“Pergilah Qaid, Ami dan Ayah ok. Pergilah sayang. Nanti kita jumpa ya.”
Itulah ucapan paling berat yang terpaksa dilafazkan oleh seorang ibu yang tidak sanggup melihat bayinya terus tersiksa dan menanggung penderitaan.
Walaupun berat hati ibu hendak melepaskan bayinya pergi namun terpaksa juga merelakannya.
Seorang ayah, Qawiem Hmzn yang menyaksikan perjalanan hidup bayi keduanya yang menghidap komplikasi kesihatan sejak lahir pada 10 Februari lalu berkongsi detik pemergian anak tersayang.
Qaid Hadid berusia 3 bulan mengalami masalah saluran pemakanan tidak bersambung (tracheoesophageal fistula) dan turut menghidap jantung berlubang.
“Dia ditempatkan di Unit Penjagaan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Kuala Lumpur dan hingga kini sudah menjalani lima pembedahan bermula dengan proses penyambungan esofagus dan usus.”
Semalam Qawiem mengemaskini status di facebook memaklumkan pemergian Qaid buat selama-lamanya.
Menurut Qawiem arwah bayinya meninggal bukan disebabkan komplikasi penyakit yang dihidapi tetapi kerana usus bocor dan asid merebak di seluruh badan.
Assalamualaikum, semalam tepat jam 10.06am bertempat di Wad PICU, terpahat la satu episod yang belum pernah saya rasa sebelum ini. Anakanda kesayangan saya Qaid Hadid (Pemimpin Besi/Kuat) telah kembali menghadap Allah.
KRONOLOGI:
27 mei, Jam 9pm isteri saya menerima panggilan untuk datang ke hospital segera.
Ads
Setibanya kami di hospital kami masuk ke dalam bilik Qaid, kami lihat Team PICU sedang berhempas pulas untuk selamatkan Qaid dan kami diminta keluar.
12 malam, doktor memaklumkan kepada kami keesokan harinya Qaid bakal dibedah, kerana ususnya bocor, kami akur dan mengharapkan semua selamat.
1.00 am : Doktor kembali dan bagitau “we try not to lose him” , saya dan wife bingung..
2 am : Doktor kembali lagi, “kami cuba sedaya upaya, kita tgk mcm mana semangat Qaid but i dont think he can pull through this episode”
Dari sini saya cuba convincekan isteri, saya mohon dia lepaskan Qaid, dia tersiksa, sebagai mak saya faham agak berat untuk lepaskan anak yang dikandungi 9 bulan, yang paling syahdu bila wife cakap “you tak tau apa b, dia teman i mana mana i pergi masa u takde dengan i! U dekat Sarawak, i pergi balik kerja mengadu dengan dia, i tak nak kacau u, u busy kerja, Qaiser and dia je ada teman i!
Dalam hati aku Allah! Allah! Allah!
Jam 3am Kami dipanggil untuk tengok Qaid, so kami masuk and tengok Qaid, pucat dan dah tak sedarkan diri. Aku macam tak tahu nak rasa apa, then Dr Mas (head of PICU) panggil kami masuk office, muka dia macam nak cakap tapi tak sampai hati, “guys, i dont think he’s gonna make it” then Dr Mas suruh kami spend time dengan Qaid, tidur dengan dia, Dr jugak suruh semua family members datang and tengok Qaid.
Ads
-cut it short-
Dari jam 3 am sampai 7 am sedara mara dah kumpul tengok Qaid, Kaki Qaid mula biru/purple naik sampai ke pinggang, nafas Qaid mula menurun,
Jam 9, Qaid dan ada dipangkuan Hanis, dengan wire, bacaan dari 66 naik ke 91, 92. Qaid masih melawan walaupun nazak. Hanis pujuk Qaid,
“pergilah Qaid, Ami dengan ayah ok, pergilah sayang, you can go now, ami ok ayah ok abang qaiser ok..Nanti kita jumpa ya” sambil cium berkali kali Qaid yang semakin pucat
“Qaid sayang terima kasih teman ami ya? Jangan lupa ami ayah Qaiser family dan semua yang doakan Qaid ya sayang..stop fighting..u can rest now..just go Qaid..it’s ok” mengalir air mata isteri sambil menyebut
Jam 9.45 am Hanis suruh aku pegang pangku Qaid, sebab dia nak buang air kecil, masa dia nak pass kat aku, tetiba Qaid ambik nafas dalam, bacaan dia menurun dari 90 ke 60 dan tiba ke 58 ke 40, Hanis terus pangku Qaid “nak pergi dah ya sayang ami?”
Kami pegang dia dan ucap kalimah syahadah bersama-sama nurse dan panggil semua ahli keluarga yang ada, bacaan 40 turun 30, turun 20, 10 dan Qaid pergi tinggalkan kami selama-lamanya, kami cium puas puas Qaid, Qaid pergi tepat 10.06am mesin dimatikan.
Semua membaca Al fatihah bersama-sama di sisi Qaid yang telah tidak bernyawa.Berakhirlah episod Qaid didunia.
Ads
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid di dunia untuk menyedarkan kami, keluarga adalah segalanya.
Allah pinjamkan kami Qaid Hadid untuk beritahu rakyat Malaysia sangat pengasih dan penyayang.
Sekarang Qaid dah sampai ke taman syurga, mungkin dia berlari, berkejaran dengan kawan-kawan dia, senyum dan ketawa wallahualam, kuasa Allah,
Tapi apa yang pasti, Qaid berterima kasih dan kenang jasa mereka yang mendoakan, yang beri semangat kepada ayah dan aminya, yang menyumbang dalam pelbagai bentuk pertolongan, dan pasti ada ganjaran yang kita belum tahu bentuk apa.
Saya doakan kita semua temui jalan ke syurga supaya kita semua dapat bermain bersama QAID HADID
Tengku Amylia mengalami demam pada 8 Mac dan hanya disahkan positif pada 14 Mac setelah menjalani saringan apabila demamnya tidak baik dan mengetahui kontak rapatnya positif pada 12 Mac.
Lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh semasa dijangkiti virus Covid-19, adalah cabaran paling genting buat peneraju sambilan Bernama Radio ini.
Dia berkata, berkat doanya yang tidak putus-putus serta berbekalkan semangat positif dan kata-kata semangat keluarganya, dia bersyukur akhirnya sembuh.
DIPINDAHKAN KE ICU
“Malam pertama dimasukkan ke hospital, saya dipindahkan ke ICU apabila mengalami kesukaran bernafas,” katanya semasa menceritakan pengalamannya dalam program Temu Bual Radio di Bernama Radio yang dikendalikan oleh Raifanabillah Zulkifli.
Beliau yang bersyukur kerana cepat mendapatkan rawatan di hospital berkata: “Sakitnya hanya Allah yang tahu. Selain alat bantuan pernafasan, saya dimasukkan drip (titisan intravena) kerana tidak berselera untuk makan dan minum.
KALAU ADA SIMPTOM JANGAN BERLENGAH
“Saya betul-betul terlantar sakit, tidak ada kekuatan langsung,” katanya dan menasihati orang ramai yang mempunyai simptom Covid-19 untuk tidak berlengah mendapatkan rawatan di hospital kerana hanya di hospital mereka akan dapat rawatan terbaik untuk pulih.
“Alhamdulillah saya sangat berterima kasih dengan petugas di Hospital Sungai Buloh kerana mereka menjaga saya seperti keluarga mereka. Layanan yang diberikan sangat baik sekali,” katanya.
SUDAH 90% SIHAT
Beliau yang sudah 90 peratus sihat berkata, pesakit perlu sentiasa positif dalam apa jua keadaan bagi mengatasi Covid-19 yang boleh membawa maut.
Tengku Amylia turut menasihatkan orang ramai agar tidak takut atau menyembunyikan sebarang maklumat jika terdapat simptom atau berisiko dijangkiti Covid-19.
“Jangan takut atau sembunyikan apa-apa kerana doktor tahu apa yang perlu mereka lakukan, apa nak buat dan beri pemantauan yang rapi jika kita dijangkiti,” katanya.
Tengku Amylia juga mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Covid-19 dan elak membuat spekulasi negatif mengenai pesakit Covid-19.
“Netizen kena faham betul-betul mengenai Covid-19 dan elak menyebar maklumat tidak sahih,” katanya.
SUMBER: BERNAMA, HMETRO
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ulang tahun kelahiran pastinya menjadi detik yang sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak. Saat ini jugalah ibu ayah sering berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat si anak dari dekorasi meriah, kek kartun idaman, hinggalah kepada hadiah yang menggembirakan hati mereka.
Namun berbeza pula dengan pasangan suami isteri ini yang memilih pendekatan lebih sederhana dan penuh makna sempena ulang tahun ke-3 anak mereka, Mateen. Tanpa dekorasi mahal atau majlis besar-besaran, mereka sekeluarga meraikan hari istimewa itu dengan cara yang cukup manis iaitu berkongsi ais krim Malaysia secara percuma kepada orang ramai!
Ais Krim Malaysia + Ucapan Hari Jadi = Bahagia Berganda!
Lebih menarik, setiap penerima ais krim perlu menyampaikan ucapan “Selamat Hari Jadi, Mateen” terlebih dahulu sebelum mendapat manisan tersebut. Momen ini bukan sahaja menggembirakan Mateen, malah turut menyemai rasa syukur dan gembira kepada mereka yang menerima hadiah kecil ini.
Menurut ibu Mateen, inisiatif ini bertujuan mendidik anak tentang erti kegembiraan sebenar yang tidak bergantung pada harga atau kemewahan, tetapi datang dari keikhlasan dan sikap memberi.
“This year kita buat istimewa sikit, kongsi dengan semua orang little gift, to teach you that happiness tak perlu barang mahal, tak perlu sambutan besar-besaran…”
@3llyss4_ 3 awesome years with you, and still counting. This year kita buat special sikit, share dgn semua org little gift. To teach u that happiness tak perlu barang mahal. Tak perlu sambutan besar besaran. Cukup berkongsi dgn penuh rasa ikhlas. If we could give you the whole world, we would, sayang 🤍 Terima kasih dari hati yang paling dalam kepada semua yang sudi menerima hadiah kecil dari kami, serta memberi ucapan dan doa yang baik buat anak kami. You made our child feel seen and so, so loved 🥹🤍 #Mateenturns3#birthday#fyp♬ original sound – 3llyss4_
Bukan Anak-Anak Saja, Orang Dewasa Pun Teruja!
Walaupun idea ini tampak ringkas, namun impaknya cukup besar. Kanak-kanak kelihatan begitu teruja, dan lebih mengujakan, golongan dewasa juga tidak melepaskan peluang merasai nostalgia zaman kecil dengan ais krim ikat tepi yang menyegarkan itu. Perisa sirap, milo dan jagung antara yang menjadi kegemaran ramai.
Tindakan ibu bapa ini turut mendapat pujian warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan pendekatan berjiwa mereka. Di sebalik hadiah kecil itu, terselit pengajaran besar tentang nilai kesederhanaan dan kepentingan menyemai rasa syukur sejak kecil.
Pa&Ma Suka Ingatkan…
✅ Sambutan hari jadi tak perlu mewah, yang penting penuh kasih sayang. ✅ Anak-anak mudah belajar melalui contoh ibu ayah. Bila mereka lihat ibu ayah suka berkongsi, mereka juga akan membesar dengan jiwa yang pemurah. ✅ Momen sederhana seperti ini akan jadi kenangan indah yang anak-anak bawa hingga dewasa.
Buat ibu ayah yang sedang mencari idea sambutan hari jadi yang bermakna, kisah ini boleh jadi inspirasi. Ingat, hadiah paling berharga buat anak adalah masa, perhatian dan kasih sayang yang kita curahkan setiap hari. 🌸
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.