Mama! Mama! Adik nak mainan tu! jerit Aiman tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat karenahnya. Anda pasti pernah mengalami situasi sebegini ketika berkunjung ke pusat membeli-belah. Ketahui lebih lanjut panduan menghadapi anak yang meragam.

Pernah Tak Alami Situasi Anak Mengamuk, Menjerit Nak Mainan? Elak Pujuk Anak, Tapi Lakukan 5 Cara Ini

Anak meragam atau mengamuk di tempat umum mungkin akan membuatkan anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit sekuat hati ditambah dengan aksi berguling-guling tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Apa yang si kecil tahu kemahuan mereka mesti dipenuhi. Akibatnya segelintir ibu bapa memilih untuk beralah dengan anak-anak, yang penting si kecil tidak lagi menjerit. Namun hakikatnya, jalan mudah ini salah, jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan perkembangan anak secara positif. Sebagai ibu bapa anda harus tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sering mengamuk dan meragam.

Kenapa mengamuk?

Mengamuk merupakan salah satu cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati, mendapatkan sesuatu dan juga meraih perhatian. Ada juga yang meragam kerana mereka penat, lapar atau merasa tidak selesa. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak-anak meragam.

Kanak-kanak yang sedang membesar mahukan kebebasan untuk mendapatkan apa sahaja. Maka itu jika mereka dihalang, potensi untuk mengamuk menjadi jalan untuk mereka menunjukkan rasa protes. Sebagai contoh jika anak anda inginkan permainan yang disukainya, dan kemahuan mereka tidak dipenuhi, pasti si kecil akan menjerit serta meraung sehinggalah kemahuan mereka dituruti.

IKLAN

Ini adalah normal kerana semua ini berlaku disebabkan perkembangan anak itu sendiri. Menurut pendapat pakar kanak-kanak, anak-anak yang berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrum. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak dalam usia tersebut mempunyai keinginan yang tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Panduan hadapi anak mengamuk

Walaupun mengamuk merupakan satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya menolong anak mengawal tabiat tersebut. Semak perkara berikut.

IKLAN
  1. Alih perhatian anak

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti menangis lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam selain mengalihkan perhatian mereka dengan sesuatu.

  1. Jangan mengikut kehendak anak

Kanak-kanak mengamuk kerana mereka tahu dengan cara tersebut mereka akan dapat apa yang diinginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak memang bijak sekali kita mengalah apabila mereka mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluan mereka tidak dipenuhi. Jangka masa mengamuk juga akan lebih lama kerana mereka tahu anda akan mengalah akhirnya. Oleh itu cekalkan hati dan tegas dalam membuat keputusan.

  1. Elak daripada marah dan menjerit

Jangan sesekali memarahi si kecil anda kerana ia tidak akan membantu. Terangkan pada mereka kenapa tidak boleh. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga dapat membantu anak-anak yang meragam.

IKLAN
  1. Biarkan

Membiarkan anak meragam adalah ubat paling mujarab kerana jika anda memujuk ia akan memberi gambaran bahawa dia akan dapat semua yang dimahukan apabila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada sesetengah kanak-kanak yang bertindak mencederakan diri apabila mengamuk seperti menghantukkan kepala ke lantai dan ada juga yang sukar bernafas ketika mengamuk.

  1. Apabila anak berhenti mengamuk

Berbincanglah dengan mereka kenapa permintaannya tidak dipenuhi dan kenapa mereka tidak sepatutnya bersikap sedemikian. Tegaskan bahawa dengan mengamuk tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada mereka dan itu satu tingkah laku yang tidak baik.

Perhatian!!!

Jangan cuba untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk kerana ini akan membuatkan suaranya bertambah kuat kerana fikirnya dia boleh mengambil kesempatan ke atas anda dengan cara mengamuk. Biarkan sahaja dia menangis sepuasnya hingga dia merasa letih untuk terus menangis.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI