Ada banyak cara dan teknik mengajar anak-anak kita, nak tiru cara atok nenek kita pun boleh tak salah tapi pertimbangkan juga adakah betul jika kita tiru buta-buta, bulat-bulat tanpa ambil kira perbezaan zaman dan intelektual anak masa kini.
4 Kategori Ibu Bapa Asia
Bengis
Dalam fikiran ibu bapa ini anak kena tahu takut barulah senang nak ajar. Caranya mengajar anak dengan muka garang, bengis dan tak senyum. Sekali jeling je anak terus kecut perut. Ini cara nenek moyang katanya. Kesannya anak jadi terlalu takut untuk bercakap jika ada kecemasan/masalah lepas tu ibu bapa adalah orang terakhir yang akan tahu.
Serius
Ads
Selalu serius tak pernah main-main bila ajar anak. Anak pun tahu bila ayah nak mengajar tak boleh bergurau, tak boleh main-main mesti serius. Anak pun lama-kelamaan hilang sifat kebudak-budakan. Terpaksa mendewasakan diri walaupun belum sunat. Anak pandai berdikari tapi tak terganggu emosi nya. Sangat kurang empati dalam diri.
Manja
Terlalu risau pasal keselamatan, keselesaan dan kesihatan anak sehingga termanjakan anak dalam semua perkara. Apa sahaja anak minta terus di beri, apa sahaja anak cakap terus percaya, anak jadi layu, kurang bersemangat dan tiada 'self worth'. Tiada keyakinan dan keberanian untuk buat sesuatu jika ibu bapa tak bantu.
Ads
Sayang
Ada masa serius, ada masa bengis dan ada masa manja. Kerana sayang ibu bapa paksa diri kawal emosi sendiri supaya tidak keterlaluan semasa mengajar. Anak-anak dapat belajar dengan gembira dan emosi mereka terpelihara dari luka yang serius.
Ads
Garam sekarang tak sama masin dengan garam dulu, sekarang pun banyak masakan tak guna garam. Takut kena darah tinggi.
Yang berkesan dulu tak semestinya akan berkesan sekarang, tapi ilmu sentiasa evergreen walau pun dah beratus tahun. Rajinkan lah belajar cari ilmu mendidik supaya anak kita terdidik tanpa tercedera emosi.
Saya selalu jadi budak-budak masa mengajar annur rania supaya ada keserasian dan kesefahaman semasa mengajar.
Sebagai manusia biasa, saya juga pernah rasa letih, penat, sedih dan hilang sabar. Bila geram sangat saya terlepas tinggi suara dekat anak-anak dan mereka pun nangis, bermasam muka dan merajuk. Masa tu rasa menyesal, dan rasa sangat terkilan. Cepat-cepat peluk cium anak dan minta maaf dekat mereka.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Ada beberapa waktu sukar yang perlu kita lalui supaya kita dapat kembali mengingati Allah.
Anak-anak ini amanah Allah, tahanlah kesabaran, boleh jadi tangan halus dan kecil itu akan memimpin kita ke Syurga nanti, insyaAllah.
So, how to fix this? ❤️ By changing ourselves. ❤️ By fixing our relationship with our own children. ❤️ By having more bonding with them.
Anak-anak kita tak selama-lamanya kanak-kanak. Satu hari nanti mereka akan membesar menjadi seorang yang dewasa dan mempunyai perwatakan dan personaliti berbeza dengan mereka hari ini.
Hargailah mereka sepanjang detik yang mereka ada bersama kita. Kerana mereka hari ini bukan mereka yang sama untuk 10, 20 tahun akan datang. Sabarlah ibu ayah, tak selamanya mereka begini, satu hari nanti kita juga harus lepaskan mereka juga dan tiada lagi bangun tidur nampak gelagat melompat keriangan mereka.
Berkaca pula mata tulis ni. Betapa banyak kekhilafan dan kadang-kala mengabaikan mereka. Anak adalah anugerah terindah. Bersyukurlah kepada Allah, bukan semua dikurniakan anugerah terindah ini. Ada beberapa sahabat yang terus menanti dikurniakan zuriat. Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka dan dianugerahkan juga cahaya mata.
Kita yang telah diberi anugerah ini, tunaikan amanat yang diberikan sebaik-baiknya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Chin up, mothers. You are doing great.
InsyaAllah esok kita ubah lagi, jadi lebih baik lagi dari hari ini. Aamiin.
Dipersilakan share semoga Allah memberkati segala usaha kita mendidik amanah Allah iaitu anak-anak kita yang sedang membesar ini.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Puteri Aishah mengakui kini lebih berwaspada sebelum membenarkan mana-mana individu menyentuh dan mencium anaknya.
Semuanya selepas melalui pengalaman apabila anaknya dimasukkan ke NICU sedikit masa dahulu.
Kata Puteri Aishah lagi menerusi Insta Storynya, dia memandang serius perkara ini kerana mahu memastikan kesihatan anaknya terpelihara, lebih-lebih lagi bagi seorang bayi yang lebih mudah terkena jangkitan.
“Tolonglah faham. Saya bukannya tidak izinkan kawan-kawan atau ahli keluarga pegang anak saya, tetapi tolong pastikan awak semua tidak merokok dan tangan dalam keadaan yang bersih.
“Anak saya pernah masuk NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal) disebabkan orang luar menciumnya berulang kali,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai kini lebih peka dan prihatin mengenai soal kesihatan bayi yang sememangnya lebih mudah terkena jangkitan berbanding orang dewasa.
“Tolong faham perkara ini dan minta izin terlebih terlebih dahulu sebelum nak dukung anak saya. Kalau saya tak izinkan tolong jangan terasa.
“Kadang-kadang mood dia pun tidak menentu. Kalau dia menangis bukannya awak yang pujuk, saya juga yang perlu pujuk dia,” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Aisyah dan suaminya, Muhammad Firdaus mendirikan rumah tangga pada November 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhammad Faliq yang kini berusia 10 bulan.
Seorang ibu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu.
Menurut laporan Sinar Harian, ibu kepada lapan anak, Nurul Musfirah Ghazali, 32, itu berkata, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.
Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.
”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. ALLAH saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.
Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.
Beritahunya lagi, dalam keadaan lemah dan muntah-muntah, suaminya tetap menggagahkan diri memandu van membawa mereka sekeluarga ke klinik Kesihatan Paka, di sini untuk mendapat rawatan.
Sementara itu, menurut kakak kepada Nurul Musfirah, Nurul Annisa Ghazali, 41, tujuan asalnya dia berkongsi kejadian yang menimpa keluarga adiknya itu di laman sosial sebagai peringatan untuk orang ramai.
Dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarga adik perempuannya selepas dimaklumkan oleh bapa mereka.
Nurul Musfirah turut menghantar sekeping gambar cendawan tersebut kepada keluarga mereka.
“Sejurus ayah melihat gambar cendawan itu, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan cendawan itu beracun, memang tak boleh makan.
“Saya pun agak pelik dengan adik kerana sebelum ini dia memang akan tanya kami sebelum nak makan sayur yang dia tak biasa makan, tetapi kali ini tidak,” ujarnya.
Kesemua anak-anak mereka yang berusia antara 13 hingga empat tahun sudah dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.