Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Pertandingan yang diadakan di Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam ini mengetengahkan peserta kanak-kanak berusia 5-6 tahun yang terdiri daripada murid-murid tadika.
Antara tadika yang terlibat adalah Tadika Alliyah Brilliant, Tadika Sinar Bestari, Tadika Impian Bestari dan Tadika Sri Melur yang mempamerkan komitmen yang cukup cemerlang.
Anak-anak kecil ini dikategorikan mengikut dua kategori iaitu pertandingan azan dan juga hafazan surah Al-Quran.
Ads
Pertandingan yang disertai lebih 30 orang murid ini dibahagikan mengikut kategori iaitu azan, hafazan untuk qari dan juga qariah.
Masing-masing menunjukkan kepakaran dan cara tersendiri dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pertandingan azan ternyata mencuri tumpuan pengunjung kerana diperdengarkan dengan alunan berbeza oleh adik-adik cilik ini.
Ads
Pada majlis berkenaan, Ustaz Ammar Mukhlis turut berkongsi tazkirah kepada pengunjung yang hadir dengan perkongsian mengenai ibadah puasa.
Ads
Tidak pulang dengan tangan kosong, kesemua peserta cilik ini turut pulang dengan hadiah masing-masing beserta piala.
Terima kasih kepada Plaza Shah Alam @plazashahalam yang menjadi penaja lokasi dan hadiah. Pertandingan Khalifah Cilik ini sememangnya dapat menguji keberanian dan mencungkil bakat anak-anak kecil di pentas Utama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menyokong penuh penyusuan susu ibu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bertujuan menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan serta perkongsian pengalaman kepada masyarakat setempat.
Pa&Ma yang sememangnya memperjuangkan penyusuan susu ibu bertindak sebagai media rasmi memberikan sokongan kepada kempen ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merasmikan program berharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepentingan penyusuan susu ibu.
Program setengah hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum khususnya pasangan muda mengenai kepentingan penyusuan ibu, memberikan motivasi dan garis panduan untuk penyusuan ibu, menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan khasnya berkaitan wanita kepada masyarakat serta mendekatkan masyarakat setempat dengan staf kesihatan terutamanya daripada Hospital Pengajar UPM (HPUPM).
Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang bertemakan “Caknakan Ibu bapa, Jayakan Penyusuan” itu diisi dengan pelbagai program seperti forum ‘Eh! Mudahnya Breastfeeding’, peragaan fesyen busana penyusuan, kuiz, kaunseling serta demonstrasi penyusuan dan masakan mesra penyusuan.
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi FPSK turut berkolaborasi dengan Klinik As-Salam dan Pusat Laktasi Kebangsaan, 9 bulan 10 hari serta HPUPM dalam menjayakan program ini.
Portal Majalah Pa&Ma di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME. Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang.
Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.
Selain itu, portal majalah tersebut bersama Karihome telah mengadakan sebuah peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome bermula 20 April 2023 sehingga 9 Mei 2023. Sebanyak 400 perserta yang telah menyertai peraduan ini dan lima (5) finalis yang terpilih bagi memperagakan baju raya sedondon mereka pada majlis tersebut.
Pemenang pertama telah digalas oleh Nordiana Razali dan memenangi hadiah wang tunai RM1500 beserta hamper dan diikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai RM1000. Manakala pemenang tempat ketiga iaitu Marziana Abd Rashid telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar dan Ella Sierra masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan hamper.
Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting berkata “Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Down Syndrome, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”.
Beliau juga turut menyatakan bahawa program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembacanya.
Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Ragad Foundation, KUEH, De Anna Creation dan Joy Design Studio.
Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata “Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.”
Berpegang pada misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.
Tambah Syamil lagi “Terima kasih diucapkan kepada pihak KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan lagi program yang amat bermakna ini. Sumbangan seperti ini dapat memberi laluan kepada kami untuk mengadakan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa yang akan datang.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, anak pertama Fizo Omar bersama isterinya, Fazira iaitu si comel, Wan Khaleda kini sudah pun berusia setahun.
Bagi meraikan sambutan hari lahir pertama anak kesayangan mereka itu, Fizo dan isteri menyambutnya dalam satu majlis serba meriah.
Memilih tema serba merah jambu, Fizo sekeluarga tampil cantik sedondon bewarna merah jambu. Malah hiasan-hiasan belon turut sama diwarnakan dengan tema yang sama.
Sempena ulang tahun pertama itu, Fizo turut membingkiskan ucapan paling manis buat anaknya, Khaleeda malah mendoakan agar perjalanan anak kecil itu dipermudahkan kelak.
“Wan Khaleeda’s 1st Birthday. Sekejap je masa berlalu dah setahun dah Khaleeda, ada adik dah pun. Big girl dah anak daddy.
“Daddy harap semua puteri-puteri daddy menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, dapat membahagiakan daddy & umi dan dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.
“Seronok betul tengok anak-anak ber “pool party” semalam. Terima kasih kepada semua tetamu yang datang meluangkan masa dan memeriahkan majlis semalam.
“Penuh haa satu kereta Triton dengan hadiah-hadiah birthday,” luahnya dikapsyen.
Si comel yang diraikan, Wan Khaleeda membuat kemunculan di majlisnya dengan menaiki kereta kecil sebelum sama-sama memotong kek bersama ibu dan ayahnya.
Ruangan komen pasangan selebriti ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir dan mendoakan yang terbaik buat anak kecil itu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/