Persediaan banjir untuk ibu-ibu mengandung, panduan lengkap. Musim banjir boleh menjadi satu cabaran besar bagi semua, terutamanya bagi ibu-ibu mengandung. Keadaan ini memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi untuk memastikan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Persediaan Banjir Untuk Ibu-Ibu Mengandung: Panduan Lengkap
Berikut dikongsikan langkah-langkah persediaan khusus bagi ibu-ibu mengandung untuk menghadapi musim banjir.
Mengapa Persediaan Tambahan Penting bagi Ibu Mengandung?
Ibu mengandung memerlukan perhatian khas kerana keadaan fizikal dan kesihatan mereka yang lebih sensitif. Dalam situasi banjir, mereka mungkin menghadapi:
*Risiko kesihatan seperti jangkitan kuman daripada air banjir.
*Kesukaran bergerak untuk berpindah ke tempat selamat.
*Kekurangan akses kepada keperluan perubatan seperti pemeriksaan rutin atau rawatan kecemasan.
Oleh itu, persediaan awal adalah kunci untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu serta bayi.
Langkah-Langkah Persediaan Sebelum Banjir
1.Sediakan Beg Kecemasan Ibu Mengandung
Pastikan beg kecemasan khas disediakan dengan barang berikut:
*Kad kesihatan ibu mengandung.
*Vitamin pranatal dan ubat-ubatan yang diperlukan.
*Pakaian selesa termasuk pakaian bersalin.
*Tuala wanita untuk kegunaan selepas bersalin, sekiranya diperlukan.
*Barangan bayi seperti lampin, pakaian bayi, dan selimut.
Ads
2.Kenal Pasti Hospital Berdekatan
Cari lokasi hospital, klinik, atau pusat bersalin yang terdekat dengan kawasan kediaman anda. Pastikan anda tahu laluan selamat untuk ke sana semasa banjir.
3.Rancang Pemindahan Awal
Jika kawasan kediaman anda sering dinaiki air, buat perancangan untuk berpindah lebih awal sebelum keadaan menjadi kritikal.
4.Maklumkan Kepada Ahli Keluarga
Beritahu keluarga anda tentang keadaan semasa kehamilan dan sebarang keperluan khas. Ini akan membantu mereka bersedia untuk membantu anda semasa kecemasan.
5.Simpan Nombor Kecemasan
Pastikan anda mempunyai nombor telefon penting seperti hospital, ambulans, dan pihak berkuasa tempatan.
Langkah-Langkah Semasa Banjir
Jangan Panik
Ads
Kekal tenang dan fokus pada keselamatan anda. Elakkan melakukan pergerakan yang membebankan tubuh.
Pindah ke Tempat Selamat
Sekiranya diarahkan, segera pindah ke pusat pemindahan yang disediakan. Pilih lokasi yang mempunyai kemudahan perubatan.
Bawa Beg Kecemasan
Jangan lupa membawa beg kecemasan yang telah disediakan. Pastikan dokumen kesihatan seperti rekod pemeriksaan kehamilan sentiasa bersama anda.
Minum Air Bersih
Kekal hidrasi dengan meminum air bersih. Elakkan meminum air yang tercemar kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti cirit-birit.
Jaga Kebersihan
Pastikan kebersihan diri terjaga, terutama di kawasan sensitif, untuk mengelakkan jangkitan.
Langkah-Langkah Selepas Banjir
Ads
Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Selepas banjir reda, kunjungi klinik atau hospital untuk pemeriksaan kehamilan bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi.
Pantau Tanda-Tanda Bahaya
Segera dapatkan rawatan jika mengalami tanda-tanda seperti sakit perut yang luar biasa, pendarahan, atau kurang pergerakan bayi.
Pastikan Rumah Selamat
Sebelum kembali ke rumah, pastikan ia bersih daripada sisa banjir dan selamat untuk diduduki.
Persediaan banjir bagi ibu-ibu mengandung memerlukan perhatian khas untuk memastikan keselamatan mereka dan bayi dalam kandungan. Dengan perancangan awal, kesedaran, dan kerjasama keluarga, risiko semasa musim banjir dapat dikurangkan. Ingatlah bahawa kesihatan dan keselamatan ibu serta bayi adalah keutamaan utama dalam situasi kecemasan seperti ini.
Seorang remaja lelaki nyaris menjadi mangsa culik dalam satu kejadian cemas yang berlaku di Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang berjoging seorang diri di kawasan tersebut. Tiba-tiba, sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki tidak dikenali menghampirinya. Namun, remaja itu berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian kira-kira 5.15 petang itu bagaimanapun menyebabkan remaja itu cedera pada bahagian muka dan lengan akibat pergelutan dengan suspek.
Kredit: Bernama
“Mangsa sedang berjoging seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki.
“Seorang daripada suspek kemudian turun dari kereta lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kereta,” katanya.
Beliau berkata mangsa enggan memasuki kereta dan bergelut dengan suspek terbabit sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan.
Mohd Iqbal berkata remaja itu dibawa ke hospital manakala kes sedang disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan 324 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani menerusi talian 017-2892628 untuk membantu siasatan.
PERKONGSIAN IBU BAPA MANGSA
Sementara itu menerusi perkongsian ibu bapa mangsa yang tular di aplikasi Facebook menceritakan detik cemas yang dilalui oleh anak lelakinya yang berusia 15 tahun. Perkongsian dari WA GTAS itu dikongsikan Fauziah Nawi untuk peringatan bersama agar kejadian tidak berulang.
Pesanan buat semua Insiden cubaan culik Hari ni merupakan detik yg sgt mencemaskan apabila anak lelaki sy berumur 15 tahun cedera didalam cubaan culik oleh dua lelaki yg tak dikenali berlaku. Jam 5.15 ptg anak sy telah keluar berjoging dari Sri Alam Condominium ke kawasan luar perumahan menuju ke perpustakaan Raja Tun Uda (RTU) dimana apabila tiba disimpang utk ke RTU tersebut, anak sy telah dihalang oleh sebuah kereta proton iswara berwarna kelabu oleh dua org lelaki . Salah seorang lelaki tersebut memakai mask dan topi menutupi mukanya telah mengarahkan anak sy utk memasuki kereta sambil mengacukan pisau kearahnya. Apabila anak sy enggan menuruti perintahnya lalu dia telah menyerang anak sy dgn melibas- libas dan menikam anak sy dgn pisaunya. Anak sy telah cedera di muka dan tangan terkena libasan pisau tersebut tetapi berjaya mempertahankan dirinya dgn membalas serta memukul kembali penyerang tersebut sehingga terjatuh lalu dia terus lari menyelamatkan dirinya menuju ke guard house berdekatan bagi meminta bantuan. Pihak security guard kemudian menghubungi isteri sy utk memaklumkn kejadian tersebut. Walaupun sy dan isteri amat terkejut dgn peristiwa ini tetapi kami amat bersyukur anak kami terselamat dan berjaya melarikan diri dari bahaya tersebut. Alhamdulillah luka yg dialami juga tidak serius dan cuma torehan kecil kesan libasan serangan tersebut. Laporan polis juga sy buat selepas itu dan berharap agar pihak polis dpt memberkas penyerang yg cuba menculik anak saya. Sy juga ingin memberikan ingatan kpd semua agar lebih berhati2 ketika berada dikawasan luar perumahan sekitar KGSAAS kerana tidak mustahil penculik tersebut akan kembali utk cuba melakukan perkara yg sama kpd org lain. –Perkongsian dari WA GTAS Mahmud Ali Basha.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video yang memaparkan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sedang melakukan kerja pembungkusan barang-barang tempahan pelanggan secara online.
Menerusi video yang dimuat naik oleh isteri Alif, Datin Sri Nur Shahida di Instagram, puteri sulungnya iaitu Qadejah El Zahra dilihat sedang memberi arahan cara pembungksan yang betul kepada adiknya, Ibraheem Adham atau mesra disapa Baem. Qadejah atau mesra disapa Cess membebel apabila melihat adiknya Baem tidak melakukan kerja dengan betul.
Menerusi kapsyen, Shahida memaklumkan anak keduanya itu, Cess seorang yang teliti sebaliknya pula dengan Baem.
Dalam pada itu, Shahida juga meluahkan rasa syukur mendapat tempahan barang jualan sehingga memerlukan bantuan anak-anaknya.
“Bila Cikgu @qadejah_terlajaklaris garang sangat ajar adik dia Baem buat kerja. Qadejah ni jenis teliti kalau buat kerja mesti nak perfect. Bekerja pulak dengan Baem yang banyak main dari buat keje. Memang kena bebel la.”
“Alhamdulillah hari ni paling busy sebab nak siapkan packing untuk 20 ribu parcel. Syukur diatas rezeki yang melimpah ruah ni. Anak anak cuti awal sempena Deepavali, memang kena turun la ke office bantu sedikit sebanyak.”- Shahida di Instagram
“Anak No 3 Memang Gitulah…”
Gelagat kedua orang anak pasangan usahawan ini mencuri perhatian netizen yang kagum dengan cara dua beradik biarpun bergelar orang kaya.
Kelihatan Cess tidak kekok membungkus barang yang ditempah mana kala Baem dikaitkan adik yang nakal.
“Anak no 3 datin.. tak syok r keje seyes²..xpe baem..acik memahamimu.”
“Style kakak qadejah macam mak dia sangat.”
“Bagusnya, satu family berkerjasama. Semoga business semakin maju.”
“Cer kira berapa kali kakak dia sebut baim..baim…”
Malang tak berbau- Anak kepada pelakon Ummi Nazeera mengalami kecederaan pada bahagian siku dan telah selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagi Ummi Nazeera meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan sulungnya itu semakin pulih.
Pelakon Sekali Aku Bahagia itu telah memuatnaik video di Instagram yang memaparkan Ayra ditolak selepas pembedahan.
“Alhamdulillah. @ayra.aneesah operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.”
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita. Kita doakan ya.”
Ibu kepada kedua cahaya mata perempuan ini menyatakan terima kasih kepada suami tercinta iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang sentiasa berada di sisi secara tidak langsung membuatkan dia rasa tenang dan sedikit sebanyak memberikan kekuatan.
Ibu mana yang tidak sedih dan risaukan keselamatan anak apatah lagi melihat anak dalam kesakitan.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih tengok anak sakit” Kongsinya.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.”
Ramai yang meinggalkan komen doa, ucapan dan juga tip pemulihan.
– “Even in POP (plaster of paris) kena banyakkan do exercise to regain hand mobility. Sis boleh cuba exercise such as putty exercise, finger tenndon glide, wrist flexion and extension exercise. All this exercise can do manually or boleh je beli alatan hand exercise di pharmacy or medical equipment store. Hope it helps!”
– “Poor Ayra. I hope she recovers well”
–”Aiyo poor Baby, heal well soon take your time ❤️ hugs @umminazeera Semoga cepat sembuh dan kembali ceria Ayra Aneesah!”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.