak anda ajar. Jika anak anda mempunyai masalah untuk meniru perbuatan tersebut, beri bantuan secara fizikal. Sebagai contoh; pegang tangan mereka dan melambai ‘bye-bye’
  • Anak anda mungkin berasa kecewa jika waktu bermain terlalu singkat atau tempoh bermain yang terlalu lama juga boleh menyebabkan mereka berasa bosan. Rancang tempoh bermain yang sesuai dengan anak anda.
  • Kanak-kanak yang tidak mahu bermain akan ikut bermain jika mereka lihat anda seronok dengan aktiviti yang sedang anda lakukan.
  • Beri ganjaran seperti pujian jika anak anda bermain sehingga habis sesuatu permainan.
  • Tunjukkan yang anda juga suka apabila anak anda bermain.

Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan

Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.

Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri

Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat

IKLAN

Permainan yang sesuai mengikut umur

Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.

UMUR JENIS-JENIS MAINAN

  • 0-3 bulan Mainan yang lembut, buku yang lembut, rattles lembut
  • 3-6 bulan Rattles yang ringan, buku kulit keras, mainan untuk menggigit, play mat
  • 6-9 bulan Buku, anak patung yang lembut, bola, blok berkayu atau blok lembut, mainan perkakas rumah
  • 2-4 tahun Permainan yang boleh ditarik atau ditolak, permaian yang boleh ditunggang, permainan aksi seperti buaian, terowong and gelongsor (taman permainan mini)
  • 5-8 tahun Permainan yang boleh dimanipulasi seperti permainan potong (cut game), mainan seni dan kraf tangan

Kredit: Ernie Heliza bt. Yusof

Nak Anak Pandai Bercakap, Kena Kerap Bermain Dengan Mereka. Ini 3 Jenis Permainan Yang Wajib Anda Buat

Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

https://www.youtube.com/watch?v=YMLiCoOw7DU&t=1s

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI