Perginya insan tersayang membuatkan hati menjadi sayu dan sedih. Apatah lagi jika mempunyai hubungan yang rapat.
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia ekoran daripada tercekik bebola ikan semasa mengambil sarapan pagi di tadika. Ia dibuktikan dengan keputusan bedah siasat yang dijalankan.
Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, si kecil dikenali sebagai Allahyarham Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semua menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
AWALNYA SUKAR TERIMA PUNCA KEMATIAN
Berkongsi kisah tragis ini, Emi yang juga ibu saudara Izmir memberitahu mereka sekeluarga pada awalnya sukar menerima punca kematian kanak-kanak itu.
“Saya dapat tahu daripada pakcik (datuk mangsa) pada kira-kira jam 11.45 pagi. Waktu itu saya terus terkedu, terduduk dan menangis.
“Saya terus tinggal kerja..pergi bersiap ambil anak dari sekolah dan terus ke rumah pakcik. Sampai sana baru tahu sebenarnya Izmir tercekik fishball.
“Kami semua in denial sebab fishball tu ingatkan kecil dan tak mungkin tercekik tapi rupa-rupanya besar. Memang besar dan sepatutnya dipotong,” katanya.
MENGGELUPUR & MULUT BERBUIH TAPI IZMIR TIADA SAWAN
Jelas Emi, kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika itu sedang bersarapan.
“Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu ialah mi sup. Agak terkilan jugalah.
“Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat bayangkan keadaan ketika itu.
“Paling menyedihkan adik dia pun satu sekolah di situ, tengok abang dia tengah struggle. Ingatkan sakit perut tapi sebaliknya berlaku,” katanya.
Emi turut terkilan dengan responds pihak pengurusan tadika terbabit semasa menangani situasi cemas berkenaan.
“Sewaktu kejadian mak ayah Izmir baru sampai pejabat. Tadika tanya mak dia sama ada Izmir ada sawan ke, mak dia kata tak ada.
“Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir tak sedar sebab fishball masih tersekat. Masa itu dia sampai hospital, Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.
BADAN MASIH PANAS
Emi juga turut berkata badan anak saudaranya itu masih panas ketika kejadian.
“Waktu itu badannya masih panas. Lepas stop CPR…terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar lagi dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata,” kata Emi.
BARU MINGGU LEPAS DATANG BERAYA
Emi turut memberitahu Allahyarham seminggu sebelum kejadian telah hadir beraya di ke kediamannya. Antara perkara pelik yang terjadi ialah si kecil ini enggan menerima duit raya.
“Baru minggu lepas mereka datang beraya ke rumah kami. Dok nampak muka dia seronok main dengan anak saya (Dzariff).
“Mulut ni tak habis puji Izmir comel geram tengok pipi putih gebu dia. Tengok Allah marah puji lebih-lebih. Subhanallah tersentak sangat.
“Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.
Dalam pada itu, Emi turut mendedahkan perubahan sikap Izmir sebelum kejadian tersebut.
“Minggu lepas masa nak bagi duit raya, dia tak nak ambil. Mak dia ada kata semua rumah dia buat macam tu.
“Mak dia pun cakap pelik sebab semua budak suka bila dapat duit raya,” kata Emi.
HARAP JADIKAN PENGAJARAN
Selepas insiden itu, Emi berharap agar tragedi ini dapat dijadikan pengajaran dan membuka mata orang ramai.
“Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.
“Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya yang turut menggesa pihak tadika atau sekolah diajar cara untuk menangani situasi kecemasan seperti kes tercekik makanan.
Sumber: mStar & FB Emi Dzariff Ummar Zara
Artikel berkaitan: Hati-Hati Beri Anak Makan Buah-Buahan Kecil. Ikuti 6 Tip Doktor Ini Untuk Elak Tercekik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI