Bulan Ogos menjadi detik yang sukar dilupakan oleh Shuib dan anak-anak apabila kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka. Walaupun dah hampir setahun, pemergian arwah Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ia masih segar dalam ingatan.

Memetik mStar Online, Shuib berkata setakat ini dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengalihkan perhatian daripada teringatkan arwah.

“Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arwah Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia.

“Perit Tu Bila Rasa Macam Dia Ada..” Setahun Pemergian Sarah, Shuib Masih Tak Kuat

“Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.

“Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya.

“Seolah rasa arwah masih ada..”

Kata Shuib lagi, dia masih merasakan seperti arwah Sarah masih hidup lebih-lebih lagi melihat video atau foto kenangan.

IKLAN

“Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik arwah kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada.

“Perit Tu Bila Rasa Macam Dia Ada..” Setahun Pemergian Sarah, Shuib Masih Tak Kuat

“Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu. Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya.

Soal jodoh serah pada takdir

Dalam pada itu, Shuib tidak menghalang jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk bertemu jodoh suatu hari nanti apatah lagi anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.

IKLAN

“Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai. Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak.

“Perit Tu Bila Rasa Macam Dia Ada..” Setahun Pemergian Sarah, Shuib Masih Tak Kuat

“Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” katanya.

Kredit: mStar Online

IKLAN

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

“Perit Tu Bila Rasa Macam Dia Ada..” Setahun Pemergian Sarah, Shuib Masih Tak Kuat

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI