Membuat keputusan untuk membawa bayi ketika mengerjakan umrah bukannya satu hal yang mudah. Banyak hal yang perlu dipersiapkan begitu juga terpaksa memikirkan pelbagai risiko sepanjang di sana. Makanan bayi juga menjadi satu kewajipan yang perlu diutamakan agar perjalanan melakukan ibadah menjadi lebih lancar.
Perkongsian tip cara penyediaan makanan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Khalisah Hazrina menerusi blognya, www.khalisahazrina.com boleh dijadikan panduan. Bagi ibu yang ingin mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini, tip ini pastinya dapat membantu.
Tips Sediakan Makanan Bayi Ketika Mengerjakan Umrah
Sebenarnya Lisa rasa berdebar juga bila nak bawa Sarah yang baru berusia 9 bulan untuk mengerjakan umrah. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri ni. Antara perkara yang membuatkan Lisa risau adalah bab makanan Sarah. Sebab Sarah kena makan yang cukup kalau tak dia akan meragam dan bagaimana nak fokus ibadah jika dalam keadaan tersebut. Tujuan untuk kita pergi umrah adalah untuk melakukan ibadah.
Jadinya Lisa belajar dari kawan-kawan dan bertanyakan kepada mereka yang pernah pergi umrah, tentang bagaimana mereka menyediakan makanan bayi yang bawah usia setahun. Maklumlah ini kali pertama Lisa bawa baby untuk travel. Sebelum ini, kami pernah juga bawa Fareeq untuk travel tapi umur dia ketika itu sudah mencapai setahun. Apa yang kami makan, itu juga yang dia makan. Lain pula dengan situasi Sarah yang baru masuk umur 9 bulan. Makanan dia agak berbeza dengan makanan yang kami makan dan dia masih suka bubur di mana teksturnya lebih lembut dan halus.
Ads
Berikut tips dan pengalaman yang Lisa suka kongsikan dengan anda yang tengah bercadang nak bawa bayi mengerjakan ibadah umrah.
Bawa Rice Cooker Travel yang saiznya kecil sahaja dan blender travel supaya mudah untuk masak bubur dan blend makanan yang perlu seperti sayur dan buah.
Lisa bawa sekali beras dan serbuk ikan bilis yang dah diblend. Buat untuk stok 2 minggu. Di Mekah dan Madinah ada kedai runcit dan pasaraya yang menjual buah, sayur dan yogurt.
Ads
Untuk sarapan pagi dan minum petang Lisa akan lenyekkan buah pisang atau pun yogurt atau pun buah seperti epal dan pear. Boleh dikatakan setiap bilik hotel di Mekah dan Madinah menyediakan peti ais. Lisa letak buah-buahan dan makanan yang lain di dalam peti ais.
Di Mekah, Lisa masak nasi sendiri tetapi di Madinah Lisa hanya ambil nasi hotel saja sebabnya kami ambil pakej fullboard. Kebanyakan hotel di Madinah menyediakan buffet makanan Indonesia dan Malaysia. Hotel yang Lisa duduk pula sediakan kedua-dua makanan tersebut. So Lisa akan ambil nasi, sayur dan lauk. Sebelum Lisa blend kesemuanya, Lisa akan basuh dahulu sayur dan lauk dengan air masak.
Makan tengahari dan dinner adalah makanan yang sama. Lisa asingkan kepada dua bekas supaya mudah untuk diambil dan disediakan. Jangan lupa bawa bekas makanan yang bertutup untuk dibawa kemana-mana.
Ads
Di Mekah dan Madinah, banyak kedai-kedai tepi jalan jual kurma. So boleh juga blend kurma dengan oat atau kurma dengan nasi untuk dijadikan sarapan pagi dan minum petang.
Bila buat umrah, baby memang akan cepat lapar sebab dia pun aktif membuat umrah bersama kita, maka makanan mengunyah seperti biskut kena prepare siap-siap dalam handbag supaya dia tidak meragam ketika kita membuat ibadah.
Jika hotel anda tidak menyediakan makanan Indonesia atau Malaysia, anda boleh beli nasi dan lauk di restoran Malaysia dan Indonesia. Jika di Mekah, Safwah Tower ada restoran dsaji dan sebelah tower tersebut ada juga restoran Indonesia. Harga insyaALLAH berpatutan.
Semoga dengan perkongsian mengenai tips sediakan makanan bayi ketika mengerjakan umrah ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkongsi gambarnya dan si comel Maryam pulang ke kampung halaman untuk mengundi keduanya nampak teruja dan bersemangat menaiki kenderaan awam.
Diusik Suami Dalam Komen
Memandangkan lokasi mengundi Mawar antara zon panas yang mengetengahkan calon terkenal YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mawar sempat bertanya lokasi undi para pengikutnya.
Lucunya apabila, suami sendiri Fizo Omar mengusik isteri tersayang tentang mana satu parti politik yang dipilih memandangkan warna baju yang dipakai dan purse di tangan berbeza warna.
Ramai pengikutnya turut sama mengusik supaya memilih calon berwarna biru yang lebih muda.
Mawar sangat menghargai peluang untuk pulang mengundi di kampung halamannya untuk kali kedua. Menurutnya lima tahun lepas Maryam belum ada lagi di dunia tapi untuk kali ini dia gembira kerana berpeluang membawa balik Maryam.
Apa pun Mawar menyatakan rasa kagum menjadi orang Permatang Pauh dan mengakui mula belajar mengenal politik sejak tahun 1998 melalui keluarganya.
Jom Maryam kita balik KL ya. 5 tahun lepas Maryam tak lihat dunia lg time election kali ni Mama bawa awak balik . Kali ke 2 dh Mama Maryam mengundi Apa pun cheq bangga jadi orang Permatang Pauh. Dari tahun 1998 dah belajar politics dengan family.
Nampaknya calon ‘biru yang lebih muda’, YB Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU14 baru-baru ini.
Berapa ramai pasangan yang menjalani kehidupan berumahtangga yang muram dan suram. Dia bangun tidur, aku pun bangun tidur juga. Anak-anak pun turut sama bangun tidur. Aku makan, dia pun makan, anak-anak pun sama makan juga.
Dia keluar bekerja, aku pun ada kerja juga. Anak-anak pun kerjanya di sekolah. Begitulah rutin hidup yang membosankan. Semua ini gara-gara takut dan ‘lari’ daripada MENGHADAPI PERBEZAAN!
Inilah realiti rumahtangga pada hari ini. Bersuara, bergaduh. Bila diam, memendam rasa dan dendam. Apabila diperhalusi secara tulus dan telus, masalahnya bukan perbezaan pendekatan lagi, tetapi kerana telah merebak kepada perbezaan KEYAKINAN!
Percayalah, jika hanya berbeza cara, mudah dibawa bincang, boleh dirungkai dan mudah memaafkan lalu boleh dilupakan.
Tetapi jika yang berbeza itu HATI, maka sukarlah untuk didamaikan kerana ia sudah meretakkan cinta. Untuk sama-sama mencinta, tidak cukup dengan hidup bersama kerana, ‘MARRIAGE IS LOVING TOGETHER, NOT JUST LIVING TOGETHER”.
Tip untuk kekal bahagia suami isteri: Selalu buat pasangan rasa dihargai. Kata-kata seperti
“terima kasih” “saya minta maaf” “saya sayang awak”
Jangan pernah lupa untuk diucapkan, kalau boleh setiap hari. Ia mungkin nampak remeh-temeh sehinggakan ada yang berasa pasangan mereka mengada-mengada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.
Tapi percayalah kata-kata keramat ni sangat bernilai untuk mengharmonikan dan membahagiakan, in shaa Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi pencinta kucing, kehilangan kucing kesayangan yang sekian lama dijaga pastinya meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Anak arwah kepada Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey turut terkesan bila mana kucing kesayangannya yang bernama Mona telah pergi meninggalkan Hamzah dan keluarga.
Perkongsian video yang dimuat naik ibunya, Siti Norhidayah Mohd Ali menerusi Instagramnya meruntun hati ramai pihak.
Mana tidaknya, Hamzah yang menangis teresak-esak saat Mona mati turut membuatkan ramai yang berduka.
“Abang Hamzah menangis Mona pergi selamanya. Saat Mona pergi Mona pun menangis.
“Bye Mona, Ibu dan abang Hamzah sayang Mona,” tulisnya di Instagram.
Malah Hamzah yang dipujuk ibunya seakan tidak dapat menahan perasaannya dan meluahkan rasa kesedihannya itu dengan tangisan hingga membuatkan ramai yang turut bersimpati.
Lebih sedih lagi bila mana Hidayah turut berkongsi video kucing kesayangan mereka, Mona yang turut menangis.
Dalam pada itu, video perkongsian dari Hidayah ini turut menerima pelbagai reaksi pengikutnya malah ada yang turut berduka dan turut memberikan semangat buat Hamzah.
Semoga Hamzah terus kuat dan sihat membesar biarpun tanpa kucing kesayangannya itu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.