Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Di alam itu, kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia.

Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya. Semuanya adalah ibadah, jika diniat kerana Allah.

Jangan kecewa. Jangan sedih. Jika tak mampu bertilawah sebanyak dulu, tak mampu solat sunat sekerap dulu, tak mampu melakukan ibadah seorang diri selama dulu.

Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna, Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga

Sedarlah, alam ibadah kita sudah menjadi berbeza sejak kita menerima kehadiran anak.
Dan alam keibubapaan terselit jutaan ganjaran kita hadapinya dengan iman dan sabar.
Apatah lagi sekiranya kita dianugerah anak yang istimewa. Maha hebat ujiannya.

Anak akan jadi ibadah kita dan ladang pahala kita. Cara yang paling banyak kita nak dapat ganjaran ketika jadi ibu bapa adalah BERSABAR DENGAN TELATAH ANAK.

Ya, ibu bapa pasti tahu kehidupan bersama anak. Terlalu banyak saat di mana memerlukan kesabaran dan kelapangan hati.

IKLAN

Sabar bila tak cukup tidur.
Sabar bila menyantuni anak istimewa.
Sabar bila sakit badan menyusu.
Sabar bila kita meredah letih penat setelah pulang bekerja untuk melayan anak.
Sabar bila kita kena utamakan keperluan anak dulu lebih dari kita sendiri.

Sabar bila berulang membersihkan kotoran dan sepahan yang dilakukan oleh anak kecil.
Sabar bila nak hadapi anak merengek, meragam dan menangis.
Sabar bila kurang masa untuk bersendiri.
Sabar bila melayan permintaan anak kecil.

Sabar bila anak berkepit di kala kita nak melakukan sesuatu.
Sabar bila kita tak boleh nak rehat walaupun kita tak sihat.
Sabar bila marah mahu menyelubungi perasaan.
Sabar bila rasa nak tinggikan suara atau gunakan kekerasan.
Dan banyak lagi.

Yakinlah.
Semuanya tiada sia-sia.
Semuanya ibadah.
Niat kerana Allah, dan ikhlaskan hati.

Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna, Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga

IKLAN

Kita tak tahu, mungkin dengan asbab kita sabar berkorban berjaga malam lah ,kita dimasukkan ke syurga.

Mungkin asbab kita sabar menahan letih bekerja demi melayan dan bermain dengan anaklah, kita dialukan ke syurga.

Sebab mungkin pahala solat kita tak sempurna, pahala puasa kita, pahala sedekah kita tak lengkap.

Rupanya Pahala SABAR lah yang bawa kita ke syurga. MasyaAllah.

IKLAN

Firman Allah dalam Quran.

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. Surah Az Zumar, ayat 10

Tengok, Allah beri kita pahala kalau kita sabar, Allah ganjarkan sampai tak terkira. Betapa besarnya.

Jadi, jom ibu bapa mohonlah keluasan kesabaran serta kasih sayang untuk kita menuai pahala dari alam keibubapaan kita yang hanya akan berakhir bila kita dah ditarik nyawa.
Berdoalah kepada Allah untuk menjadi ibu bapa yang soleh sebelum kita meminta anak yang soleh.

Lagi untung, bila kita dah mati, ladang pahala masih berbunga dan berbuah lebat untuk kita disebabkan doa anak-anak kita yang soleh yang tidak melupakan ibu bapanya yang telah tiada.

Anak soleh saham kubur dan akhirat kita. MasyaAllah. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang bertaqwa agar kami dikurniakan anak-anak yang bertaqwa. Amin.

Sumber: Wan Nur Syakira
Ibu yang berusaha untuk ikhlas.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI