Anak-anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa. Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga.
Masa anak-anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti. Namun, masa ibu bapa bertambah tua dan lemah dan tidak berupaya tidak tahu sampai bila.
Oleh itu bersabarlah semasa anak-anak kecil kita masih belum bijak mengawal perlakuan dan berfikir.
Ads
Jika dia salah, betulkanlah dengan sabar dan menghormati perasaannya. Dia ada hormat diri, janganlah diruntuhkan dengan idea-idea bongkak yang datang dari ego yang bermaharajalela.
Suatu hari, anak yang dulunya kecil akan lebih besar daripada kita dan lebih bijak serta berupaya daripada kita. Kita akan berlapang dada bila anak-anak ini penuh dengan kasih sayang yang tebal kepada ibu bapanya. Mereka akan menyuap kita dan membersihkan lampin serta tempat tidur kita.
Ads
Ya, kita bukan buat baik supaya anak buat baik balik kepada kita. Namun, Allah mentadbir alam ini dengan hukum yang tidak memilih kasih. Diantaranya, hukum TANAM DAN TUAI. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Kita tanam kasih, maka kasihlah yang kita tuai. Dan ia datang kembali kepada kita berlipat kali ganda tidak semestinya daripada anak-anak kita.
Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.
Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.
Jenis gigi anak
Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:
−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.
−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.
−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.
−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.
Gusi selepas lahir
Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.
Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.
Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.
Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.
Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.
Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.
Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.
Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.
Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.
Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.
Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.
Waktu mengandung adalah tempoh yang agak mencabar bagi seorang wanita. Bukan dari aspek kesihatan saja tetapi orang tua-tua juga selalu pesan, perlu jaga tingkah laku dan percakapan supaya semuanya berada dalam keadaan yang baik.
Sebab itu dalam Islam juga menggalakkan ibu mengandung sentiasa membaca al-Quran dan berzikir untuk elakkan dari memikirkan perkara yang bukan-bukan dan dapat menenangkan hati. Paling penting sentiasalah doakan yang baik-baik untuk diri kita dan anak dalam kandungan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian dari seorang ayah menerusi aplikasi TikTok, iaitu anaknya ‘terkenan’ dan mempunyai wajah seperti anak Korea.
Kongsinya, disebabkan isteri sering menonton rancangan realiti TV popular, Running Man setiap hari ketika hamil, anak lahir pun mata sepat macam anak Korea!
Sepanjang 9 Bulan hamil isteri tengok Running Man setiap hari
Mungkin kebetulan atau takdir Allah, siapa sangka wajah comel anak lelakinya yang bernama Nur Ziyyad Muhammad berjaya menarik perhatian orang ramai kerana dikatakan mempunyai wajah mirip orang Korea! Dia juga memberitahu isterinya kerap menonton rancangan Running Man sepanjang hamil.
Bukan anak keduanya saja yang bermata sepet dan mempunyai wajah ala-ala Korea, tetapi anak pertamanya juga lebih kurang sama. Katanya dalam nada berseloroh.
Nak ada iras wajah anak pelakon Korea
Bukan itu saja, ayah ini juga berkongsikan bahawa anak keduanya itu dikatakan mempunyai wajah yang mirip dengan anak aktres Korea, Lee Mi Do. Kalau dilihat dari segi wajah, mata serta kulit yang putih gebu, memang nampak sama!
Sekali tengok memang macam anak Korea!
“Kena tengok K-Drama mana tahu terkenan juga”
Melalui ruangan komen, ada yang bergurau dengan mengatakan lepas ni kena tengok K-Drama lah masa mengandung untuk dapat anak mata sepat dan ala-ala Korea.
**Teringin dapatkan keperluan anak pada harga berpatutan, klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang ibu bukan tugas yang mudah. Setiap hari bermula seawal matahari terbit hingga lewat malam, menguruskan rumahtangga, anak-anak dan diri sendiri semuanya menuntut tenaga dan kesabaran yang luar biasa. Namun, dalam kesibukan itu, kadangkala seorang ibu terlupa bahawa kebahagiaan diri juga perlu dijaga.
Berikut beberapa tip mudah dan realistik untuk membantu ibu-ibu menjadi lebih tenang, lebih tersusun dan yang paling penting, lebih bahagia tanpa perlu menjadi sempurna seperti robot.
Tiada salahnya untuk duduk sebentar, tarik nafas dalam-dalam dan berehat. Tidak semua perkara perlu diselesaikan segera. Menjaga kesihatan mental dan emosi itu sama pentingnya dengan menguruskan keperluan keluarga.
Kadang-kadang, apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang diharapkan. Anak bangun lambat, kerja rumah tertangguh, masakan tidak menjadi. Jangan terlalu keras pada diri sendiri. Jadual seharusnya membantu, bukan menambah tekanan.
Sokongan daripada pasangan, ahli keluarga atau kawan rapat sangat bermakna. Tidak perlu memikul semua tanggungjawab seorang diri. Meminta pertolongan bukan tanda kelemahan, tetapi langkah bijak untuk kekal waras dan seimbang.
Walaupun hanya 10 minit sehari duduk minum kopi dengan tenang, sapu losyen kegemaran, atau membaca beberapa halaman buku cukup untuk menyegarkan jiwa. Kebahagiaan kecil ini adalah hadiah untuk diri sendiri yang bekerja tanpa henti.
Media sosial hanya menunjukkan sebahagian kecil kehidupan seseorang. Jangan terlalu mudah membandingkan diri dengan ibu-ibu lain yang kelihatan ‘sempurna’. Setiap keluarga ada perjalanan dan cabaran masing-masing.
Tidur yang mencukupi dapat membantu ibu berfikir dengan lebih jelas, lebih sabar dan tidak mudah marah. Jika anak tidur awal, manfaatkan waktu itu untuk berehat juga, bukan untuk menyelesaikan semua kerja rumah yang tertangguh.
Tiada yang lebih menyentuh hati selain melihat anak tidur lena selepas seharian bermain dan membesar di hadapan mata. Bisikkan doa dan ingat kembali, inilah rezeki paling besar yang Allah beri. Segala penat lelah, hilang seketika bila melihat wajah mereka.
Seorang ibu tidak perlu menjadi sempurna untuk menjadi hebat. Apa yang penting, terus mencuba untuk menjadi lebih baik setiap hari, sambil menjaga kesejahteraan diri sendiri. Bahagia itu bukan pada berapa banyak yang dapat dicapai, tetapi pada rasa tenang dan syukur dalam hati.
Ibu yang bahagia akan membesarkan anak-anak yang bahagia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.