Pepero Popia Almond Stick. Gulung, Goreng & Celup Saja. Sedapnya Tak Terkata!

Share

Bila ada anak yang semakin membesar, stok makanan mesti kena sentiasa ada di rumah. Bukan anak je yang suka mengunyah, ibu ayah pun sambil tonton televisyen dan layan anak-anak pun nak juga makan.

Ok untuk nak beri idea kudapan pada ibu, apa kata cuba buat Pepero Popia Almond Stick yang sedap dan ranggup. Kudapan ni sangat mudah nak buat kerana tak perlu pun kepakaran yang beriya sangat.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Resipi Sandwich Telur Viral! Buat Makan Sendiri Boleh, Nak Jual Pun Laku]

Sambil-sambil layan anak pun boleh gulung dan siapkan. Rasanya bila letak dalam balang, sekejap je boleh habis. Nak tahu cara buatnya, berikut resipi yang dikongsikan oleh Anie Dza (Cik Za) 

Confirm makan nanti.. Fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu..

Pepero Popia Almond Stick

Bahan-bahan:

– Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ada yang kulit mudah koyak.
– Coklat masakan (saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih mak-mak guna coklat beryl’s
– Almond cincang dalam 200gram

Okey…3 bahan asas je semuanya

Cara-cara:

-Sebungkus kulit popia tu di belah 4. Kalau ada 40 keping, jadilah 160 keping
-Coklat masakan
-Almond di panggang kejap dalam oven 150°c 10 minit..

-Gulung satu persatu.. Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir..
-Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu..
-Selepas siap semua… Rehatkan kejap dalam esbok ntuk keraskan gulungan popia

Selepas itu goreng gulungan popia sampai agak kekuningan..

Selepas di goreng. Toskan di atas tisu dapur. Tunggu sejuk kejap

Sementara itu separuh coklat masakan potong kecil-kecil. Saya kukus je.. Malas nak double boil bagai. Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuan nutuk nampak coklat berkilat.

Coklat tadi masuk dalam mug. Senang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh. Agak-agak yang hujung boleh pegang.

Lepas tu taburkan almond yang dah di panggang tadi. Pastikan kena kat celupan coklat.

Haaa.. Ginilah kejadiannya. Nampak kononnya Pepero Premium.

Okey, siap. Tak payah masuk peti ais. Terus simpan dalam balang kuih mak-mak yee… Senang tak??

Saya halalkan resepi ni..selamat mencuba mak2 vogue semua..
#KitaIkhlasOrangSayang

Kredit Resipi: Anie Dza

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN