Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri akhirnya selamat menimang cahaya mata sulungnya pada minggu lepas.
Berita gembira tersebut diumumkan sendiri olehnya menerusi perkongsi di laman instagramnya beberapa minit yang lepas.
Menurutnya, dia sangat berbesar hati untuk berkongsi berita gembira bersama semua tentang kelahiran puteri sulungnya itu.
Dia turut mendedahkan wajah serta nama bayinya kepada semua. Puteri sulungnya selamat dilahirkan di salah sebuah hospital di United Kingdom.
Ads
“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan puteri comel kami, Arabella Mia, dilahirkan minggu lepas di St. Thomas’ Hospital”
“Kami sangat menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. Lots of love”
Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan turut mendoakan kesejahteraan buat keluarga kecil ini.
Ads
nhsenglandldn Congratulations Dr Amalina & Alex on the birth of Arabella Mia 💙
thesmartmum Congratulation Amalina and Alex. 💐
aidafarizan Congratulations doctor, Assalamualaikum arabella mia ❤️❤️
Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada April 2021.
Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam! Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur. Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya.
Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu malam atau dinihari akan menyebabkan bayi mengantuk? Setiap spesies mamalia menghasilkan susu unik tersendiri memenuhi keperluan nutrien anaknya. Prinsip ini dikenali sebagai biologi khusus susu. Manusia tergolong dalam kumpulan mamalia dan menghasilkan susu ibu yang sempurna untuk keperluan anaknya.
HORMON
Antara keunikan susu ibu adalah ia mengandungi hormon-hormon tertentu. Antaranya ialah hormon melatonin. Hormon ini di rembes pada waktu malam oleh orang dewasa dan bukannya bayi. Ia memberikan kesan hipnosis yang membuatkan bayi relaks dan juga kesan merehatkan otot-otot di usus.
Ada kemungkinan bahawa susu ibu , yang mengandungi melatonin memberikan kesan sedatif yang membuatkan bayi rasa mengantuk (berfungsi membantunya tidur dengan nyenyak) dan mengurangkan terjadinya kembung perut. Hebatnya Ciptaan Allah!
KURANGKAN BAYI MERAGAM
Untuk pengetahuan anda, penyusuan eksklusif juga boleh mengurangkan bayi meragam. Ia juga boleh mengurangkan rasa cepat marah atau kembung perut kepada si kecil serta cenderung untuk tidur pada waktu malam lebih panjang. Susu ibu (pada waktu malam) mengandungi paras melatonin yang tinggi, sedangkan formula tidak. Dalam kajian itu juga, didapati bahawa melatonin yang dibekalkan kepada bayi melalui susu ibu memainkan peranan dalam meningkatkan tidur dan mengurangkan kolik pada bayi menyusu berbanding yang diberi susu formula.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa bayi akan kelihatan lebih mengantuk dan kurang aktif apabila meminum susu perahan yang diperah pada waktu malam atau dinihari ( sebagai contoh semasa bekerja syif malam).
MUDAH UNTUK TERTIDUR
Seperkara lagi, ialah bayi yang menyusu terus daripada payudara, dia akan kelihatan mengantuk dan mudah untuk tertidur. Ini disebabkan oleh hormone cholecystokinine (CCK) iaitu sejenis hormon yang meningkatkan penghadaman, memberikan kesan seperti ubat pelali dan rasa kekenyangan dan tenang kepada si manja. Semasa menyusu, rembesan CCK oleh kedua-dua ibu dan bayi menghasilkan rasa mengantuk.
BANTU BAYI TIDUR NYENYAK
Tahap CCK bayi memuncak sebanyak dua kali selepas penyusuan . Puncak pertama berlaku sebaik sahaja selepas penyusuan. Ia memuncak lagi 30 hingga 60 minit kemudian yang mungkin selepas susu tersebut sampai ke saluran usus.
Tahap CCK bayi akan menurun selepas 10 minit selepas penyusuan. Hal ini yang menyebabkan bayi tersedar semula untuk menyusu semula sama ada daripada payu dara sebelah lagi atau daripada payudara yang sama untuk mendapatkan susu yang kaya dengan lemak (hindmilk). Tunggu 30 minit selepas menyusukannya sebelum meletakkan bayi ke katilnya membantu bayi untuk tidur lena.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melahirkan bayi lelaki pada 31 Ogos lalu, Mona Allen dilihat begitu komited dalam bab penyusuan anak. Kesungguhannya itu wajar dipuji kerana dari awal berpantang tak putus asa untuk menambah ilmu penyusuan semata-mata untuk Petra Pekin.
Menerusi perkongsian di instagram, Mona Allen banyak mencuba pelbagai kaedah untuk pastikan susu untuk Petra mencukupi dan boleh buat stok bila keluar bekerja. Malah Mona turut mendedikasikan satu tulisan yang sangat bermakna mengenai perjuangannya menyusukan anak.
JIHAD IBU MENYUSUKAN ANAK..
Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa.
Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.
Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu.
Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dengan mummy..
Ya.. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop.. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati..
Mujur Daddy banyak membantu.. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu.. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.
Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar.. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy..Daddy sentiasa support mummy. Thanks Daddy!
Ya Allah.. kau murahkanlah rezeki susu buat anakku.. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku.. Hindarkanlah perkataan MALAS dalam diriku.. Dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku..
Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang HEBAT.
Perkongsian Mona turut mendapat reaksi positif daripada rakan artis dan peminatnya yang begitu menyokong penyusuan susu ibu.
Biasanya anak-anak kecil, bila tengok atau suruh makan sayur seolah-olah fobia. Awal-awal lagi dah cakap tak mahu atau tolak ke tepi pinggan jika diletakkan dalam makanan mereka. Sehinggakan ibu bapa pun habis idea nak suruh banyak kali.
Kalau ikutkan masa bayi, elok je makan sayur yang dicampurkan dengan bubur tapi apabila dah pandai makan sendiri, terus tak mahu. Alasan yang selalu diberikan, pahit, tak sedap dan macam-macam lagi.
Namun perkongsian ibu ini, Puan Nor Syahirah Zakaria mengenai anaknya yang menjadikan sayur sebagai ‘sahabat baik’ cukup mengagumkan kerana apa saja jenis sayur mereka akan makan, sama ada sayur mentah atau yang dimasak.
Menurut ibu dua anak ini, anak sulungnya Muhammad Thaqif Thabrani, kini berusia 4 tahun memang ‘hantu sayur’. Sejak umurnya 2 tahun apa saja sayur yang ada depannya pasti akan makan.
“Mulanya dia makan sayur seperti tauge, tomato, kacang panjang, kacang botol, sawi, kobis bunga dan macam-macam lagi. Jika nak diikutkan saya taklah paksa sangat pun dia makan sayur semua tu tapi mungkin dia perhatikan setiap kali saya dan suami makan.
“Ini kerana apabila kami makan bersama, hidangan lauk atas meja mesti ada ulam atau sayur hijau. Jadi dari situ dia mula tertarik dan nak mencuba makan,” katanya.
Sayur ibarat ‘jajan’
Kongsi Nor Syahirah lagi, apabila usia Thaqif dah menginjak 3 tahun, dah menjadi satu kebiasaannya suka ratah gitu je sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Pantang tengok di dapur atau dalam peti sejuk ada sayur-sayuran memang dia akan minta nak makan.
“Bahasa mudahnya, sayur tu ibarat macam jajan dia di rumah. Tak kisahlah semasa bermain dengan adik atau menonton televisyen, itu yang dia akan kunyah. Bila orang tak tengok mungkin tak percaya, tapi hakikatnya jika tengok sendiri, baru tahu.
“Walaupun Thaqif memang pantang tengok sayur, tapi satu sikapnya yang saya boleh puji dia tak akan ambil macam tu je. Mesti dia akan beritahu saya atau suami sebab dia tahu sayur-sayur tu perlu dicuci bersih dulu.
“Itu sebab bila saya beli sayur, sebelum simpan dalam peti, akan dibersihkan siap-siap semuanya. Kadang tu sayur yang dibeli tak sempat nak masak, sebab dah habis dia makan,” ujarnya.
Adik dah mula suka sayur
Setakat ini sayur favourite yang paling Thaqif suka makan mentah-mentah dan pantang nampak ada di dapur seperti aneka sawi, lobak merah, kacang panjang dengan tauge.
Abang peminat sayur, adik perempuannya, Puteri Sumayyah, 1 tahun 7 bulan pun terikut cara Thaqif.
Apabila letak dalam satu pinggan, tengok mereka berdua makan kita pula yang seronok. Tapi setakat ni adik baru nak mula menyukai pelbagai sayur.
“Tak pernah cakap pahit..”
Tambah Syahirah lagi, setakat ni bila orang tanya tak pahit ke makan sayuran tu? Jawapan Thaqif dia akan cakap best. Tak pernah lagi saya dengar dia cakap tak sedap atau pahit. Bila dia makan tu, memang layan je.
Selain sayur, Thaqif juga suka makan buah-buahan. Buah yang paling disukai jambu batu, epal hijau atau merah. Kalau ada dua jenis buah tu memang berulang kali buka peti sejuk.
Sementara itu, Nor Syahirah memberitahu, bila orang tanya macam mana saya ajar anak-anak makan sayur dan buah, memang tiada tips yang khusus. Tapi kami suami isteri percaya, anak-anak belajar daripada pemerhatian.
Apa yang ibu ayah makan atau hidangkan di rumah itu yang anak tengok setiap hari. Jadi secara tak langsung, mereka pun nak makan. Jika anak memang tak suka sayur, ibu kena jadi kreatif dan jangan cepat putus asa. Biar sikit-sikit dulu, lama kelamaan anak suka.
Kredit: Nor Syahirah Zakaria
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.