Jika ibu bapa terlalu sibuk untuk memperuntukkan masa khas untuk anak setiap malam, rutin yang satu ini iaitu memeluk dan mencium anak janganlah diabaikan. Kuasa peluk dan cium anak ini sememangnya hebat. Bukan anak saja terkesan, ibu bapa pun akan turut merasa kesan hebatnya.

Perkongsian bapa ini, Muhammad Hassan, patut anda jadikan ikutan dalam mendidik anak-anak. Tak susah pun, peluk anak dan tunjukkan kasih sayang padanya. Mudah.

“Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir, Sangat Tenang & Bahagia,” Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak!

Kenapa saya selalu ingatkan untuk peluk cium anak setiap hari. Anak saya sehingga ke pagi ini setiap kali bangun tidur mesti minta nak dipeluk. Hal ini kerana setiap kali peluk cium anak hormon dopamine akan mula dirembeskan oleh otak yang menyebabkan timbul perasaan cinta, sayang dan tenang apabila bersama mereka.

Bukan itu sahaja, hormon ini membantu kita untuk mengekalkan hubungan yang erat antara anak dengan ibu bapa selamanya. Dalam hal hubungan dengan anak, saya lebih tekankan bapa patut lebih kerap peluk dan cium anak. Ini kerana, hubungan anak dengan ibu sangat erat di alam rahim lagi.

“Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir, Sangat Tenang & Bahagia,” Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak!

 

IKLAN

Pada usia 23-30 minggu bayi mulai dengar dengan jelas degupan jantung seorang ibu. Setiap kali ibu bercakap degupan jantung bayi lebih laju dari biasa. Ini menunjukkan bayi tersebut sedang berkomunikasi dengan ibunya.

Sebab itulah dalam islam kita menganjurkan ibu membaca Al-quran, zikir atau amalan-amalan yang boleh didengari oleh bayi ketika di alam rahim. Mudah mudahan apabila dilahirkan nanti bayi rindu akan bunyian tersebut dan memudahkan kita membentuk akhlak mereka.

“Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir, Sangat Tenang & Bahagia,” Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak!

Jika puan-puan perasan kebanyakkan anak jika sakit, lapar, takut, ada masalah orang pertama yang mereka panggil adalah IBU. Jadi
Para bapa keraplah peluk cium anak. Nabi Muhammad S.A.W selalu peluk dan cium anak-anak dan cucu baginda.

IKLAN

Kerana dengan memeluk hormon Dopamine akan bantu anda untuk lebih rasa sayang cinta dan tenang apabila bersama mereka.

Saya yakin dan percaya, ibu bapa yang pukul anak sehingga ada yang sepak terajang , tengking, sebenarnya mereka kurang peluk cium anak.

Jika tuan puan tak percaya. Cuba peluk cium anak sekarang. Peluk dengan penuh erat. Pasti tuan puan akan rasa sangat TENANG atau satu perasaan yang tidak mampu digambarkan.

IKLAN

“Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir, Sangat Tenang & Bahagia,” Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak!

Bukan itu sahaja, peluk cium anak mampu hilangkan stres dengan lebih baik. Stres banyak penyumbang kepada pelbagai penyakit.

Saya pernah peluk anak sehingga saya tidak sedar air mata mengalir. Sangat tenang, sangat bahagia. Allahu.

“Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir, Sangat Tenang & Bahagia,” Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak!

Tuan puan, sayangilah mereka. Didiklah mereka untuk cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Tegas dalam hal hukum hakam agama. Tegas disulami dengan kasih sayang insyaallah akan lahirkan anak yang soleh solehah. Insyaallah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI