Lebih 130,000 wanita yang dianggarkan kembali bekerja selepas bersalin berpeluang mendapat manfaat daripada geran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan dana keseluruhan berjumlah RM290 juta setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perkeso akan meminda akta untuk membolehkan pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan wanita kembali bekerja selepas mereka bersalin.

Wanita Bekerjaya Yang Kembali Bekerja Lepas Bersalin Bakal Terima Manfaat Geran Perkeso

“Kerajaan prihatin dan sensitif kepada keperluan golongan wanita terutamanya yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.

“Justeru, majikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk turut bertanggungjawab menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.

“Dalam hal ini, kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.

Baca:

IKLAN

“Tak Lepas Tangan Jebat” Hantar Anak Menunaikan Umrah, Netizen Puji Sharnaaz Selalu Ada Untuk Jebat

[VIDEO] Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Adik Zharif, Doktor Sahkan Tiada Rawatan Lagi Untuknya

“Rasa Macam Tak Hamil” Dua Bulan Lagi Nak Bersalin, Datin Elvina Sempat Ke Tokyo

Beliau berkata, jika sambutan daripada majikan kurang menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan terbabit demi menyokong ibu yang bekerja.

IKLAN

Pada masa sama katanya, kerajaan akan memudah cara proses pendaftaran dan memulakan semula program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara.

“Sejumlah RM15 juta turut disediakan sebagai pinjaman mudah bagi membantu pengusaha.

“Bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 taska dan tabika Kemas termasuk 13 projek baharu,” katanya.

Sementara itu, kerajaan pimpinan beliau turut menyediakan RM8 juta bagi memperkukuh peranan Pusat Sokongan Sosial Setempat sebagai tempat intervensi awal isu kesihatan mental dan keganasan rumah tangga.

IKLAN

Selain itu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memberikan perkhidmatan sokongan lebih komprehensif kepada kanak-kanak.

Katanya, Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia akan bertindak lebih agresif dalam menyiasat kes-kes seksual, wanita dan kanak-kanak.

“Sebuah unit khas di bawah D11 juga akan ditubuhkan khusus untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang terbabit.

“Ini kerana kerajaan sentiasa prihatin akan keselamatan masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak namun, permasalahan membabitkan wanita dan kanak-kanak masih dilihat membimbangkan saat ini,” katanya.

Kredit: Hmetro

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI