Wanita terperangkap banjir selamat bersalin sejurus tiba di hospital, Bomba guna perahu bawa ke jalan besar. Anggota bomba terpaksa menggunakan perahu penduduk kampung bagi memindahkan wanita yang sarat hamil selepas kediamannya di Rumah Panjang Engkeng, Sungai Amang di Jalan Selirik, Kapit, Kuching, Sarawak dilanda banjir.
Wanita Terperangkap Banjir Selamat Bersalin Sejurus Tiba Di Hospital
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pada awalnya anggota bomba menghubungi Unit Kecemasan Hospital Kapit untuk bantuan mengambil wanita berusia 26 tahun itu.
Bomba Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar
BAGAIMANAPUN KATANYA, WANITA BERKENAAN DALAM KEADAAN SAKIT UNTUK MELAHIRKAN ANAK, YANG MENYEBABKAN ANGGOTA BOMBA TERPAKSA BERGEGAS MENGGUNAKAN PERAHU PENDUDUK UNTUK KELUAR KE JALAN RAYA.
“Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Kapit menggunakan van.
“Turut dipindahkan dari rumah panjang itu seorang lagi wanita serta seorang lelaki,” katanya.
Menurutnya lagi, ibu muda itu kemudiannya selamat melahirkan bayi perempuan sejurus tiba di Hospital Kapit.
Terdahulu, katanya, bomba menerima panggilan berhubung banjir di rumah panjang itu 5 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diarah ke lokasi.
“Kawasan luar rumah panjang terbabit dinaiki air sehingga tiga meter akibat limpahan Sungai Batang Rajang selepas hujan lebat berterusan.
Ads
“Anggota terpaksa menggunakan tali untuk menyeberangi jambatan besi ke rumah panjang berkenaan,” katanya.
Menurutnya lagi, pemantauan sedang dijalankan dan jika keadaan semakin buruk, penduduk akan diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini bukan sahaja mempamerkan kasih sayang seorang datuk dan ayah, malah turut menyerlahkan sifat pemurah yang menjadi teladan dalam masyarakat.
Anaknya, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, memaklumkan bahawa ayahnya yang juga seorang usahawan katering di Melaka sangat dikenali dengan sikap pemurah, suka bersedekah, dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, apatah lagi anak serta cucu.
“Ayah memang terkenal dengan sikap suka bersedekah kepada pelanggan dalam perniagaan, jadi tidak hairan kalau layanan terhadap cucu-cucu jauh lebih mesra dan bermakna,” ujar Shyrull.
Shyrull turut berkongsi bagaimana anak-anak kecil begitu teruja menyambut kepulangan datuk mereka di lapangan terbang. Menurutnya, cucu-cucu melompat kegembiraan apabila melihat kelibat datuk yang sudah lama tidak mereka temui.
“Suasana mulanya agak sebak kerana sudah lama tidak bersua muka, tetapi terus berubah ceria apabila ayah keluar dari balai ketibaan dengan membawa unta mainan,” katanya.
Kejutan berupa 15 patung anak unta pelbagai warna yang digantung pada tali dan disandang di bahu menjadikan kepulangannya luar biasa istimewa.
Selain anak unta mainan, datuk penyayang ini turut membawakan pelbagai cenderamata lain seperti coklat, kurma dan tasbih. Tidak seorang pun cucunya ketinggalan menerima buah tangan. Momen menyentuh hati ini dilengkapkan lagi dengan pelukan penuh rindu antara datuk dan cucu-cucunya.
“Cucu-cucu memang sangat rapat dengan ayah dan sebelum ketibaan pun mereka sudah tidak sabar menanti,” tambah Shyrull.
Menurut Shyrull, sikap mulia ayahnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil, ayahnya sudah menanamkan nilai-nilai murni seperti pemurah, kesederhanaan dan pentingnya membantu sesama insan.
“Sebab itu hubungan kami sangat rapat. Ayah sentiasa mengutamakan keluarga dan sifat kasih sayangnya tak pernah berubah,” katanya.
Sumber:- Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang ramai yang terpanggil untuk menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit dan juga tenaga dalam membantu membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Bukan sahaja dari golongan yang berkemampuan, malah anak yatim, asnaf dan OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin turut melancarkan projek Pelangi iaitu menghasilkan pakaian kelengkapan PPE untuk petugas barisan hadapan yang sedang merawat pesakit Covid-19 ketika ini.
Dalam perkongsian Lufya di Instagram miliknya, Lufya menyatakan kalau dirinya ada kebolehan menjahit, pasti dia juga turut serta dalam usaha Rumah Pengasih untuk menjadih PPE buat frontliners. Namun disebabkan dia tiada kepandaian tersebut, apa yang boleh dilakukan adalah menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada mereka bagi menjayakan projek Pelangi yang dilancarkan.
Pada yang berminat untuk menghulurkan bantuan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek ini, boleh melayari www.projekpelangi.com atau terus membuat sumbangan melalaui Bank Rakyat di nombor akaun 110801001568 Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Kalau sister boleh jahit dah lama sis datang tolong jahitkan PPE sekali 😭 Malangnya tak pandai la.. Sis bantu la apa yang mampu ya adik-adik ku yang berhati mulia ni. Lufya terpanggil untuk menyebarkan usaha murni anak-anak yatim, asnaf, OKU dari Rumah Pengasih Warga Prihatin @prihatinrpwp yang menghasilkan sendiri pakaian kelengkapan PPE untuk pejuang Frontliner kita yang sedang merawat pesakit Covid 19 ketika ini. Malu sis kalau tak turut sama membantu apa yang termampu untuk menyokong usaha murni kalian.
Sedia maklum ketiadaan kelengkapan pakaian PPE di hospital mencetuskan idea mereka untuk melancarkan @projekpelangi bagi menerima sumbangan anda semua untuk menghasilkan lebih banyak PPE dan ada yang telah sampai kepada mereka. Jom sama – sama kita hulurkan bantuan di saat-saat memerlukan ini. Jangan lah kita tunggu kaya untuk bersedekah dan melakukan kebaikkan, tetapi di saat kita sendiri tengah susahlah kita bantu orang yang lebih memerlukan. Tak percayakah kita pada janji Allah? Jangan takut Allah pasti gantikan dengan berlipat kali ganda pemberian anda semua ❤️
Klik www.projekpelangi.com Atau juga melalui Bank Rakyat 110801001568 Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin
Terdahulu sebelum itu, Lufya ada memuat naik posting bersama si kecilnya yang comel Laanahaura sedang menikmati Arabic Rose Tea yang dibuat sendiri di rumah. Menurut Lufya, teh tersebut sesuai dan bagus buat sesiapa yang ada panic attact atau sedang tertekan.
Me & my minnie me having Arabic Rose Tea buat sendiri je kat rumah 🏡 Time macam ni bagus minum Arabic Rose Tea ni apalagi kalau korang yg ada panic attack atau tengah stress. It makes u calm & relax🌹Belajar buat tea ni kat Taif, Makkah. Sekali minum trus fall in love. Anyway korang suka gambar kami yang mana? Komen below k💋
Dalam perkongsian tersebut juga dia turut berkongsi bahan-bahan untuk membuat Arabic Rose Tea. Moga bermanfaat juga untuk semua dan jangan lupa untuk menjayakan ProjekPelangi yang dibuat oleh Warga Prihatin.
Seperti mana yang kita ketahui, tahun hadapan kerajaan telah megeluarkan arahan penggunaan kerusi keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya. Ramai ibu ayah yang menyokong saranan ini dan tidak kurang ada juga yang sukar untuk menerimanya. Antara puncanya adalah bukan semua ibu ayah berkemampuan untuk membelikan kerusi keselamatan buat anak-anak mereka.
Walaupun begitu, ada ibu ayah yang sanggup berkorban apa saja demi menyediakan kerusi keselamatan dalam kenderaan untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup mengenepikan keinginan sendiri demi keselamatan anak yang disayangi. Begitulah perkongsian Intan Dzulkefli yang melihat sendiri betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup menjual barang kemasnya semata-mata untuk mendapatkan car seat untuk anaknya.
.
Minggu lepas, selepas selesai urusan di bank, Insyirah merengek kehausan. Oleh itu, singgahlah kami di kedai serbaneka membeli air mineral. Entah macam mana, tiba-tiba terasa mahu singgah masuk ke kedai emas di sebelahnya pula.
Awkward terasa kerana pertama kali singgah di kedai itu. Waktu saya masuk, ada seorang wanita di dalam kedai itu. Saya duduk di kerusi sebelahnya. Insyirah leka minum air dan makan cookies.
“Nak beli gelang ke kak?” tanya salah seorang jurujual. Saya geleng kepala sambil tersengih.
“Tak… Ni saja nak tengok-tengok. Tak pernah datang sini.” kata saya berterus terang.
Apabila saya berkata begitu jurujual itu tersenyum sahaja sambil mengangguk lalu dibiarkanlah saya mencuci mata melihat berbaris gelang tangan di balik kaca.
Wanita di sebelah saya tadi ralit melihat barisan perhiasan emas. Lama sungguh dia merenung. Saya ni pula leka merenung gelagatnya berbanding merenung kerlipan emas permata di depan mata.
_
Tak lama selepas itu beberapa orang lagi wanita masuk ke kedai itu. Wanita tadi masih lagi terpaku seperti tadi.
Saya dalam pada itu sibuk juga melayan Insyirah mahu minum air dan membersihkan kotoran di mukanya yang comot makan cookies.
Masa berlalu, akhirnya tinggal saya dan wanita tadi semula berdua sahaja di kedai itu.
Apabila melihat jam, saya rasa sudah lama juga kami di situ. Tatkala saya mahu berkemas-kemas keluar, wanita itu rupanya sudah beredar dulu.
_
“Akak tu tadi tiap hari datang sini lepas dia datang jual barang kemas dia haritu.” kata jurujual itu tanpa diminta.
“Oo.. Mungkin nak aim beli yang lain kut,” ujar saya.
Jurujual tu tersenyum je.
“Akak tu kata, dia terpaksa jual. Masa dia serahkan barang-barang tu pun dia macam nak menangis. Tapi dia kata perlu duit. Nak beli carseat anak-anak dia.”
.
Kali ini saya pula yang tersentuh.
MasyaAllah…
“Semoga murah rezeki dia. InsyaAllah.” doa saya sambil diaminkan jurujual tadi. Kemudian kami berdua meminta diri kerana lihat langit sudah semakin gelap.
_
Waktu memandu pulang ke rumah, cerita tadi masih terngiang-ngiang lagi.
Seakan terbayang lagi betapa lama renungan wanita tadi. Mungkin dengan susah payah dia mengumpul duit untuk membeli barangan kemas tersebut, atau ada kenangan sentimental tentangnya, namun demi anak-anak, keputusan begitu yang diambil akhirnya.
Selama ini saya cuma membaca perkongsian dan kisah suka duka pengorbanan ibubapa membeli carseat untuk anak-anak di facebook.
Kisah ibubapa yang tekad membelikan carseat setelah salah seorang anak kembar mereka meninggal dalam kemalangan. Kisah surirumah ikat perut dan bersusah payah menabung untuk membelikan carseat untuk anak-anak.
.
Serta banyak lagi kisah yang menginspirasikan.
Namun, hari itu, saya mendengar sendiri, dan melihat sendiri. Betapa kadang menjadi ibubapa ini bermakna mengenepikan kehendak dan keperluan diri sendiri demi keselamatan dan keperluan anak-anak.
_
Hal carseat ini, kita semua ada ‘kasut’ masing-masing, struggle masing-masing. Namun, saya berpendapat betapa keras usaha setiap ibubapa mahu memberikan yang terbaik itulah yang patut dipuji.
Berkorban hal kesukaan. Berkorban wang simpanan. Berkorban harta kesayangan.
Saya cuma mampu doakan semoga semua urusan ibubapa yang sedang berusaha untuk menyediakan carseat untuk anak-anak mereka juga dipermudahkan Allah, walau kadang untuk urusan itu banyak berlaku konflik dan salah faham antara suami isteri, emosi yang bercampur baur, stress serta begitu banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
.
_
“Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Surah Ali Imran: 159)
Apapun niat kita, moga Allah melihatnya sebagai amal yang membawa kita ke syurga, insyaAllah.
Segala susah payah kita, harta yang kita keluarkan atas niat kerana Allah, insyaAllah pasti Allah akan balas, tak di dunia di akhirat kelak. InsyaAllah.
Besar sungguh pengorbanan si ibu tadi. Mungkin sesetengah orang berpendapat ia perkara kecil, tetapi mungkin tidak buat wanita di dalam cerita ini. Semoga urusan ibu itu dipermudahkan dan dia dapat menyediakan kerusi keselamatan buat anak-anaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!