Kehilangan serentak tiga anak. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila kereta yang dinaiki mereka sekeluarga telah terbabas dan melanggar treler di lorong kiri lebuhraya petang semalam (16 Disember).
Kemalangan membabitkan Perodua Axia dengan treler itu berlaku secara tiba-tiba sehingga semua mangsa tersepit dan tiga anak lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah.
Kredit Foto: Bernama
Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan membabitkan Perodua Axia dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.
Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.
Gambar kenangan bersama tiga anak
Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.
Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.
Ads
“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.
“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Terbabas sendiri
Ads
Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Bedah siasat akan dijalankan jam kira-kira 3 petang ini manakala Aimi masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Panggilan ayah dijawab oleh pegawai polis
Ads
Sementara itu, dalam laporan Metro juga, bapa Nur Aimi, Abdul Rahim Sidek, 58, terkejut apabila panggilannya untuk bertanya perjalanan Aimi bersama tiga anak dijawab oleh pegawai polis yang memaklumkan anak dan cucunya terlibat kemalangan.
Abdul Rahim berkata, Nur Aimi Nadiah bersama tiga cucunya baru pulang ke kampung di Kampung Bukit Nibong, Melaka.
Katanya, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang kerana Nur Aimi bekerja di negeri itu.
Kredit Foto: Metro
“Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung,” katanya kepada Harian Metro.
Sumber: Metro
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Blogger terkenal, Farah Lee memuatnaik sebuah video di instagram di mana Maream Esabel berlari mendapatkan ayahnya, Ally Iskandar setelah 9 bulan tidak bertemu.
Video tersebut dirakam di balai ketibaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur selepas Farah dan anaknya, Maream selamat sampai ke Malaysia untuk meraikan hari raya Aidilfitri beberapa hari lagi.
Farah sedang melanjutkan pelajaran Masternya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di United Kingdom dan dia membawa bersama-sama anaknya tinggal bersama disana.
Selepas 9 bulan berjauhan dengan orang tersayang dan makanan yang sedap-sedap
Mendapat tontonan sebanyak 79k hanya dalam masa 6 jam video tersebut dimuatnaik, rata-rata netizen sebak melihat video akhir gelagat anak dan ayah yang sudah hampir setahun berpisah.
Ada yang pertama kali meninggalkan komen diruangan komen hanya kerana sebak dan terharu melihat kerinduan dua beranak ini.
Ending Video & Lagu Ngam!
First Time Komen Kat IG Omma
Walaupun Divorce Hubungan Masih Terjalin
U Make Me Cry
Waktu Maream Lari Kat Daddy, Sedih Nau
Farah dan Ally mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 5 tahun.
Menerusi laporan Astro Gempak, Farah Lee akui tidak pernah menyesal berkahwin sebelum ini walaupun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama.
Farah memberitahu Ally seorang bapa yang baik dan bertangungjawab kepada anak mereka, Maream Esabell sehingga kini.
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Insentif unit amanah RM200 diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda. Bagaima insentif ini diberi? Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB.
KURANG SAMBUTAN
Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember ini berikutan kurang sambutan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.
Beliau berkata, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.
PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.
Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata pada tahun 2018, jangan lepaskan peluang mendaftar bagi program ADAM50 dan daptkan insentif unit amanah RM200 yang diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.