Nak menjaga dan mendidik anak-anak yang masih kecil bukannya mudah. Semuanya masih perlukan perhatian dalam masa yang sama, bayi harus diberikan perhatian lebih. Inilah yang dilalui oleh ibu beranak empat, Irine Nadia Ab Rahim. Namun dia bersyukur kala diberikan rezeki pertolongan yang cukup hebat dari suaminya, Mohd Amirul Shobri.

Disebabkan anak-anak yang masih kecil, ibu cantik ini pernah dilanda kerisauan ketika disahkan mengandung buat kali keempat. Bukan tidak yakin tapi bimbang kasih sayang buat anak-anaknya yang masih kecil terabai. Namun semua itu berjaya diatasinya bila si comel Hud Haydar lahir melengkapkan hidup keluarga ini.

“Pernah Rasa Tak Sedia Nak Ada Anak Empat Sebab Anak Masih Kecil, Tapi Allah Mudahkan Semuanya”, Irine Nadia Bersyukur Di Sokong Kuat Suami!

Raut wajah Muhammad Hud Haydar Mohd Amirul sangatlah comel. Matanya bulat lagi galak, rambutnya hitam dan tebal. Susuk tubuhnya padat, seiring usianya yang baru memasuki 7 bulan. Anak keempat pasangan ini cukup istimewa. Kata ibunya, Hud anak yang cukup menyenangkan.

“Dulu bila dapat tahu saya mengandung anak keempat, saya pernah rasa macam tak bersedia. Benar-benar rasa tak bersedia untuk punya anak empat. Saya takut tidak fokus pada anak-anak lain dan tak adil untuk bahagikan kasih sayang sama rata kerana anak-anak lain juga masih kecil. Sentiasa rasa risau.

“Pernah Rasa Tak Sedia Nak Ada Anak Empat Sebab Anak Masih Kecil, Tapi Allah Mudahkan Semuanya”, Irine Nadia Bersyukur Di Sokong Kuat Suami!

Rupanya kerisauan saya Allah gantikan dengan kesenangan. Bukan hanya mudah melahirkan Hud, bahkan menjaganya juga amat mudah berbanding kakak-kakak dan abangnya. Jika saya ada kerja atau uruskan anak-anak yang lain, Hud boleh dibiarkan bermain sendiri tanpa sedikit pun dia menangis. Memang mudah malah saya rasa lega,” cerita Irine bersungguh ketika sesi fotografi penghias muka depan Majalah Pama.

Hud Paling Menyenangkan
Ibu kepada Fiska Medina, 6 tahun, Hasya Tasnim, 4 tahun, dan Muhammad Umar Fahri, 3 tahun ini juga mengakui menjalani tempoh 44 hari berpantang bersama Hud adalah pengalaman paling menyenangkan.

IKLAN

“Hud tidak berjaga pada waktu malam malah tidurnya nyenyak hingga ke pagi. Bila dia bergerak, saya susukan dia dan dia sambung tidur lagi hingga pagi. Sangat mudah. Cumanya dia agak kuat menyusu berbanding yang lain.

Boleh dikatakan saya mengiring sambil menyusu dan menjelang subuh barulah badan dapat dialihkan. Hud cukup kuat menyusu. Biasanya akan mengambil masa satu hingga dua jam setiap kali menyusukannya. Alhamdulillah kerana susu saya sentiasa mencukupi buatnya,” kata anak jati kelahiran negeri Melaka ini lagi.

Anak comel ini lahir pada minggu ke 40, tanggal 22 September 2018. Dengan berat 3.34kg ketika itu, kini berat Hud sudah mencapai 9kg pada usia 7 bulan.

“Pernah Rasa Tak Sedia Nak Ada Anak Empat Sebab Anak Masih Kecil, Tapi Allah Mudahkan Semuanya”, Irine Nadia Bersyukur Di Sokong Kuat Suami!

IKLAN

Malah kini Hud sudah pandai mengangkat badannya untuk proses merangkak. Jangan tak tahu, Hud juga mengalami gatal-gatal gusi, tanda gigi sulungnya bakal tumbuh. Malah kalau makan, Hud cukup sukakan puri labu dan buah naga. Berbanding buah-buahan lain, dua buah dan sayur ini cukup digemari Hud.

Menurut ibunya, Hud cukup disayangi oleh kakak-kakak dan abangnya. Malah kadangkala mereka berebut-rebut untuk menjaganya.

Anak Paling Rapat Dengan Ayah
Mengurus dan membesarkan empat anak yang masih kecil sememangnya tidak mudah. Namun untungnya Irine disokong kuat oleh suaminya yang cukup pandai menjaga anak-anak. Malah boleh dikatakan hampir kesemua anaknya cukup rapat dengan ayah mereka.

IKLAN

Kami sebenarnya memang merancang untuk punya anak ramai. Suami saya cukup sukakan kanak-kanak malah dia sudah biasa menguruskan anak-anak asuhan ibunya. Jadi dia memang sudah biasa dengan anak-anak kecil. Disebabkan itulah dia langsung tidak ada masalah menguruskan keempat-empat anak kami.

“Pernah Rasa Tak Sedia Nak Ada Anak Empat Sebab Anak Masih Kecil, Tapi Allah Mudahkan Semuanya”, Irine Nadia Bersyukur Di Sokong Kuat Suami!

Jujurnya menguruskan empat orang anak memang mencabar minda tapi suamilah orang yang paling kuat menyokong saya. Bila saya penat, dia ambil bahagian. Malah membantu menguruskan anak-anak yang sememangnya cukup rapat dengannya.

Bila anak menangis dialah yang pantas memujuk, begitu juga bila anak-anak demam. Dia jugalah yang akan berjaga memantau suhu anak. Nak kejutkan anak pun dia ada caranya sendiri. Malah dia jugalah yang banyak belajar mengajar saya ilmu keibubapaan,” cerita Irine lagi.

“Pernah Rasa Tak Sedia Nak Ada Anak Empat Sebab Anak Masih Kecil, Tapi Allah Mudahkan Semuanya”, Irine Nadia Bersyukur Di Sokong Kuat Suami!

 

Banyak lagi kisah perkongsian ibu hebat yang juga aktif berbisnes ini bersama kami. Jangan lupa dapatkan Majalah Pama edisi Jun yang memuatkan Hud Haydar sebagai penghias muka depannya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI