Bila mengajar anak bercakap, kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang-kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kpd apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut, bagaimana kita sampaikan mesej, apa yg kita buat dan bagaimana reaksi kita akan memberi kesan kpd pembelajaran bahasa kanak-kanak.
Dari pengalaman mngajar ibu bapa untuk merangsang bahasa kanak.. berikut kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan semasa mengajar anak untuk bercakap.
* keterangan ada pd caption bawah gambar
Bukan nak highlight kesalahan.. cuma kita boleh bljr utk sama2 improve
7 KESALAHAN YG BIASA KITA DILAKUKAN BILA AJAR ANAK CAKAP
Kita ni kadang2 x sabar kan nak dengar anak sebut.. tapi perlu diingat, bagi anak yang ada masalah lmbt cakap, biasanya mereka mengambil masa utk sebut dan mereka kurang spontan dalam menggunakan bahasa..
Jadi jika anak tak sebut terus bila kita ajar, jangan pula kita stress atau putus asa.. sebab mereka perlu serap dulu apa yang kita cakap..faham dulu dan lepas tu barulah sebut..
Kita juga perlu periksa kemahiran meniru kanak2.. jika anak tiada kemahiran meniru.. memang kita akan susah nk dengar anak sebut terus.. jadi kemhiran meniru ni ada stepnya iaitu
Meniru aksi –> Meniru bunyi –> Meniru perkataan –> Barulah meniru ayat
Jadi bila anak tak sebut terus tu.. sabar… sebut lagi dan lagi..
Bila nak bercakap dan menggunakan bahasa dengan betul, kita kena faham dulu kan.. sama juga dengan anak2 belajar bahasa.. mereka kena faham dulu setiap perkataan tu merujuk kepada apa.. objek ke, perbuatan ke, sifat ke dll.. jadi kita perlu ajar dulu sampai anak faham apa yang kita nk dia cakap..
Bila nak ajar anak faham, kita kenalah introduce apa yg kita nak ajar tu.. cth nak anak sebut “nak”.. jadi bila nak ajar tu kenalah pada situasi yang sesuai iaitu bila anak nk minta sesuatu..
Contoh : Bila anak nak susu..
Sebelum bagi susu pada anak.. ajar anak utk minta.. mula2 pakai gesture dulu (tadah tangan).. dah boleh gesture barulah pula utk sebut secara verbal pula.. lepas dah boleh sebut sepatah.. barulah ajar minta guna ayat.. ulang banyak kali untuk anak faham dulu.. dah faham barulah mereka blh guna dengan betul perkataan tersebut..
Ads
Sama juga jika nak ajar anak faham objek.. introduce je objek2 yg kita nak ajar.. lepas tu test anak faham ke x.. dah faham br ajar sebut..
Saya faham.. anak yg x bnyk cakap atau belum cakap, dengan tiba2 menyebut perkataan… mestilah kita sangatt excited kan… jadi kita pun akan minta anak ulang balik apa yg dia sebut..
Tapi biasanya, anak2 yg baru nk berckp takkan mengulang apabila disuruh..
Bila mngajar anak yg lmbt ckp ni sebenarnya, kita x perlu minta anak ulang bnyk kali.. apa yg boleh kita buat adalah:
– Bila anak sebut perkataan, kita yang ulang sebutan anak sebagai peneguhan
– Tambah perkataan baru pd perkataan kanak2 utk menggalakkn mereka membuat ayat.. contohnya, anak ckp bird.. kita tambhla.. ‘bird fly’ atau lain2 ikut kesesuaian
Bila kita tanya soalan pada anak, kita sebenarnya bukan nak tau jwpnnya kan.. betul tak??.. kita tny soalan pd anak sbb kita nk dengar anak ckp..
Tapi bagi anak2 yg masih belum berckp dan baru nak berckp.. bertny soalan mmg x membantu sbnrnya… sebab kalau kita tanya puan memang sah2 anak takkan jwb sebab dia x tau jwpn..
Ads
Jadi.. dari kita bertny soalan, baik kita bg jwpn je trus pada anak.. cth bila kita tnjuk gmbr.. kita x perlu tny ‘ni apa?’.. sbb kalau anak yg x ckp lg mmg diorng xkan jwb..
dalam situasi mcm ni.. kita tunjuk gmbr.. bagi je jwpn terus.. jadi anak terus akan dpt jwpnnya kan..
Dalam apa2 jenis pembelajaran pun.. ulangan mmg penting.. ulangan yg bnyk akan mengukuhkan dan menajamkan skill..
Sama juga bila mngjr anak utk faham dan ckp.. ulangan mmg kena sangattt banyak… utk kanak2 ingt dan faham.. kanak2 perlu dengar lebih kurang 2000 ulangan.. percaya x??
Jadi dlm kbnykn kes.. kita ckp sekali dan berharap anak akan ingt dan guna.. bukan mcm tu.. kena bnyk kali utk anak ingt.. faham dan guna
Kenapa kanak2 suka tengok katun??.. kenapa kanak2 blh attend pada lagu??? Tau x jawapannya??
Sebab lagu bnyk intonasi.. katun brckp dngn berintonasi…
Ads
Jadiii.. bila kita berckp dngn anak2.. buat intonasi yg menarik.. ini blh menarik minat anak2 utk mendngr dan memberi tumpuan pd apa yg kita ckp.. lebih baik tumpuan, lebih mudah utk mereka ingt dan faham..
Kalo x caye.. cuba ckp dngn intonasi yang menarik.. mesti anak akan bg perhatian yg lebih pada apa yg anda cakapkan..
Untuk anak2 yg sudah blh berbual dalam ayat panjang mmg xde masalah utk kita cakap panjang2 dngn anak…
Tapiii.. bagi anak yang baru nk berckp, mereka akan susah utk menangkap dan memahami apa yg kita cakapkan jika ayat kita terlalu panjang..
Jadi.. bagi anak2 yg br nak berckp atau belim berckp.. gunakan ayat yg lbh pendek dan simple utk anak mudah pick up dan ingt perkataan tersebut..
Formulanya paling mudah mcm ni:
Anak belum bercakap
– Bnykkn ajar bunyi2 dan brckp mnggunakan 1 perkataan atau ayat 2-3 perkataan
Anak berckp sepatah2
– Gunakan ayat 2 patah ke 4 patah perkataan
Anak berckp dngn ayat 2 patah
– Gunakan ayat 3-4 perkataan
Jika anak sudah boleh bercakap 3-4 patah, boleh ajar bercerita pula…
Haaa.. bila buat mcm tu.. anak akan lbh senang utk tau apa perkataan seterusnya dia kena sebut.. terutama bila mngjar anak membuat ayat.
Seringkali gula menjadi satu- satunya makanan yang akan dipersalahkan kerana menjadikan anak- anak aktif dan sukar di kawal. Namun tahukah anda, makanan lain juga memberikan kesan buruk kepada kelakuan anak- anak syurga kita.
Mungkin sebelum ini ibu tahu tapi kurang diberi penekanan. Kadang kala disebabkan campuran beberapa kandungan ini dalam pemakanan anak, ibu seolah-olah pejam mata kerana ia antara salah satu makanan kesukaan anak-anak.
Berikut antara yang perlu ibu bapa ambil tahu:
Produk tenusu
Bagi si manja yang alergi kepada protein yang terkandung dalam produk tenusu, mereka akan menunjukkan gangguan kepada mood dan kelakuan iaitu menjadi agresif dan sensitif apabila terdedah kepada laktosa.
Pewarna tiruan
Tidak ramai yang tahu pewarna tiruan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ADHD, hyperactive dan perubahan tabiat. Kebanyakkan ibubapa terlepas pandang dan hanya menyalahkan gula semata- mata. Hati- hati dengan kehadiran pewarna tiruan ini yang selalunya tersembunyi di dalam sebuku roti, susu kultur dan biskut.
Gula
Gula apabila diambil melebihi paras yang normal akan menyebabkan kanak kanak menjadi terlalu aktif. Gula juga dikenal pasti sebagai penyebab utama masalah kesihatan jangka panjang seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.
Bahan pengawet
Bahan pengawet terdapat banyak di dalam makanan berproses seperti makanan dalam tin dan produk sejuk beku. Perlu diketahui pemakanan yang kaya dengan makanan berproses berkait rapat dengan tekanan perasaan, perkembangan terbantut dan masalah tidur pada anak.
Bahan pengawet seperti formalin, kalsium benzoat, sulfur dioksida, kalium asetat, asam sorbat digunakan secara meluas terutama dalam makanan ringan kanak- kanak. Jadi ibu- ibu tolong bagi perhatian pada apa yang anak anda makan.
Bahan perasa
Jika anak anda suka makanan ringan, fast food maka kemungkinan besar anak anda telah memakan sejumlah MSG yang tinggi. MSG, atau monosodium glutamat adalah penyedap makanan yang telah digunakan di seluruh dunia. Namun, mengambil MSG dalam jumlah berlebihan dapat merosakkan kesihatan anak anda. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan hyperactive kepada kanak kanak.
Jadi pastikan setiap makanan yang dimakan oleh anak tidak mengandungi 5 item di atas dengan kerap. Kurangkan atau tidak diberi lansung lagi bagus. Bertukarlah kepada snek sihat dan kalau boleh biarlah homemade oleh ibu tersayang.
Kadangkala ada segelintir ibu ayah secara tidak sengaja dalam melakukan kesilapan dalam mendidik anak yang sudah tentunya mahu memberikan yang terbaik buat anak. Sehinggakan menjadi ‘kemarahan’ sebagai antara senjata untuk mendidik anak. Memang benar ada anak-anak lambat membaca, suka bermain daripada membaca dan suka buat perangai walaupun sudah usia enam tahun. Namun hakikatnya anak itu bukan robot yang dilahirkan untuk mengikut apa yang anda inginkan.
Bersesuaian dengan perkongsian Encik Hairul Hissam mengenai tip mendidik anak yang dapat membantu kita sama-sama membaiki diri dan muhasabah diri dalam mendidik anak-anak.
Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda.
7 Tip Elak Marah Semasa Mendidik Anak
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6 Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka seperti anda juga, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.
Tips Cara Mendidik Anak Kecil Dgn Rotan
Islam membenarkan merotan dalam mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran. Dan merotan hanya selepas anak berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda kenapa mereka dirotan.
Kanak-kanak sememangnya suka bermain air tetapi sebenarnya ia memberi manfaat untuk rangsang otak anak jadi pintar. Dengan berenang, anak mempelajari pergerakan dan menahan nafas menggenggam dan menendang dalam masa yang sama. Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan sebagai perenang dan menyukai air dan akan mudah belajar.
15 manfaat berenang kepada si manja
1.Belajar untuk fokus dalam melakukan sesuatudan merangsang kecerdasan otak
2.Perkembangannya yang pantas daripada kanak-kanak seusianya melibatkan kemahiran visual motor seperti memotong kertas, mewarnai dan menggaris.
3.Menurut kajian yang dilakukan oleh Griffith Institute for Educational Research, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran berenang cenderung untuk mahir berkaitan angka.
4.Menambahkan aliran oksigen ke otak.
5.Air adalah elemen yang bersifat penenang dan memberikan si kecil rasa relaks, seronok dan menstabilkan emosi.
6.Menguatkan otot dan melatih koordinasi kaki dan tangan.
7.Merangsang kemahiran motor kasar kepada si manja.
8.Kemahiran berenang akan mengurangkan risiko si manja lemas.
9.Peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak lain seterusnya meningkatkan kemahiran bersosial.
10.Keadaan di dalam air yang graviti sifar membenarkan si manja bebas membuat pelbagai pergerakan.
11.Memantapkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti paru-paru.
12.Disiplin ketika latihan di kolam renang menjadikan si manja lebih mudah mematuhi peraturan.
13.Dapat meningkatkan keyakinan diri si kecil dan berdikari pada awal usianya.
14.Peluang untuk si manja merapatkan hubungan dengan mama dan papa untuk sesi kelas bersama dengan ibu bapa.
15.Amat dicadangkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana ia mampu merangsang interaksi dan proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.