Sejak tahun lalu kebanyakan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata tertanya-tanya kenapa bayi baru lahir hanya diberi sijil kelahiran saja tanpa MyKid semasa membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftran Negara (JPN).

Atas sebab-sebab tertentu dan bagi menjawab persoalan orang ramai, JPN telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi di portalnya dengan memberitahu pengeluaran MyKid ditangguhkan sehingga bulan Mac 2022 bagi memberikan laluan untuk proses penambahbaikan sistem pengeluaran MyKid.

Terbaru menerusi perkongsian Noorhaslindah Mohd Aras melalui Info Ibu Hamil Official, proses membuat MyKid telah dibuka semula. Bagi memudahkan anda untuk membuat permohonan MyKid anak, boleh walk ini sahaja.

Permohonan MyKid Dibuka Semula! ‘Walk In’ & Bawa Dokumen Diperlukan

Berikut antara perkongsiannya dan dokumen apa yang perlu dibawa untuk memudahkan proses permohonan MyKid. Seperti pengalaman Puan Noorhaslindah, dia membuat permohonan ini di JPN Putrajaya.

WALK IN SAHAJA TIDAK PERLU BUAT APPOINTMENT 

Dokumen yang diperlukan 

1. Salinan IC bapa
2. Salinan IC ibu
3. Salinan sijil lahir
4. Salinan sijil kahwin

𝐒𝐈𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐎𝐑𝐈𝐆𝐈𝐍𝐀𝐋
𝟏. 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐊𝐀𝐇𝐖𝐈𝐍
𝟐. 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑

IKLAN

Permohonan MyKid Dibuka Semula! ‘Walk In’ & Bawa Dokumen Diperlukan

♦️𝐈𝐁𝐔 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐌𝐘𝐊𝐈𝐃 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐍𝐀𝐊 ♦️

1. Sila ke JPN dan bawa dokumen yang diperlukan

2. Selepas sampai di JPN Putrajaya sila naik lift atau escalator ke tingkat 3

3. Sila ke kaunter untuk ambil nombor dan mereka akan minta sijil lahir original baby

IKLAN

4. Selepas tu mereka akan bagi kertas untuk serah di kaunter 6

5. Serah kertas tu ke kaunter 6 dan tunggu nama di panggil

6. Tunggu selama sejam dan mereka akan panggil nama ibu atau ayah untuk ambil MyKid.

Permohonan MyKid Dibuka Semula! ‘Walk In’ & Bawa Dokumen Diperlukan

IKLAN

Prosedur untuk cawangan JPN lain pun mungkin sama. Apa yang penting sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan MyKid.

Kredit: Noorhaslindah Mohd Aras via IIHO

Permohonan MyKid Dibuka Semula! ‘Walk In’ & Bawa Dokumen Diperlukan

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI