Perkeso ‘ambil’ dua beradik yatim piatu jadi anak angkat. Nasib dua beradik perempuan yang menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa dan abang sulung mereka maut dalam kemalangan ngeri di Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Jumaat lalu terbela.
Perkeso ‘Ambil’ Dua Beradik Yatim Piatu Jadi Anak Angkat
Mereka telah diambil menjadi anak angkat oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Sebagai anak angkat, kebajikan dan pelajaran Nur Jihan Irdina Mohd. Junaizi,13,dan adiknya, Nur Anis Zahra Nazihah,12, akan dipantau secara berkala oleh Perkeso sehingga dewasa.
Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, dua beradik itu juga layak menerima faedah pencen penakat berjumlah keseluruhan RM435 sebulan hasil caruman ibubapa mereka sebelum ini.
“Mereka yang kini di bawah jagaan nenek, Hasmah Abu Bakar, 63, akan menerima faedah pencen penakat bulanan tersebut sehingga berusia 21 tahun atau menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
Farihah (tiga dari kanan) menyampaikan faedah Perkeso kepada Nur Jihan Irdina (dua dari kiri) dan Nur Anis Zahra Nazihah (dua dari kanan) di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.
“Selain itu, Hasmah juga layak menerima faedah sama sebanyak RM507 sebulan berikutan caruman seorang lagi anaknya, Farhana Ismail, 35, yang turut terkorban dalam nahas tersebut,” katanya ketika menziarah keluarga tersebut di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu.
Media melaporkan nahas melibatkan sebuah lori membawa muatan batu dan kereta Perodua Myvi mengorbankan lima nyawa termasuk empat sekeluarga iaitu Mohd. Junaizi Jusoh, 48; isterinya, Shazwani Ismail, 39; serta anak mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, dan Farhana yang juga adik Shazwani.
Kemalangan di Kilometer 86, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang itu berlaku sewaktu Mohd. Junaizi dan keluarganya dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Mama rotan kerana sayang. Mama marah kerana kasih. Mama denda untuk membentuk kamu. Tidak pernah terlintas semua itu Mama lakukan kerana bencikan kamu.
Wahai Anak, percayalah setiap apa yang Mama lakukan adalah kerana Mama mahukan yang terbaik untuk kamu. Setiap titis air mata kamu yang jatuh kala Mama marahkan kamu atau rotan kamu, setiap kali itu hati Mama berdarah. Betapa Mama rasa bersalah. Tidakkah Mama seorang ibu yang gagal?
Jika Mama seorang ibu yang bagus, sudah tentu kamu tidak perlu dimarahi. Apatah lagi didenda atau dirotan. Jadi, Mamakah yang bersalah? Jika begitu, maafkan Mama.
Mama sayangkan kamu dan kerana sayang Mama bertegas. Setiap ungkapan Jangan atau Tidak Boleh bukan kerana Mama mahu menyekat kebebasan dan keinginan kamu. Tetapi Mama mahu mengelak terjadinya perkara yang tidak diingini kepada kamu.
Bila kamu ditegur atau dimarahi orang lain, Mama yang menangis dalam hati. Mama yang menggigil satu badan menahan agar diri tidak terlepas ‘tumbukan’ padu ke mukanya. Kerana Mama… Sayangkan kamu, sentiasa!
Tahukah kamu wahai anak, setiap kali kamu terlelap, Mama lah di sisi kamu yang mencium dahimu. Mamalah yang mendakap tubuhmu. Biarkan kamu tidak tahu, asalkan kamu merasainya.
Mama tidak sempurna, Sayang, tetapi Mama sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Biar Mama jadi cinta ketiga buatmu selepas Allah SWT dan Rasulullah SAW. Berilah Mama ruang itu di hatimu.
Ingat Anakku, setiap kali Mama bertegas ada sebabnya. Kerana kamu, anakku CINTAKU YANG TERINDAH.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan dibuat di laman Facebook Istana Negara, baginda berangkat bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menikmati santapan tengahari di restoran berkenaan.
Turut berangkat bersama, paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.
“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran selain tidak ketinggalan mengambil gambar bersama mereka.
Tuanku pemimpin berjiwa rakyat
Rata-rata warganet meluahkan keterujaan melihat sikap bersahaja Seri Paduka Baginda berdua bersantapan tengahari di restoran makanan segera pilihan ramai.
Seorang doktor ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah, mangsa membuat laporan pada Selasa di Balai Polis Bota, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, pukul 9.14 malam.
“Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan di Hospital Changkat Melintang.
“Susulan daripada laporan polis tersebut, pada Rabu sekitar pukul 2 petang, sepasukan pegawai polis dari IPD Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas doktor berkenaan.
“Suspek telah direman untuk siasatan lanjut dan mangsa dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu malam.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Justeru, katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.